Friday, October 16, 2009

apabila blog itu ditutup..

mmg dukacita, bila satu2 blog yg kita suka jengah ditutup secara tiba2, mmg cam sedih sket sbb setiap hari kita dah terbiasa menyibuk kat blog orang tu, walaupun takda entry terbaru tapi tetap nak jenguk blog tersebut..dapat jenguk tuan blog pun jadilah..(eh, semacam je statement nie..huahuahua)..

ada satu blog nie, budak medic blaja oversea..followers dia tak la ramai sangat sampai beratus-ratus, tapi yg leave komen kat blog dia boleh tahan..berpuluh-puluh komen dalam 1 entry...bila sy baca blog dia...blog dia mmg best...dan sy cam respect kat dia..yelah, amik medic tapi pandai urus masa untuk berblog..tapi 1 hari, sy baca d'latest entry..dia kata dia taknak update blog lg dah..isk..mmg sayang, sebab budak tue pandai menulis...yg sy ingat..budak tue ada bela hamster..mmg comel bila dia cerita pasal hamster dia sakit apa semua...dan sy pun dah sangat lama tak jengah lagi blog tue...sy pun tak pasti..betul ke beliau mmg berhenti dr berblog..

ada satu lagi blog.. sy terjatuh minat ngan satu blog nie, sy jumpa blog nie masa bulan puasa yg lepas, baca entry2 beliau yg menarik, kelakar, kelucahan pun ada gak sedikit..(penambah perisa cerita agaknya)..mmg followers blog nie pun ramai, 600++, berpadanan la dengan blog dia yg best..tapi lepas ja sy balik raya, blog tersebut dah tak wujud lagi...tuan blog dah mengharamkan blog beliau dr dikunjungi...isk.mmg tak puas ati..sebabnya sy baru plan nak baca entry2 beliau yg dulu2, mesti fun..namun, hajat tak kesampaian..tapi kan...sy dah dapat detect blogger lucu ni melalui blog baru beliau....hehe.....

dan semalam, ada seorang blogger kasitau sy, bahwa blog beliau nak ditutup...dan hari ini bila sy try klik link blog dia, mmg tak dapat bukak....huaaaa! kenapa dia tutup blog?...ermm...patutlah akhir2 ni dia dah jarang leave komen kat blog sy...rupanya dia nak tutup blog dia...isk.! sy baru plan nak ushar gambar2 dia wat kali terakhir, tapi tak sempat...uhuk!then blogger tu bagitau yg dia ada blog lain...tapi blog tue tak da gambar2 n identiti dia...ceh...cam mana sy nak ushar kalau gambar takde...isk!

tadi baca blog JOE, entry terbaru kata nak tutup blog..sekali lagi sy terkujat..aik! nape semua org nak tutup blog ni?...then, bila baca entry beliau sampai abis...rupanya gimik je tajuk entry tu...lega! blog taraf diraja mana boleh senang2 ditutup..huahua..(sy je yg bagi taraf diraja kat blog joe tuh, lihat link di sebelah)..

mmg hakikatnya, tidak selama2nya seseorang blogger itu akan terus berblog..maybe diorang ada sebab tersendiri..harapnya biarpun dah menutup blog, tetap jugak akan mengunjungi blog orang lain cam biasa..(kalau tak berkuranglah peminat sy..) eceh statement perasan boleh wat org muntah...huahua

p/s: ladies n gentleman..keep on blogging! yeah!