mr.kingkong vs ciri lelaki idaman -->rujuk entry tahun 2009


hi blog, hi readers.

maaf blog sedang di musim bunga so entry selaut jiwang je yang boleh dikongsi. benci ke suka ke anda tentukan. Muahaha!


semalam sedang aku godek-godek blog, godek-godek entry lama. maka terjumpalah dengan entry tentang ciri-ciri lelaki idaman, entry dipublish pada 25 Oktober 2009. hampir dua tahun lepas. masa tu kiter single lagi.. :p


klik link Ciri-ciri Lelaki Idaman untuk bacaan lanjut.


but kat sini nak share sikitlah. agaknya mr.kingkong menepati citarasa ke tak. citarasa yang aku statekan 2 tahun lalu. jom tengok.


#pertama sekali, sy mahukan lelaki yg beragama Islam. dan sy tak kisah sekiranya dia bukan berbangsa melayu.(ada impian nak kawin mat salleh or jejaka korea). lebih baik  kalau sy pilih lelaki yg bukan perokok.


#keduanya sy mahukan lelaki yg tidak handsome di mata org lain. memang tak apa jika org lain kata dia tak handsome tapi sy tetap akan kata dia adalah handsome di mata sy. 


#ketiganya sy mahukan lelaki yg boleh berbual dengan sy tentang segala macam perkara. kerana sy adalah sejenis yg macam banyak sangat cerita nak diberitahu dan dikhabarkan dan sejenis yg juga mahu dengar segala perkhabaran dr dia. sy mahu dia tidak lokek suara untuk bercerita tentang masa kecilnya malah cerita sedih dan kelakar pun sy mahu dengar juga.


#keempatnya, sy mahukan lelaki yg tidak akan berdiam apabila sy melakukan kesalahan dan akan menegur sy dengan bijaksana. bukan memarahi dengan cara menjerkah, menengking, memukul dan yg sewaktu dengannya. sesuatu tentang sy adalah, sy akan menengking kamu kembali apabila sy ditengking!


#kelimanya, sy mahukan lelaki yg lebih suka duduk di rumah time cuti, macam abah sy. bukan bermakna 24 jam sentiasa duduk di rumah tapi berpada-pada apabila keluar rumah


dan mr.Kingkong punya characteristics. jom kita compare kan dengan ciri-ciri idaman yang 2 tahun lalu tersebut.


# mr.Kingkong memang Islam sejak dilahirkan. dan tentang bangsanya Melayu atau bukan, itu rahsiaaaaa. dan beliau seorang perokok. tapi tak begitu tegar. sekotak rokok for 2-3 days. 


# dah tentu dia handsome di mata aku. tapi di mata orang lain aku taktau.  tapi rasanya orang lain tak akan kata dia handsome. Haha. *kenapa aku begitu yakin dengan pendapat ini. :p


# point no 3 memang sangat menggambarkan diri beliau. dia memang rakan berbual yang best. bukan terlalu talkative like mak nenek yang cakap bukan-bukan. tapi perbualan kami selalu menyeronokkan sebab aku macam boleh gain knowledge. perbualan dua hala. selalu pertanyaan aku adalah tentang something yang aku taktau dan dia tak segan terangkan panjang lebar. sebab itulah kami boleh lepak minum kat Starbucks sampai 1-2 jam. kalau dalam kereta pun, tak pernah sunyi. 


# point no 4. dia memang pernah 'membetulkan' kesalahan aku. 'meluruskan' pemikiran aku. sebab aku ini watak degil yang selalu bertindak ikut perasaan. dia banyak mengajar aku tentang rasional dalam membuat keputusan, mengatur hidup. setakat lebih 7 bulan ini, dia tak pernah tinggikan suara. cara dia tunjuk dia tak setuju senang je. pandang aku sambil ketap bibir and geleng kepala. then magiknya aku terus akur tak protes.


# point no 5 ni... tak sure sangat. tapi dia jenis tak ada masa nak hang out dengan member2.. mungkin sebab umur dah melepasi 30an. so lebih fokus  pada karier and future. point ini aku tak sure selagi aku tak hidup serumah dengan dia. dah kawen baru boleh tau laki kau lekat kat rumah ke tak kan?


dan yang terakhirnya... nak statekan jugak point yang last di entry 2 tahun lalu iaitu tentang ciri fizikal lelaki idaman.


#mahu yg ukuran pinggang 29 inches..haha..


mr.kingkong? dah tentu bukan 29 inci.. he is 180cm tall, and his weight is around 95kg... guess what number of his waist? kahkahkah!


p/s: nasib baik ada blog, ada juga catatan yang boleh di compare. muehehe!

Comments

Shahada Fauzi said…
eh? ade sikap yg sama..saye pun akan menengking kembali orang yg menengking saye..tapi itu kepada org yg saye tak berapa nak rapat..kalau org terdekat tengking mahu saye menangis..muahaha..
Ibu Ammar said…
#cik Sha
itulah kebetulan ada yang sama muehehe. err, sebenarnya ai pun akan nangis gak kowt kalau dia tengking. imaginasinya macam tulah tapi till now belum pernah kena tengking. scary ah bayangkan.

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..