bukan untuk kaki kamu!

gambar hiasan.




pada suatu hari, joe (bukan mana sebenar) menghadiri satu persidangan yang bertempat di PWTC. selepas persidangan, beliau bergegas ke bilik air untuk membersihkan diri dan berwudhuk untuk menunaikan solat zohor. oleh sebab tidak disediakan tempat khas untuk mengambil wudhuk, maka joe mengambil keputusan untuk berwudhuk di sinki sahaja.


sedang joe membasuh kaki kanannya di sinki tersebut, dia ditegur oleh seorang wanita cleaner yg tiba-tiba sahaja masuk.



"Encik, sinki ini bersih, ia bukan digunakan untuk mencuci kaki, sila cuci kaki di dalam tandas"

"apa salahnya? saya rasa kaki saya tidak akan mengotorkan sinki ini"

"tapi encik! sinki ini hanya digunakan untuk mencuci tangan dan muka sahaja!"

"baiklah, berapa kali kamu mencuci muka kamu dalam sehari?"

"dua kali"

"kalau begitu, kaki saya jauh lebih bersih daripada muka kamu! kerana saya mencuci kaki saya 5 kali sehari!"



p/s: kisah ini diambil dr sebuah majalah yg pernah saya baca.

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S