i-city ~ the light wonderland
selamat berhujung minggu. kali ini penulis nak mengajak anda meneroka dunia penuh warna-warni. sebenarnya nak ajak anda tengok gambar. lepas tu macam nak suruh anda pergi sendiri ke dunia warna-warni tersebut. mesti pergi. I paksa. HAHAHA!
semalam, seperti yang dirancang, kami berlima. aku, naeimah, syida, dan dua watak baru dalam blog ini (sham, dan ijey)~ mereka bukan lelaki, mind yOu! telah memandu ke I-City. Shah Alam. baiklah hanya syida saja yang memandu kereta maka kami yang lain ini duduk saja dalam kereta senyap-senyap. (I duduk sambil makan yong tau foo made in Stesen U yang punyalah mahal, ambik 4 cucuk the harga is 7 ringgit. What The yONG tAU fOO!. made in heaven kah?). dah, dah, bukan ke makanan itu dah masuk dalam tubuh, apakah lagi yang nak dibebel. phew!
jalan sesak. sebab kami pergi waktu puncak. maksudnya? waktu itu adalah waktu orang balik dari kerja dan balik ke kampung. semalam hari jumaat, biasalah tu mesti ada yang balik kampung. mungkin mereka itu nak kawen atau sedara-mara yang kawen. biarlah mereka. yang kau sibuk kenapa. HAHAHA. berani penulis merepek kat sini. nak kena sekeh ke apa?! the sesak part itu kau sabar sajalah, jalan raya itu bukan kau yang punya. tapi Ahmad Albab yang punya. ni apa merepek lagi ni?!
kami sampai sana jam 7.15 petang. solat maghrib di stesen minyak yang ada kemudahan surau. abis takkan nak solat bersebelahan tempat orang pam minyak?.. logik sket ok. lepas solat. harusnya mengisi perut dulu. tenaga adalah penting bagi seorang fotografer dan model. (sejak bila kerja part time jadi fotografer dan model nih?). itu bukan part time, tapi hanya sesi bersuka ria di taman lampu. I suka lampu-lampu colorful, kalau yOu tak suka. I peduli apa. HAHAHA!
makan di mana, esok I cerita. (boleh pulak macam ini....)
ok. the direction to go here adalah berpandukan signboard. I-City ini terletak di Seksyen 7 Shah Alam. ada siapa ntah buat cerita karut kata I-City ni terletak di Seksyen 27. memang nak kena beduk tukang karut tersebut. DUSH.DUSH!
ok.. lets see the pictures!
ini dia kami berlima. ijey, naeimah, cik puteri, syida dan sham.
i really like this picture. dan anda mesti kena suka pada orang yang snap gambar ini. cuba teka siapa?
(masuk bakulllll dah orang tu, jom angkat dia)
warna-warni lampu bersama model-modelnya. phewit! boleh ngorat?
lampu putih nampak macam snow. model pun harus juga sepadan dengan snow tersebut. HAHAHA!
eh.eh. ada teddy bear berlampu. anak-anak anda pasti suka. isteri anda juga pasti suka. girlfriend anda pasti teruja. :p
ini, yang ini adalah di dalam bangunan. oh no. ia hanyalah dalam satu ruangan kecil. macam sebesar 3 buah bilik. haa, macam tulah.
ijey dan pokok salji.
biru mata hitamku. (tajuk lagu siapa ntah, pinjam kejap ya)
puteri biru dalam taman lampu. (kenapa hodoh sangat frasa tersebut?)
di bawah pohon cemara. bersinar-sinar. siapa silau tutup mata. :p
ok, ini gambar last.
untuk pengetahuan, I-City ini adalah bandar yang masih dalam pembangunan, ianya belum siap sepenuhnya. bangunan-bangunan kat sini belum beroperasi, bila dah siap nanti mungkin akan banyak kedai yang dibuka such as restaurant ke, butik ke apa. the light wonderland itu as tarikan kepada pengunjung. memang semua yang datang sini adalah datang dengan tujuan photoshoot. bukan datang untuk shopping.
of course the light wonderland ini di buka waktu malam sahaja. datang dalam lepas maghrib pun dah ramai. apatah lagi kalau malam minggu. semalam kami pulang jam 11.15 malam, still banyak kenderaan yang menghala masuk. masuk adalah percuma, parking pun percuma. tapi parking penuh kalau anda datang lewat, so kenala parking jauh-jauh. ekekeke.!
p/s: sebenarnya jumlah gambar melebihi 50, tapi kita share sikit-sikit jelah. =)
entry warna-warni tamat!
Comments
sila pergi, I paksa. HAHA!
@ Zack
tempat ini baru dibuka beberapa bulan lalu. no wonder la bab dua tahun u duk kat shah alam tu. sgt takda kaitan. HAHA!
@ seimura
mmg gila cantik, ekeke!
tapi xpenah sampai lagi sini
lawanyeee
ni pulakk ehh..b4 ni dgr2 cmtu jakk..
hope leh smpai kt san nti 1day hehe
aku xberpeluang g lagi...