Posts

Showing posts from September, 2016

9 bulan 10 hari?

Image
39 minggu 2 hari.  hai readers. penulis belum bersalin lagi hehehe. so confirm lah anak kami ini adalah Baby September. syukur ke hadrat Allah kerana telah memberiku nikmat mengandung hingga ke 39 minggu atau mungkin jejak 40 minggu. lebih 9 bulan dah kandungan ni dibawa ke mana-mana. Alhamdulillah atas nikmat ini, Allah sentiasa menjaga si ibu dan bayi. pernah banyak kali nak terjatuh atau tergelincir tapi setiap kali itu juga Allah selamatkan kami. terima kasih ya Allah, Dialah sebaik-baik pelindung. sebak pulak, pengalaman mengandung ini bakal berakhir tak lama lagi bila aku dah melahirkan. aku pasti tak dapat melupakan setiap suka duka susah senang membawa zuriat dalam perut selama lebih 9 bulan. rasa terima kasih yang tak terhingga kepada suami yang melayan isteri mengandung dengan super tip top. begitu terharu bila dikenang.  dari awal mengandung yang diserang alahan dan emosi tak stabil. 2nd trimester yang berselera hebat. dan 3rd trimester yang sentiasa isteri ini