Posts

Showing posts from September, 2011

why I read them.

http://mamakandmami.blogspot.com/ http://salam2benua.blogspot.com/ p/s: 1) dare to find out their similarity?... becoz the answer is also a clue. 2) drop ur comment, what clue Im talking about..  3) hey. this is serious game..

review Samsung Galaxy Tab 10.1:- berbaloi atau tidak?

Image
Hi readers. seperti yang dijanjikan semalam. penulis nak buat sedikit review pasal Samsung Galaxy Tab 10.1.. tapi ini review bukan dari penggemar gajet atau iklan berbayar. aku buat review ni selepas beberapa hari try guna Samsung Galaxy Tab 10.1. so aku akan cerita sikit cool dan tak cool nya gajet ni. and siapa yang berbaloi milikinya.  boleh tengok link ni untuk tengok iklan Samsung Galaxy Tab 10.1. iklan memang cool ah sebab Samsung kan berniaga. Hehehe.  http://www.youtube.com/watch?v=x1X_q1DM8s8 soalan-soalan tentang Galaxy Tab 10.1:- 1) Tab ni boleh buat call ke?... ada fungsi handphone ke? - tak boleh. dia tak ada fungsi phone macam Galaxy Tab pertama dulu. Tab kedua ni memang untuk internet surfing sahaja. yelah. kegunaan lain tu macam biasalah, boleh main games, boleh snap picture, boleh rakam video. boleh simpan beratus lagu, movie and so on.  2) dengan Tab ni boleh layari internet bila-bila dimana-mana ke? -dah tentu Tab ni tidak datang dengan internet free. bo

update guna Samsung galaxy tab 10.1

hi guys my readers yg comel, ehemmm..jenuh aih nak taip kat skrin sentuh ni hah. den ni orang kampung jew..relax2..ni bukan tab ai okey. mana ai mampu nak beli tab ni sesaja.. tapi ini kita try guna..try je..try test..so esok lusa kalau rajin ai buat aa review gajet plak..haha.kemain skang.. tak main ah review filem je..ai generasi moden.. samsung tab ni cool..boleh aa nak pakai kalau rasa mampu n duit terlebih..tapi..tang tapi tu kita cerita kat review kelak.. actually aku dah try tab ni 2-3 hari gak..dah try guna internet..dah try ambik gambar, rakam video dan sebagainya..so jauh mana dia cool.. very2 soon ai story..ok.. oklah..itu saja sesi mengetest untuk entry ni..daaa..

What to Do If You Dont Like It

hi readers, baiklah. kalau mereka yang mengenali aku di alam realiti. mesti tahu yang aku ni jenis 'muka sombong'. tapi bila dah kenal banyak je modal nak bercakap. aku mudah didekati. actually, Im quite flexible. and I can easily adapt to surrounding. be it good people, or bad one. younger or older than me, alim pakai purdah, or free hair rambut karat, I can talk to you nicely and I wont bother your background or your past life. dalam berkawan, aku tak pilih kawan. kawan semua sama sahaja. dan aku selalunya akan 'layan' seorang kawan bagaimana dia adanya. prinsip sama kalau orang lain berkawan dengan aku, terima aku apa adanya. kalau aku rasa aku tak boleh nak get along. then aku blah jauh-jauh. aku takkan ambik port pasal orang yang aku tak boleh nak get along. and Im not that type yang tak suka, lepas tu pergi hasut orang lain supaya tak suka apa yang aku tak suka. come on. perangai macam itu budak tadika je layak buat.  siapa pernah jadi kawan aku, mesti tahu

Sabtu pesta makan, Ahad tersadai akibat perut meragam

Bismillahirrahmanirrahim. Hi semua.  malam tadi kami (aku dan roomate) dah kembali ke rumah. meninggalkan acara open house @ pesta makan di Sg.Buloh. awalnya memang nak tidur sana jugak last nite. tapi aku and roomate tukar plan. nak balik jugak rumah kami walaupun rumah bukan ada apa-apa sangat.  di Sg.Buloh semalam, perut berpesta makan. walaupun badan aku macam tak sihat sangat sebab selsema dan batuk, tapi sebab dah lama tak jumpa makanan best-best. semalam aku balun semua makanan. bercampur-campur menjadi satu adunan baru dalam perut. pagi dalam jam 8 sarapan nasik himpit dengan sambal ikan bilis. sarapan pagi-pagi la sebab after that nak kemas-kemas sebab makcik roomate buat open house that day. tak ada pun tolong berkemas sangat, menyapu sikit-sikit je. jam 12 tengah hari beraya makan di rumah kawan kepada sepupu roomate, aku makan pasta bolognaise, kentang putar, sate, sosej dan ayam bakar. jam 3petang makan pulak di rumah makcik roomate (rumah yang kami tidur la) makan l

ber'weekend' di Sg Buloh..

Hi readers, hari ni penulis bangun pagi-pagi, sebab tidur rumah orang takkan nak buat perangai bangun siang hari. *kau gila?nak jadi diri sendiri pun biar bertempat. berperangai biar elok jangan urban sangat, nanti bakal mak mertua reject. Hi-Hi apa khabar mummy mr.kingkong (mother in law to be) di Pantai Hillpark sana, harap ceria selalu #okfinepenulispoyo sejak malam tadi sudah berada di Sg Buloh. rumah makcik kepada my roomate. beliau buat open house hari ni. so kami datangla awal supaya boleh tolong apa yang patut. tapi tak ada pun aku tolong masak, sebab makcik roomate telah memasak lewat malam tadi hingga pukul 5 pagi. *aku tidur awal sebab penat kan semalam kerja. plus badan aku tak sihat. selsema batuk hasil jangkitan rakan sekerja. Isk. antibodi lemah kot aku ni. cerita sikitlah ek, roomate aku suka sangat ajak aku ke sana ke mari. menjadikan hidup aku sangatlah tidak bosan. maklumlah nak diajak dating oleh mr.kingkong memang jarang sekali, dia asyik dating dengan emak dia

Selamat Hari Malaysia

Malaysia bumi bertuah, tanah tempat tumpahnya darahku. tanah kelahiranku. Selamat Hari Malaysia dan Selamat Ulangtahun Kemerdekaan yang ke 54 kepada tanah airku tercinta. Akan datang sekiranya anak-anakku meskipun bukan 100% berdarah Melayu Malaysia . tetap akan aku terapkan dalam diri mereka supaya tetap berbangga, kerana yang mengalir dalam darah  mereka, adalah darahnya bangsa Melayu, darah bangsa Malaysia. Aku Melayu yang tidak layu dek keji, juga tidak lupa dek puji.  Aku Melayu yang meskipun dimaki dan dihurung caci, membuah dendam tidak sesekali. Aku Melayu yang biarpun tidak molek dipandang orang, Aku teguh di tapak sendiri. Aku Melayu yang mungkin acapkali gagal dalam episod kehidupan ini.  Namun Akulah Melayu yang bangun kembali, mencuba lagi dan lagi. (nursarahputeri, 16 Sept '11) Selamat Hari Malaysia to all Malaysian.

kes pecah rumah pecah kereta jumaat lepas.

ini cerita yang berlaku jumaat lepas. salah seorang housemate aku, kereta dia (Myvi) pakai belum sampai setahun pun kena pecah. cermin belah driver habis. and penyamun ambik radio and meter kereta. memang sebenarnya kawasan Sentul ni agak 'panas' dengan kes samun kereta. bukan semestinya kalau tinggal kereta semalaman, kalau berhenti makan kat area Sentul ni pun ada peluang kereta kena pecah jugak.  kesannya, housemate aku plan nak pindah rumah. then kalau sorang pindah maknanya lagi 2 orang housemates pun akan pindah jugak. sebab mereka bertiga kawan baik dari zaman kampus. sebenarnya ketiga-tiga mereka pernah kena pecah kereta dalam jangka masa 3 bulan duduk area Sentul ni. salah satu kesnya adalah kereta boyfriend salah seorang mereka kena pecah masa tinggal makan kat kedai.  menurut housemate aku. kerja pecah kereta ni orang profesional yang buat. sebab elok je set radio n meter kereta dia samun. macam kerja orang expert lah senang kata. nasib baik Perodua kata boleh cla

jangan terlalu terhegeh-hegeh.

hai pembaca blog.. hurm, pagi Isnin kembali. macam-macam yang berlaku minggu lepas. tapi yang macam-macam tu next time aku cerita. kali ni nak cerita sikit pasal my roomate punya cerita. Sabtu lepas keluar dengan roomate jalan-jalan kat Sunway Pyramid. hari tersebut ada rakaman Art Attack Disney yang dihoskan oleh Qi Qushairy (hos Jalan-jalan Cari Makan/pelakon utama Blogger Boy). ampun sumpah Qi sebenarnya sangat handsome berbanding dalam TV. muka dia macam mat saleh pun ada tak nampak macam malay sangat. yang penting suara dia best I loike!  *tak dinafikan aku memang minat Qi sejak dia belum famous pun. masa tu dia cuma keluar kat rancangan Destinasi Bajet. well, selalu aku ditakdirkan terjumpa secara dekat dengan orang yang aku minat tanpa dirancang. #KFCM, #FaridKamil, #AmirulHadi, and #Qi Qushairy as well. *nahh, lucky me?! oklah. tutup kes Qi Qushairy now kita nak cerita pasal tajuk entry. yes, ini berkenaan my roomate. Sabtu lepas masa keluar dengan beliau. handphone dia ayi

malas topup..

prepaid internet celcom beroadband dah tamat tempoh. so diam-diam je. malas nak topup. ni online kat tempat kerja.. err, beli prepaid topup kena caj 6% dah kuatkuasa ek?..  pfftt! nampaknya semangat aku nak beli BlackBerry and ambik pakej postpaid semakin membara. jom semua pakat guna Blackberry, kita BBM je k. ambik pakej Bis then kita main tenet je takyah sms/call. nasib baik ai dengan mr.kingkong selalu pakai email je. tax bagai ni tak effect hubungan kami pun. bluekk! topup pun dah ada cukai, so jadilah pengguna bijak. pandai-pandailah jimat cermat. kepada kerajaan, hah, sekarang tang cukai budak 5 tahun pun bayar kot. dulunya tang cukai ni orang dewasa dah kerja je bayar (cukai pendapatan yang gaji RM 2500 ke atas). now cukai topup untuk semua tak mengira usia. kalau sebulan sorang individu topup RM30, cukai topup sebulan dah RM1.80 sen, so setahun cukai topup minima pun RM21.60sen seorang. try darab ngan pengguna handphone yang dari usia 5 tahun hingga 65 tahun (dah tentu be

mr.kingkong vs ciri lelaki idaman -->rujuk entry tahun 2009

hi blog, hi readers. maaf blog sedang di musim bunga so entry selaut jiwang je yang boleh dikongsi. benci ke suka ke anda tentukan. Muahaha! semalam sedang aku godek-godek blog, godek-godek entry lama. maka terjumpalah dengan entry tentang ciri-ciri lelaki idaman, entry dipublish pada 25 Oktober 2009 . hampir dua tahun lepas. masa tu kiter single lagi.. :p klik link  Ciri-ciri Lelaki Idaman  untuk bacaan lanjut. but kat sini nak share sikitlah. agaknya mr.kingkong menepati citarasa ke tak. citarasa yang aku statekan 2 tahun lalu. jom tengok. #pertama sekali, sy mahukan lelaki yg beragama Islam. dan sy tak kisah sekiranya dia bukan berbangsa melayu.(ada impian nak kawin mat salleh or jejaka korea).  lebih baik  kalau sy pilih lelaki yg bukan perokok. #keduanya sy mahukan lelaki yg tidak handsome di mata org lain. memang tak apa jika org lain kata dia tak handsome tapi sy tetap akan kata dia adalah handsome di mata sy.  #ketiganya sy mahukan lelaki yg boleh berbual

kembali menjalani rutin hidup

Salam Aidilfitri to all, hari ni sudah Syawal 4, penulis sudah kembali ke Kuala Lumpur sejak semalam. mungkin kali ini adalah Hari Raya yang paling sekejap pernah diraikan dalam hidup. Yes. hari ini sudah masuk kerja.  Alhamdulillah raya tetap meriah dan aku hanya bersederhana memandangkan ekonomi tidak berapa bagus. bab makan-makan raya tak payah cerita kot. semua orang pun tahu hari raya orang johor akan makan apa kalau bukan lontong. memang menu default. semua orang tahu. dan pastinya aku makan banyak sekali tak peduli diet kejadah semua. muahaha! err, nak cerita sikit pengalaman raya kali ini yang sebenarnya punya kelainan dari sudut pandangan mata aku. berbeza apabila melihat bapa saudara dan sepupu lelaki yang dulunya di zaman kanak-kanak adalah teman comot-comot main tepi paya (konon-konon tangkap ikan) pada tahun ini sudah menjadi cool daddy. tahun ini masing-masing dah gendong baby, gendong beg baby, buat susu anak, mandikan anak, layan anak bagi dia gelak. dan sebagainy