sedikit cerita...untuk dikongsi..

ada maksud tersirat disebalik rumah berpagar??



landskap yg cantik untuk hiasan saja?



tak pasti..adakah kami dialu-alukan untuk mengambil gmbr..




my sis yg suka posing..




orkid..


peristiwa berlaku pada hari raya yg lepas..seingat sy..hari raya ke-4..pagi itu, kami sekeluarga beraya ke rumah ibu saudara abah sy...oleh sebab tahun lepas tak beraya rumah tersebut..maka baru kami tahu bahwa rumah tersebut telah 'bertukar'..rumah lama telah dirobohkan sama sekali.. dan dibina rumah baru di tapak yg sama..


rumah yg baru siap dibina ni..mmg sangat cantikk! status gah la jugak nak dibandingkan dengan rumah kampung yg lain...bertembok sekeliling rumah..berpagar automatik..siap ada landskap di halaman...actually ibu saudara abah sy sudah meninggal dua tahun yg lalu..maka rumah baru itu dibina oleh anaknya..(sepupu abah sy)..


nak diceritakan..bahwa sepupu abah sy adalah seorang pemilik butik yg popular di kl..dan butik beliau terletak di Kajang..jadi tak hairan dia boleh buat rumah baru yg cantik!
masa kami sampai, kami dilayani oleh sepupu ayah sy yang lebih tua iaitu abg kpd pemilik butik tersebut...abah sy bertanya.." M** ada kat rumah?".."owh! M** ada..dia baru bangun, tengah mandi agaknya"..


setelah 30 minit...M** masih tak keluar2...tak nampak bayang pun untuk menyapa abah sy.. nasib baik abgnya melayan kami dengan ramah...bila dah 40minit..abah mintak diri.. abah suruh sampaikan je salam pada M**. dan kami pun bergerak, untuk beraya di rumah saudara-mara yg lain..


malam tue, sy makan malam dgn emak..emak bgtau bahawa emak sakit hati dengan kelakuan M**. ada ke patut tetamu datang langsung tak tunjuk muka?..yg datang bukan org lain..sepupu sendiri..then emak cerita kat sy, bahwa arwah ibu saudara abah sy orgnya sangat baik hati..malah sangat penyayang dengan emak sy..tiap kali emak sy datang ziarah, arwah akan peluk emak sy...


sy terfikir-fikir..kenapa M** begitu sombong terhadap abah sy?..then sy teringat tembok rumah tersebut..tembok yg tinggi..pagar bertutup 24 jam...adakah itu signal awal bahawa kedatangan tetamu sememangnya tidak dialu-alukan?..dan sy berfikir lagi..tidak mengapa jika abah dan emak tak punya rumah besar bertembok tinggi...asalkan mereka mengalu2kan tetamu yg datang..dan sy berfikir lagi..kalaulah arwah ibu saudara abah sy masih ada..akankah M** bertindak begitu terhadap saudara sendiri?..


p/s: sy sentiasa mengalu-alukan, kunjungan tetamu di blog ini...=)..


Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S