entry apa ntah ni..kahkah!

ni entry pasal cinta kot..huahua
kadang-kadang, bila sy blog walking, maka akan mengunjungi bloggers yg sedang di alam percintaan, macam2 cerita yg sweet dipersembahkan dalam blog. yg paling touching adalah bila mengimbau saat2 bermulanya love story. ada di antara mereka yg tak segan nak kongsi gambar dengan readers, dan ada gak yg hanya bercerita tentang love story tapi satu gambar pun tidak dikongsi. mungkin mereka ada reason tersendiri. maka tidak mengapa.

tiba-tiba rasa mahu bercerita tentang ciri-ciri lelaki idaman, tak apa kalau you all rasa tak mau baca bolehlah mengabaikan entry ini.sekian.pertama sekali, sy mahukan lelaki yg beragama Islam. dan sy tak kisah sekiranya dia bukan berbangsa melayu.(ada impian nak kawin mat salleh or jejaka korea). abah pernah cakap yg abah tak kisah sy nak kawin dengan sesiapa dr bangsa apa pun, yg penting dia tiada sebarang rekod jenayah.maklum saja zaman skang ni semua org berisiko menjadi penjenayah. muka nampak baik pun belum tentu boleh percaya. kadang2 yg muka baik nilah yg berhati kejam, abis madu sepah dibuang lalu suruh gf gugurkan kandungan demi tidak mahu bertanggungjawab sangat dayus betul! dan abah pesan lagi bahwa lebih baik  kalau sy pilih lelaki yg bukan perokok. ini pesan dr abah tersayang maka sy akan setuju dengan saranan abah.

keduanya sy mahukan lelaki yg tidak handsome di mata org lain. memang tak apa jika org lain kata dia tak handsome tapi sy tetap akan kata dia adalah handsome di mata sy. lagipun lelaki yg semua org kata handsome berisiko menjadi 'buaya' sungguh dangerous sekali! mmg tak apa jika dia tidak secerah sy, (ceh macamlah sy berkulit cerah). kalau dia cam hangus skit pun tak apa janji sedap mata sy dan mata abah sy memandang..ceh macam khidmat abah diperlukan dalam hal ini..huahua!

ketiganya sy mahukan lelaki yg boleh berbual dengan sy tentang segala macam perkara. kerana sy adalah sejenis yg macam banyak sangat cerita nak diberitahu dan dikhabarkan dan sejenis yg juga mahu dengar segala perkhabaran dr dia. sy mahu dia tidak lokek suara untuk bercerita tentang masa kecilnya malah cerita sedih dan kelakar pun sy mahu dengar juga. kalau dia adalah sejenis senyap maka sy akan menangis kesedihan. sumpah ini adalah perkara sedih bila tiada komunikasi dua hala dan macam bosan yg amat kalau senyap membisu seribu bahasa. (sy rasa cam best tengok my parents berbual berdua).

keempatnya, sy mahukan lelaki yg tidak akan berdiam apabila sy melakukan kesalahan dan akan menegur sy dengan bijaksana. bukan memarahi dengan cara menjerkah, menengking, memukul dan yg sewaktu dengannya. sesuatu tentang sy adalah, sy akan menengking kamu kembali apabila sy ditengking! so plez dun try me even once..

kelimanya, sy mahukan lelaki yg lebih suka duduk di rumah time cuti, macam abah sy. bukan bermakna 24 jam sentiasa duduk di rumah tapi berpada-pada apabila keluar rumah. my dad mmg sentiasa ada dirumah untuk buat aktiviti yg sesuai macam berkebun di kawasan rumah. sy macam sejenis yg tak suka apabila lelaki kesayangan sy asyik keluar rumah, sibuk gila macam kalah perdana menteri..melainkan kalau sy diajak keluar bersama ini tak apa mmg tindakan yg disokong banyak kali..huahua!

dah habis pun ciri2...takda dah yg keenam dan seterusnya..kalau ditanya ciri2 fizikal tinggi rendah gemuk kurus mmg sy malas nak perincikan. itu semua tak berapa penting bg sy. tapi jika diberi pilihan, sy mahu pilih yg macam mr.S?..boleh?...


p/s: mahu yg ukuran pinggang 29 inches..haha..

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S