Tips Tingkatkan Traffic melalui Penulisan (kajian peribadi).

peringatan*baca setiap patah kata untuk kesan pemahaman yang optimum!

* ini bukan tips asas. rasanya kalau bincang bab tips asas, anda semua pun dah tahu caranya. dan banyak blog dah bincangkan tentang itu. tips yang bakal dikemukakan ini tidak merangkumi slot'blogwalking'/tinggal jejak dan yang sewaktu dengannya. kali ini kita nak kongsikan tips dimana anda yang 'busy' (like me la bz always) tetap boleh mendapat traffic yang 'mencurah-curah' dengan penulisan entry yang menarik. entry tentang earning nuffnang terkecuali. (kalau bab duit je semua terbeliak mata).


* blogger pun ada life tersendiri. kita perlu jalani kehidupan macam biasa. belajar, bekerja, buat kerja rumah, buat kerja sekolah. dan masing-masing sebenarnya ada 'tugas' dalam hidup. kebanyakkan kita, saya dan anda semua memang bukan fulltime blogger, dan bukan juga selebriti blogger. kita tidak punya banyak masa untuk menghadap pc 24/7. (boleh blogwalking 365 blog sehari). dan kita juga tidak glamour macam Hanis Zalikha. (tak update blog pun still ada visitors).


* jangan berharap pada permintaan traffic 'exchange link'. aku list blog kau, kau list blog aku. aku klik blog kau sumbang traffic, kau pun klik blog aku sumbang traffic. hari-hari kita buat macam itu sampailah kita bosan dan akhirnya buang semua list blog. sebab visit bukan sebab suka baca tapi macam sebagai rutin untuk up traffic.up traffic. haiiyyya! fun ke jadi blogger macam itu? ingat! blogger adalah penulis. tarik traffic melalui penulisan adalah lebih 'manis'.


* ini adalah tips hasil kajian saya terhadap 'penulisan entry' di blog ini.


# menulis tentang entry yang 'dekat dengan semua'. contoh paling simple. makanan. dan jangan lupa letakkan gambar. kalau boleh gambar sendiri. thats why digalakkan anda mempunyai kamera. bila ada gambar. for sure  ramai yang  akan 'tertarik'. juga letakkan tajuk yang boleh buat readers tertanya-tanya. contohnya dalam entry di link http://dihatisara.blogspot.com/2010/04/spagheti-terpaling-cun.html. orang akan tertanya-tanya. "cun sangat ke spagheti tu, meh nak tengok". tapi ingat. tajuk macam ini wajib ada gambar. entry ini walaupun disiapkan dalam masa 2 minit sahaja tetapi tetap menerima 17komen.


# menulis tentang entry yang 'ramai sedia tahu/ kenal'. contoh paling mudah. hiburan. terpulang anda. local atau international. dan hiburan tidak semestinya perlu letak gambar artis seksi pakai baju nampak lurah, atau tajuk gempak 'video Hot pelakon popular' or anything shit like that. kembangkan idea dan pemikiran anda. contohnya dalam entry http://dihatisara.blogspot.com/2010/03/drama-korea-industri-seni-terhebat-di.html. dalam 21 komen yang diterima,  11 komen darinya adalah 'pembaca senyap/baru'. mungkin disebabkan mereka adalah Big Fan of korean drama, maka mereka tertarik untuk baca sekaligus komen.


# menulis tentang 'bloggers' lain atau yang berkisarkan tentang alam blog. contohnya pada entry http://dihatisara.blogspot.com/2010/04/lelaki-lelaki-hot-di-alam-blog-part-i.html. entry ini menerima 39 komen dan 17 darinya adalah komen 'pembaca baru'.  tidaklah semestinya anda perlu guna word HOT macam yang saya gunakan. ianya adalah mengikut daya kreativiti anda. macam kak jie guna word TAMPAN. hee, hai kak jie, tumpang lalu. :p, entry begini akan membuatkan pembaca curious. "sapa tu yang Hot sangat tu? sapa tu yang Tampan tu". haa. macam tulah. (tapi ingat, story pasal bloggers lain fakta tak boleh silap).


* pesanan terakhir. variasikan penulisan anda. kerana kebanyakan pembaca sukakan kepelbagaian. ada bloggers yang bertanyakan 'macam mana nak tingkatkan traffic bla,bla.bla, tapi dalam masa yang sama diri sendiri mempertahankan aku menulis ikut suka hati aku. hari-hari entry pasal aku dan kisah aku n bla.bla.bla demi kepuasan aku. kalau memang benar anda puas dengan penulisan anda, seharusnya anda puas juga dengan traffic ke blog anda.


p/s: pastikan anda mendapat pemahaman yang optimum dari entry ini, jika tidak, sila ulang baca berkali-kali. happy blogging. =)

Comments

myQza said…
setuju sarah,
sekarang ni org dok ambil jalan mudah untuk tingkatkan trafik tanpa kaji sendiri di mana silapnya blog tidak di kunjungi dna tiada komen.

aku tengah draft pasal benda alah ni.. ko dah advance dulu publish entry.

mmg rasa mahu tegur blogger2 baru yg tidak mahu usaha dan kajis endiri tp minta tolong blogger yg sedia femes untuk tingkatkan trafik.

kalau kita menulis dengan baik.. entry yg di papar menarik, tajuk tertarik, aitomatik org akan selalu dtg dan baca.

Jika guna blogger otai untuk kenalkan blog peningkatan trafik hanya sementara jika kita sendiri tiada inisiati untuk mengekalkannya.

Nice entry sarah.
Congrats.. :)
.::WaNiE::. said…
oh i like this entry
yup setuju.. lagi pun penulisan kita tu macam melambankan keperibadian kita. jgn laa org tulis begitu nak kena buat jgk begitu..

feez alami benda ni. tapi sedang dlm proses mencari masalah. mgkn gaya dan corak penulisan feez teruk atau buruk.. haha..

this is my 1st comment. sblm ni baca saja.. :D
Unknown said…
thanks for tip...hhehehe
amirulhazwan said…
bagaimana pula dengan kekerapan posting? ada cadangan?
nabilah_2908 said…
great n3.... :)

betul juga tu..tertarik dgn ayt ni

"aku klik blog kau sumbang traffic, kau pun klik blog aku sumbang traffic"

itu la fonomena yg biasa berlaku dlm dunai blog ni...

thnks 4 all the tips... :)

slm kenal dari nabilah... (^_^)
FatinNad said…
tips nh sangat berguna..
lagi2 untuk orang yang sangat bz n pemalas :) hae a nice day..
nice 2 meet u~
Traffic.. Hmmmm.. Bagi aku.. It comes naturally and build gadually.. Kalau gune jalan2 pintas nu, mcm tak berpanjangan sngat laa.. Huhu..
Ibu Ammar said…
# si Tedi
lebih menyedihkan bila baru berblog seminggu dua tapi duk hingaq pasal nak traffic juta2. semua nak express. tak nak belajar bersabar. eii.

# Wanie
thanks.

# Feez
itu pentingnya kita membuat kajian dalam penulisan blog. belajar sikit-sikit. =)

# jedi
sama-sama

# amirul
kekerapan entry bergantung pada banyak mana jumlah visitors yg anda mahukan sehari. tapi maksimum post 3 entry pun dah okey. kualiti lebih penting dr kuantiti.

# nabilah
hehe. fenomena yg tidak indah. salam kenal juga.

# Nafa
nice to meet u too

# farhanaDr
kita berdua tak guna jalan pintas kan?. ehehe
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Solehah said…
btl3 sarah..aku setuju..
miss nina said…
semua org setuju
saya pun setuju jugak :)

create blog n set matlamat
lama2 traffic pun naik
tektik pun mestilah tepat

~blogwalking here
amirulhazwan said…
orang tamak selalu rugi
Hafiz Yusof said…
entri yg bagus,,thank
satu tips yang bagus..akan cuba aplikasikan dalam blog sy nnti..tq sarah..
Kniedaz said…
setuju..lebih suka org dtg baca n3 kita bukan up trafik semata.. ^_^
meo188 said…
byk trafik smpai trafik jem...huhuhuhu :p
nuraarin-life said…
Good tips... adakah saya silent reader??
Nadiene said…
semuanya benar belaka,, sokong!!
Tips yang agak berguna.
Ramai orang lagi suka femes dgn masa yang singkat dan jadi batu loncatan.
hidup tanpa objektif kadang menyusahkan diri yang sebenar. ^^"
sarah sayang :)


l0lly sangat suker entry nih :)


sem0ga newbie2 yg xtahu b0leh rujuk entri ni sebagai ped0man untuk berjaya di dunia bel0ging.


Clap :)
Mr feckry said…
kajian yang sangat memberangsangkan
Shahrul Tanaka said…
ni brape orang peminat baru? :P
darkbatman said…
betul 2 sara.. ai loiikkeee. aie stuju.. nk bg traffic mantap perlukan picture dan kena padan ngn isi tajuk.. klau bleh luaskan skop en3 baru org akn stay salu.hehe
akmar dean said…
hye. nice post. nk tnye, sy ni blogger bru, so, waktu mula2 u blogging, cane u tarik visitor?

btw, visit my blog ya. klu u suke my blog, follow k. tq.
baguslah tips nih..
saya pula selalu tulis je apa yang saya suka.
huhu~

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..