Posts

Showing posts from June, 2010

accidentally met him again.

hari ini aku pergi sesi briefing untuk next exhibition kat klcc esok. then lepas tu aku pergi Times Square. macam biasalah jalan sorang-sorang. actually 'rakan sekerja' aku ada ajak minum-minum dulu kat NZ b4 balik, tapi aku segan sebab diorang berenam semua lelaki.  kat Times Square aku cuma beli perfume. then balik ke KL Central. kat KL central tulah, aku terjumpa Micheal. alaa.. jejaka Chindian yang sama-sama kerja dengan aku kat exhibition kat KlcC awal June aritu. hari ni dia ada kat tengah-tengah ruang kl central jadi part timer Gillete. of coz la aku tegur dia. rupanya dia dah kerja part timer Gillete sejak minggu lepas lagi. patutlah dia tak terlibat dengan exhibition halal kat matrade hari tu.  He still the same. handsome dan smart. dan ramah macam selalu. tapi oleh sebab dia sedang kerja. aku pun tak sembang lama. dalam 3 minit je camtu. dalam hidup ni, memang bertemu dan berpisah tu adat kan. but its okay. sekurang-kurangnya kita ada kenangan. kenangan tu takkan

Novel Ombak Rindu bakal difilemkan.

selepas filem Lagenda Budak Setan berjaya mencapai sasarannya di pawagam, novel seterusnya yang bakal mengikut jejak adalah karya Fauziah Ashari bertajuk Ombak Rindu. dikatakan bahwa Osman Ali bakal menjadi Director untuk filem ini. menurut FanPage Lisa Surihani di laman sosial Facebooknya. watak-watak yang dicadangkan telah pun ada. iaitu Aaron Aziz sebagai Haris, Maya Karin sebagai Izzah dan Lisa Surihani sebagai Mila.  novel Ombak Rindu mengisahkan Izzah, gadis kampung yatim piatu yang terperangkap bahana dari bapa saudaranya sendiri yang 'menjualnya' di kelab malam sebagai penghibur. di sanalah dia bertemu Hariz, dan Hariz 'merosakkannya' serta mahu memilikinya. namun Izzah merayu supaya tidak dijadikan perempuan simpanan sebaliknya meminta Haris menikahinya diam-diam tanpa pengetahuan sesiapa. Haris yang merupakan anak seorang usahawan (Tengku Sufiah) seorang lelaki yang sangat sombong dan ego. walaupun Izzah sudah dinikahi sebagai isteri namun dia melayan Izzah

apabila anonymous menjentik.

sekali lagi anda datang ke ruangan saya dengan status anonymous . sebagai anonymous, sebagaimana anda datang dengan tidak bernama, maka anda tidak diberi hak untuk comment anda dipaparkan di blog ini. walaupun pendapat anda mungkin tahap 'terbaik dari ladang'. apapun, comment anda tetap saya baca. jutaan terima kasih atas 'keprihatinan' anda. susah-susah meluangkan masa di sini. mungkin anda tak punya blog, atau mungkin anda tak punya google account. jadi tak mengapa. sebarang komen anda selepas ini (itupun kalau ada), bolehlah menghantarnya ke inbox email saya di nursarahputeri@gmail.com kenapa saya berbuat begini?. kerana saya malas nak berkasih sayang dengan anonymous dalam blog secara public. nanti readers saya yang lain jealous plak dan makin ramai pulak nak jadi anonymous. kalau anda berminat sangat nak bagi pendapat peribadi, saya merasakan bahwa saya perlu memberikan jawapan balas. tetapi tidak adil untuk 'kita berkomunikasi' secara public. untuk ti

Netherland dan Brazil menepati ramalan ke Suku Akhir.

cerita bola lagi... Slovakia dan Chile tepaksa akur dengan kekalahan mereka di tangan lawan yang sememangnya mempunyai rekod unggul di arena bola sepak. Netherland yang menang 2-1 ke atas Slovakia sememangnya bermain dengan baik, sekalipun Slovakia turut memberi tentangan hebat. skuad Samba yang bermain 'lengkap' berjaya menyudahkan permainan peringkat kalah mati dengan jumlah gol 3-0 ke atas Chile. malam ini pula, giliran Japan menentang Paraguay, serta Portugal menentang Spain. berharap sekurang-kurangnya Jepun dapat menjadi wakil terakhir negara Asia setelah kegagalan Korea Selatan tempoh hari. ramai yang menjangkakan Portugal bakal menghantar Spain pulang kerana rekod kenduri gol mereka semasa menentang Korea Utara. diharap Casillas dan pasukannya dapat menafikan pendapat ini. (ku tetap sokong Spain). -------------------------------------------------------------------- komen di blog ini telah di setting kepada moderate comment. formspring me dan shoutbox juga telah d

jangan mudah menilai orang.

entry ini ditujukan kepada manusia yang berkaitan sahaja... apabila anda membaca sesuatu cerita. anda memang berhak menilai, tapi ingat, penilaian anda tidak semestinya betul, jauh lagi tepat. cerita yang anda baca. bukan 100% lengkap dari awal hingga akhir. ia mungkin sebuah penceritaan ringkas yang akan datang diharap ada sesuatu yang dapat diperbaiki. jangan mudah menilai sesebuah penulisan dari sudut 'komplen' semata-mata. cuba lihat ia dari sudut 'harapan untuk masa akan datang'. biasanya manusia. dia tidak akan menulis suara hati tanpa sebab. bila dia kongsi sesuatu dalam blog, itu bermakna dia harap pembaikan di masa akan datang. anda tidak akan tahu apa-apa, selagi anda tidak berada dalam posisi si pencerita. nak bagi pendapat, nak bagi buah fikiran. semua orang pun terer. tapi hanya yang mengalami yang akan tahu bagaimana. oleh itu,  jangan anda mudah mempertikaikan 'bidang tugas' orang lain. bagaimana saya menerima training, berapa saya dibayar,

Uruguay dan Ghana semakin bersinar.

kita kembali bercerita mengenai Bola Sepak. atau lebih tepat lagi World Cup 2010. Uruguay dan Ghana menjadi pasukan pertama yang melepasi peringkat kalah mati. dengan keputusan 2-1 kepada lawan masing-masing. South Korea dan USA yang kelihatan bersedih dengan kekalahan tipis mereka harus akur bahawa bola sepak ini memang kadangkala 'nasib' tidak menyebelahi. bukan tak terer. tapi tak ada luck. kalah tak apa asalkan dengan bermaruah. tidak sia-sia aku menaruh harapan pada pasukan Uruguay. tidak sia-sia menukar jersey Uruguay dalam Facebook. hahaha. bangga sekejap. --------------------------------------------------------------------------- semalam di Mihas 2010, aku ada berjalan-jalan di booth-booth tertentu. jap. ada orang tanya aku kat Formspring Mihas tu menda apa. adoi.. kalau ditanya pada En.Google kan lagi cepat. Mihas tu adalah singkatan pada Malaysia International Halal Showcase. orang kampung panggil 'karnival halal'. semua produk sama ada makanan atau kosmet

lawak France dan Itali di World Cup '10

akhirnya. title Juara dan Naib Juara Dunia World Cup 2006 di Jerman 4 tahun lalu sememangnya hanya tinggal nostalgia semata-mata. untuk WC '10, France dan Itali sama-sama 'bungkus' di peringkat kumpulan. macam 'adil' sebab mereka sama-sama pulang awal. so mereka masing-masing sama ada pemain mahupun penyokong, bolehlah bersedih bersama-sama. meratapi 'kemenangan' terdahulu yang hanyalah 'kenangan' cuma. siapa jangka, mereka akan pulang seawal ini. sekalipun kononnya dikatakan berada dalam kumpulan 'selesa'.  kekalahan 3-2 Itali kepada pasukan Slovakia malam tadi benar-benar memusnahkan harapan terakhir team mereka. apa yang boleh dikatakan lagi. Sayonara. dan sampai berjumpa lagi di EuRo 2012, dua tahun lagi. (itupun kalau layak. ekeke). perlawanan seterusnya, Netherland yang menduduki tangga paling selesa di kumpulan E hanya perlu bermain seperti biasa untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan. manakala Japan harus menundukkan Denmark 

kedai mamak? kan ke mahal, tapi tetap ramai customer.

siapakah dikalangan anda yang langsung tak pernah makan kat mamak stall? walaupun anda mungkin bukan 'kaki mamak stall'. paling kurang pun, mesti ada sekali kot pernah try. kalau lelaki jangan cakaplah. kalau pempuan lak. memang jarang-jarang. tapi tetap ada.  sekalipun bukan semua kedai mamak ni owner n pekerja dia semuanya beragama Islam. tapi still gak. ramai orang kita yang 'layan kedai mamak'. apa yang istimewa sangat ya? orang kata mamak stall ni adalah ibarat restoran 1 Malaysia. orang India, Melayu malah Cina pun layan kedai mamak. padahal semestinya layan kedai mamak sebab teh tarik dia yang kaw, takpun roti canai yang macam-macam, roti bom lah, roti kapas lah, dan macam jenis. nak carik kedai makan melayu yang ada variasi macam itu. dalam 28. satu pun belum tentu ada. cerita sket pengalaman aku layan kedai mamak. 1st time dulu masa aku 2nd year. keluar lunch dengan kawan lelaki bangsa cina. dia belanja aku makan kat kedai mamak kat area Bangsar. masa tu aku

MIHAS 2010 Di Kompleks Kerajaan Matrade.

Mihas (Malaysia International Halal Showcase) 2010. Venue:  Hall D, E, F di Kompleks Kerajaan, Menara Matrade, berhampiran Masjid Wilayah Persekutuan. Time: 23rd-25th June 2010 (trade visitors only, housewifes, children are not allowed)          26th-27th June 2010 (public visitors, all are allowed)          open from 10am-7pm. Attire: smart casual, t-shirt with collars, shoes. (no slippers, no shorts n mini skirt) Important reminder: Camera is consider as prohibited item (except for journalist with bussines card). ------------------------------------------------------------------------------ MIHAS 2010 akan dirasmikan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia pada hari Rabu (23 Jun 2010) jam 3 petang. semua pelawat dikehendaki mengisi borang pendaftaran di Hall D dan mendapatkan badge untuk masuk ke Showcase ini. ( adalah lebih mudah jika anda datang bersama sebatang pen kerana kemudahan attachable pen adalah terhad ). Datanglah beramai-ramai!! p/s: kalau nampak aku kat

saranghae David Villa.. miss you Fabregas!

malas nak komen pasal Goal SuperSaiya TUJUH bijik oleh pasukan Portugal. tapi ia memang SuperSaiya macam Dragon Ball. ada tujuh bijik kesemuanya. sebijik di separuh masa pertama dan 6 bijik di separuh masa kedua. boleh tahan hebat. sehingga tahap tak sampai hati melihat Korea Utara kalah dengan tak bermaruah. err, terkena badi Korea Selatan yang kalah dengan Argentina b4 ni kowt. ekekeke..!!!  makin tak sabar nak tunggu perlawanan pelengkap kumpulan antara Brazil dengan Portugal.  semalam Spain bangkit dari kekalahan memalukan keatas Swis tempoh hari. 2 jaringan dari David Villa akhirnya 'melegakan' para penyokong mereka. Chile juga turut menang ke atas Swis dan membolehkan mereka menduduki tempat teratas kumpulan H. Spain perlu menang bergaya ke atas Chile jika mahu menyandang kedudukan juara peringkat kumpulan. lawan mereka di peringkat kalah mati. sama ada Portugal atau Brazil. aishh. memang tak mudah. Uruguay dan Mexico hanya perlu seri untuk layak ke peringkat kalah mati

nak jumpa tukang cat tak bertauliah.

salam Isnin. selamat bekerja. dan selamat bersekolah. Ivory Coast kalah 3-1 dengan Brazil. ermm, aku macam dah nampak bayangan Brazil n Argentina ke Final World Cup. Arghh. tak cun ah! tapi aku kini penyokong Uruguay. jersey 10. Diego Forlan. biarpun Forlan muka cam orang jahat. tapi yang penting dia hebat. ekeke. nak dia jadi penjaring terbanyak boleyhhh? ermm, tengah malam nanti Spain lawan Honduras, kalau diorang tak menang dengan 'cantek' memang lah nak kena! errr. mukadimah bab bola saja kalau masuk blog ni. sabar jelah kepada yang tak minat bola. :p hari ini hari Isnin. musim persekolahan sudah bermula. tapi demam bola semakin rancak. Uruguay for sure akan ke pusingan kalah mati, kalau Uruguay juara Group A, mungkin bakal bertemu Korea Selatan sebagai naib juara group B. mintak tolong Argentina. sila belasah Greece supaya Korea Selatan boleh lepas peringkat kumpulan. Korea Selatan takkan takleh menang dengan Nigeria? alamak, siannya kat Nigeria kalau kalah semua games

Busuk punya Perempuannnnnnnnnn!

kalaupun kau tu wangi, pakai minyak wangi semerbak bau bunga sundal malam. kalaupun rambut kau punya lurus panjang mengurai angkara teknik rebonding salun jalanan. kalaupun kau suka sangat bergaya dan berlagak macam kaya. kalaupun kau nak nampak cantik dengan barang berjenama yang kau tak mampu beli dengan cash. kau tetap aku cop sebagai perempuan paling BUSUK sebab engkau PENCURI. Busuk punya Perempuan.!! buat malu aku je sebangsa dan sejantina dengan kau!! gila busuk lah kau tiga perempuan genit!! Sabtu Ahad, aku jadi promoter secara lebih masa di Jusco. 9 jam berdiri. dan hari ini, jam 8 malam lebih kurang, aku didatangi 3 gadis genit yang mulut dan muka lebih manis dari gula. rupa-rupanya tangan panjang berdepa.  bukan setakat curi aksesori kat ruangan yang aku jaga. malah turut mencuri barang berjenama yang lain, hasil curi bernilai lebih RM 150.!! modus operandi? diorang datang macam the real customer, siap mintak nak try. then try-try depan cermin, sambil sikit-sikit melem

lawak Spain dan Germany.

Villa:- "malunya pasukan kita kalah dengan Swiss". Torres:- "alaa..apa nak malu? tu Germany pun lingkup lawan Serbia". Villa:- "kira kita ada Geng la nih?" Torres:- "yela. Germany tu kan opponent kita time final Euro '08 dulu" (Spain dan Germany sama-sama berkongsi 'malu'. mati kutu mencari Goal walaupun satu.) 'sampai hati aku gelakkan team favret sendiri, jahat gila aku nih' perasaan yang hambar, sama hambar dengan musim World Cup. yes! ternganga dengan keupayaan Mexico mengalahkan France. juga Switzerland menundukkan Spain. tak lupa Serbia mengejutkan Germany. semua team underdogs rupanya telah menyimpan 'kejutan' ini bersama-sama.  Ops! terkejut. terkejut. England? tak payah cerita! hanya Argentina yang masih kekal 'cemerlang'. bakal bertemu Greece untuk melengkapkan perlawanan peringkat kumpulan. tapi kedudukan dah begitu selesa. entah kenapa aku membayangkan Argentina akan berjaya hingga ke peri

Buffered Earning:- kempen dari Nokia dan DiGi.

DiGi Oh DiGi! DiGi dengan baik hatinya telah menghadiahkan blog ini B.E yang ke-3. iaitu DiGi Live Tour. sebelum ini B.E dari DiGi adalah DiGi Prepaid King dan DiGi Weave. terima kasih DiGi. terima kasih Nuffnang. Nokia Connecting People. Nokia juga telah menghadiahkan blog ini B.E buat kali ke-2. sebelum ini Nokia Email Rookie dan yang terkini adalah Nokia Navigation Phase 2. Nuffnang sangat handsome! kan.kan. dengan itu. blog ini tidak akan mendua atau mentigakan Nuffnang. Mangga Ads? haha. ada gak try kat blog 'puteribiru'. baru daftar je. as eksperimentasi. hehe p/s: pasukan UnderDogs mula meNyinga! nganga semua orang.

Usharrr Awek! ada berani?

Image
hari ni kita nak cerita santai saja. no.no. tutup kejap alkisah World Cup. team favret aku semuanya ke laut. merajuk lah. merajuk!. nanti kalau team aku mula 'menyinga'. kita bukak balik topik bola. okeyh. setuju ya semua. tajuk tu bukan khusus untuk lelaki, tapi sebenarnya untuk perempuan juga. mari-mari, kita berbicara tentang 'meNgushar'. Ushar menurut kamus Nursarah bermaksud melihat/memandang/menengok sehingga tahap macam tertarik untuk cuba menarik perhatian orang tersebut supaya dia perasan kehadiran kita. Ushar tidak juga bermaksud mengurat/mentackle . tapi dia lebih kurang macam Test Market . macam suka-suka. macam seronok-seronok. tapi bergantung pada niat masing-masing. tujuannya? bila lelaki Test Market . aim dia biasanya sekadar nak tengok, apa respon perempuan tu. sama ada +ve ataupun -ve, ia macam result kepada jauh mana seseorang lelaki tu 'market'. disamping nak tahu. level-level seorang perempuan. sama ada di tahap jual mahal ke, jual

Sultan Brunei dan Azrinaz Putus Kasih.

ini cerita pagi ini. dengan mata yang membengkak akibat menangis akan kekalahan Spain malam tadi. ok. dia punya feel macam nak menangis. punya kuciwa. tapi tak nangis pun. redha. itulah Abg David Villa, kan syg dah pesan jangan over confident. tengok apa jadi?. dengan kecewa yang amat, bukak jugak kosmo online n metro online. Kosmo kata Spain diratah. sabar jela punya tajuk. klik kat Metro online, jumpa pulak berita perceraian Sultan Brunei dengan Azrinaz (bekas personaliti tv3). aikk! dah berceraikah?. mengapakah?. tak ada cerita lanjut pasal kenapa mereka bercerai. erm. anak dah dua orang masih kecil pula. kesian kat anak-anak. tak apalah. nafkah dari seorang billionaire agak-agak sebulan dapat bape ek? cukup tahun cecah sejuta tak? $$$$$$$$! tukar tajuk jap:- Uruguay belasah Afrika Selatan 3-0?.. Aikk. ada can depa jadik juara Kump A kalau macam nih. Kump B pulak?. sama ada Korea Selatan atau pun Argentina akan jadi juara. mungkin boleh diagak bergantung pada keputusan perlawana

Encik Pengawas pujaanku ialah.....

Image
"Oh Mai God. aku lambat lagi hari nih", pelan-pelan aku melangkah dari pagar sekolah ke tapak perhimpunan. semua murid sudah sedia berbaris. " Ops! siapa kata awak boleh lepas? " Aku memandang wajah pengawas lelaki yang tiba-tiba menghalang jalanku. Senyum. Sudah tahu bahwa bukannya namaku yang bakal dicatit. Itu hanyalah modalnya menyapa pagiku. Pagi itu, dan pagi-pagi sebelumnya juga sama. mungkin sebab inilah. Aku selesa datang lambat ke sekolah. Sekurang-kurangnya, 'dapat hadiah' sebaris teguran dan sebuah senyuman. ----------------------------------------------------------------------------------- sebelum dapat masuk kelas selepas waktu rehat, harus beratur dulu di luar kelas. kali ini Encik Pengawas yang sama juga 'bertugas' menyoal beberapa istilah sains. kalau jawapan betul baru diizinkan masuk. lepas semua pelajar menjawab soalan dan masuk. Aku akan menjadi 'peserta' terakhir. " Awak nak soal apa? " " No more

sembang World Cup:- 1st match England, Italy, France dan Portugal sekadar seri.

macam biasalah. kali ini, kita sembang pasal World Cup lagi. team kegemaran ramai England hanya mampu seri dengan United States. Juara World Cup '06 hanya mampu seri dengan Paraguay. begitu juga dengan nasib Naib Juara World Cup '06 France, juga setakat seri dengan Uruguay. terkini, tempat ke-4 World Cup '06, Portugal juga seri tanpa jaringan menentang Ivory Coast. aik.. takkan masing-masing simpan taring kowt. hurm. anggap jelah begitu. :p penjaga gol England  Robert Green dikatakan membuat kesilapan sehingga gawangnya bolos dengan mudah. United States, Uruguay dan Paraguay pastinya sangat berpuas hati dapat menyamakan kedudukan dengan 'pasukan-pasukan gah'. haa, siapa kata laluan mereka adalah mudah? Ivory Coast aku anggap sebagai pasukan yang tak kurang hebat sebab ada Drogba. tapi macam mana team dia perform aku tak amik port sangat. hehe. ramai peminat berpuas hati dengan pencapaian pertama pasukan Germany, Korea Selatan dan Netherland. tapi antara tiga-ti

music box :- where do i begin.

Image
entah kenapa tiba-tiba aku teringatkan muzik lagu 'Where Do I Begin' yang selalu digunakan sebagai irama dalam music box. dulu masa sekolah menengah, music box adalah hadiah favret . sama ada untuk kawan baik mahupun kawan istimewa. macam setiap orang mesti pernah dapat hadiah music box. tak pun beli sendiri buat koleksi. dan irama paling selalu dimainkan dalam music box adalah dari lagu 'Where Do I Begin'. dia punya muzik. Perghh! membelai ke jantung sanubari. boleh terbawa-bawa sampai berangan di alam FairyTales. punya indah penangan sesebuah irama. ----------------------------------------------------------------------------------- " tRue LovE is that Which cAn GiVe tHe MosT wiThoUt AskinG, or dEmaNdinG aNyThiNg in reTurN ". " Are your palms sweaty? is your heart racing? and your heart cought within your chest? its not love. Its LIKE." " Would you give them your heart? your life? and your death? then Its LOVE." &qu

"anak Mama mesti kaki bola, macam Daddy dia".

Image
eh. eh. semacam apakah tajuk kali ini. HahahA! ok. ini nak cerita pasal bola sepak. dan bola sepak lagi dan lagi. makan bola, tidur bola minum Coca Cola. (aku tak boikot Coke, so what?!. nak boikot blog aku?. haa. sila-sila!). dan peduli lah jika anda golongan yang tak suka bola sepak. jangan  adakan masa untuk pertikaikan minat orang lain. "apalah best sangat bola?. bosan je". haaa. kalau kau bosan kau layan lah benda lain. pergi layan gosip Fasha Sandha 'bergaduh' dengan Tiz Zaqyah ke. apa ke. pergilah kau. pergi! World Cup ni bukan lama pun, sebulan je dalam 4 tahun . cuba kira nisbah dia?. sangatlah kecil rite? kalau 'lelaki anda' berpergian tidak mempedulikan anda gara-gara World Cup. biarkan sajalah. memang World Cup lagi penting dari anda buat masa ini. begitu juga kepada lelaki yang tak minat bola tapi 'perempuan anda' gila bola. bagilah peluang girlfriend anda layan bola. layan World Cup jauh lebih best daripada 'main mesej dengan

sembang World Cup: Korea Selatan berpotensi besar?

Image
hai semua. hai. demam bola sudah bermula. tapi aku masih belum sempat menonton mana-mana match pun. letih dan mengantuk saja menjelang malam. tapi tadi sempat tengok gol tunggal Argentina vs Nigeria. itupun sebab gol dia di minit-minit awal. lepas tu aku pun surrender. dalam hati dah pasti. takkan lah Argentina akan kalah dengan Nigeria. tak akan kowt. haha. tapi Nigeria still ok sebab cuma bolos satu gol saja. walaupun tak bertahan nak menonton bola, tapi masih berupaya mengambil tahu keputusan-keputusan perlawanan. setakat ini, belum ada lagi jumlah gol yang berciri SuperSaiya. Afrika Selatan vs Mexico 1-1,  Uruguay vs France 0-0, paling terror punya result dilakar oleh Korea Selatan. Greece (juara Euro '04) tumpas. 2-0. Argentina vs Nigeria 1-0. tengah malam nanti perlawanan antara England dan USA. walaupun aku suka team England. tapi aku macam tak yakin pasukan ni boleh pergi jauh. tapi at least England harus melepasi peringkat kumpulan dan mara ke peringkat seterusnya. h

aku ini, mudah jatuh hati. Ya. MEMANG. tapi...

Image
hahahhahahaa! aku nak gelak besar. ada seseorang buat aku gelak besar. Wakakakakkaakaa! macam sangat lawak lah beliau tuh. haha. so funny. berjaya buat aku gelak melampau. tadi aku call mr.S. mula-mula sembang pasal World Cup. perlawanan pembukaan antara Mexico dengan Afrika Selatan berkeputusan seri 1-1. pastu cerita pasal kenduri kawin rakan2 beliau yang tidak dihadiri. dan kemudian aku pulak buka cerita pasal kenduri kawen pakcik aku July nanti. pastu aku cakap kat dia jomla datang wedding my uncle tu kalau tak malu. haha. dan kemudian idea dia mengenakan aku terus datang secara Zasssssss! tak sangka dia telah mengenakan aku tentang 'the korean look' yang dulu aku jatuh hati time kenduri kawen my cousin. what the Fish. rupanya dia baca my story tentang tu. kahkah. malunya saya baik menutup muka dengan tong air sekarang juga.! tapi aku macam gelak-gelak saja bila mr.S 'mengimbau cerita lama tersebut. yalah. nak terpikat ni memang senang je. tapi after that bila

menguap/sangap? gara-gara World Cup 2010!

Image
mengantuk dah. time taip entry ni, aku dah menguap untuk kali yang kesebelas. ermm. nak cerita sket tentang diri sendiri. ermm. ada berita tergempar. aku dan housemates dikehendaki berpindah dari rumah yang kami sewa sekarang. bukan kena halau sebab tak bayar sewa. (ini bukan macam drama). kami kena pindah sebab kawasan kg kerinchi ->berhadapan LRT Universiti ini mahu diroboh dan dibangunkan menjadi sesuatu yang bombastic. kononnya berbunyi macam itulah. nak kasi roboh rumah kami yang rendah ni. Aiyyo. malasnya nak fikir pasal pindah rumah. malas nak cari rumah, malas nak packing barang, malas nak uruskan segala hal. dan malas dan malas lah. Arghhh!. malam ini tak makan nasik. tak ada selera. tapi makan Yong Tau Foo. beli segala bola2 ikan ketam udang kat Carrefour dan kemudian rebus sendiri di rumah. bukan itu saja. gigih pula menyediakan kuah Yong Tau Foo tersebut secara hentam saja. blender bawang, cili kering, ikan bilis. panaskan minyak then masak hasil blender dalam kuali.

Penggemar Yogurt Sejati.

Image
hi semua.. hye.hye. ini entry berkisarkan makanan. bukan masakan. eii. tak sama ek? Ya, tak sama. ini perihal makanan yang beli saja terus boleh 'ngap'. you all dah tau kan aku ni seorang 'peminum susu'. InsyaAllah semua jenis susu boleh lalu di tekak, tapi susu kambing tak pernah try lagik. susu unta pun belum cuba. err, susu kucing pernah? teringat my youngest sister. dia kata dia pernah try susu kucing. ntah la macam mana dia buat. tak pulak mak kucing tu cakar ke apa. cerita pasal susu sebab nak kaitkan dengan yogurt. susu dan yogurt ni macam adik beradik tiri la. induk dia 'Dairy Product'. orang kampung kata 'produk tenusu'. camtulah. biasanya yang tak minum susu juga tak makan yogurt. tapi mungkin bukan semua. rasa yogurt bila dah combine 'menjadi perisa tertentu' maka dia jadi enak dan tidak mual. sekali try macam tak best. dua kali try macam boleh telan. haa. (tutorial menjinakkan anda mengambil produk tenusu). minuman yogurt kat pasa

cek pertama selepas 4 bulan bersama Nuffnang.

Image
inilah dia. inilah dia yang dinanti sejak sebulan 10 hari yang lalu. this is for my record. tak ada tujuan lain. income selepas 4 bulan bersama Nuffnang, termasuk duit Gathering Gatsby. ermm. buat pengetahuan, aku tak pernah dapat duit project Alpha. (pernah try wat entry sekali, bila tak dapat terus malas nak wat dah). hehe, sebenarnya memang 'malas'. ekekeke dapat cek ni minggu lepas lagi. tapi bermalasan je nak mention tentang ni kat blog. well, memandangkan esok aku akan masukkan cek tu kat mesin cek deposit. maka snap le gambar buat kenangan. untuk pengetahuan, dah 10 bulan berblog barulah aku pasang iklan Nuffnang. selepas 3 bulan bersama Nuffnang baru start dapat B.E. Thanks to Nuffnang, dan thanks to all yang support blog nih. tanpa you all. tak mungkin blog ni dapat collect total B.E sehingga hampir  mencecah RM50 (melalui 6 campaign yang dah metered). and again, thanks a lot! Nuffnang sangat handsomelah! kan.kan.

keperluan kaki:- kasut yang selesa.

Image
hari ini kita nak cerita pasal keperluan kaki. haha. kaki yang sihat menjana minda yang sihat. sebab kaki yang sihat boleh jalan-jalan dengan senang hati sambil melihat panorama indah ciptaan Tuhan. hee. cantik tak mukadimah kali ni?. haha tak perlu kepada refleksologi mahal-mahal. kaki kita tidak akan sakit kalau kita memilih kasut yang tepat. sebab tu pereka kasut die punya income bukan sikit-sikit. designer kasut boleh jadi jutawan tau. haa, boleh bayang tak. betapa pentingnya kasut dalam hidup? bab kasut, bukan semestinya kena beli yang mahal. yang ada brand, beli mahal-mahal tujuan menunjuk-nunjuk buat apa kan. tapi belilah yang kualitinya berbaloi dengan harga. yes!. kita beli sebab kualiti, keselesaan, tahan lasak, tahan lama. cantik dan sebagainya. tapi kalau beli saja-saja tapi tak pakai simpan saja dalam kotak buat koleksi tu dah kira membazir pulak. jangan membazir, Allah tak suka. syaitan suka.  ok. now mari bercerita tentang kasut penulis:- kasut yang dibeli pada bu

Koc Wanita & komen tentang Lagenda Budak Setan.

hari Sabtu lepas dalam sejarah:- - 1st time naik komuter koc Wanita. - 1st time tengok wayang kat TGV The Mines. - 1st time tengok wayang cerita melayu. (Lagenda Budak Setan) dah lama dah tau pasal adanya koc wanita untuk perkhidmatan komuter. baguslah kan. tapi that day was saturday. sangat ramai orang yang naik komuter. nak tak nak kalau penuh, mesti ada sikit-sikit lelaki yang 'termasuk' kat koc wanita nih. then ada sorang kakak/makcik taktau la status dia apa. punyalah garang giler. awal2 kat kl central dia dah 'halau' lelaki2 daripada menunggu di hadapan area koc wanita. dia sound bukan perlahan. jarak sebatu boleh dengar, just like, koc tu macam dia yang punya. macam menjengkelkan la dia. kalau tegur elok-elok macam tak boleh. then dalam komuter, bila sampai stesen Mid V. biasanya memang ramai orang akan turun dan ramai gak akan naik kat stesen nih. biasalah kan ada penumpang yang terkejar-kejar ingat komuter dah nak jalan. so kita pun gabra lah. maka ada

nostalgia di zaman sekolah rendah: cerita Kasut Sekolah.

Image
selamat berhujung minggu, err, kalau tak silap. adik-adik kita baru mula bercuti sekolah secara panjang rite?.. wah. kalau aku dulu. sekalipun cuti panjang, acara nak basuh kasut tetap liat. still gak nak tunggu sabtu terakhir sebelum sekolah dibuka. baru nak terhegeh-hegeh pi basuh kasut. padahal dah berbuih-buih mulut emak memerintahkan. "pi basuh kasut. pi basuh kasut!". jawapan aku. "ye mak, sekejap lagi. sekejap lagi Sara basuh" . ok. kalau tak silap. abah tak pernah bagi perintah suruh basuh kasut. abah cuma tanya je. "dah basuh kasut lom?" . haaaa. secara magic. pertanyaan itu dijawab dengan "errr, belum, ni nak pegi basuh la nih", dan serta-merta mencapai kasut sekolah tanpa bertangguh. tu dia 'kuasa' my dad. power gila. errrr. bila tidak lagi bersekolah. ketiadaan acara basuh kasut adalah yang terpaling diraikan. Heh! masa zaman sekolah dulu. aku suka sangat dengan hari Isnin. sebabnya. hari Isnin adalah hari di mana k

Chindian.? yes. he is!

salam jumaat. salam bahagia. eii, macam lama dah meninggalkan internet. macam tak biasa pulak mengadap lappy. err. err. bagusnya kemajuan sebegini. tak rasa apa-apa pun kalau tak update blog atau tak jalan-jalan blog. facebook apatah lagi. langsung tak rindu. HAhaHa! yes. kemajuan. kemajuan. feel free without internet. sebab ia bukan keperluan seharian. cuma keperluan 3 hari sekali. :p okla. sebagai seorang rakan. aku dah mula rindu. rindu dengan teamwork aku. (padahal lepas ni akan jumpa lagi). err. rindu gak dengan jejaka Chindian seperti yang anda teka. ok. ceritanya. semalam aku sempat berbual-bual panjang dengan beliau. tanya itu ini macam reporter.. haha. no la. as friend what. apa salahnya meramahkan diri. :p dia bagitau bahwa ibunya India dan bapanya Cina. thats y he got Malay look. haa. 1 Malaysia la his family. but I dun think he can speak Tamil n Mandarin very well. dan agama dia:- Kristian. and of course la he celebrate Christmas. and Tahun Baru Cina as well. Deepavali