Posts

Showing posts from April, 2010

post terakhir. sebelum blog di private.

berapa lama blog akan di private? - mungkin hingga orang terlupa dengan kewujudan blog ini. contest macam mana? - mungkin dibatalkan. lagipun setakat ini belum ada penyertaan. nuffnang macam mana? - biarkan saja. saya tidak begitu 'jakun' dengan nuffnang. kenapa di private secara tiba-tiba? - kerana medan perkongsian ini terbatas untuk mereka yang ikhlas bersama saya sahaja. maksudnya? - saya tidak mahu ada yang menyampah dengan saya. bukankah saya tidak minta duit kamu untuk tanggung saya makan setiap hari. saya juga tidak pernah menganggu hidup kamu. berhenti menilai saya . izinkan saya aman dalam dunia saya. jangan sangka anda benar-benar kenal saya. kerana sangat banyak sekali dalam diri saya yang anda tidak akan pernah tahu. jika saya menangis sedu sedan. jika saya dalam tekanan perasaan, dan apa jua yang saya lalui, saya tidak pernah mengheret anda. maaf! saya tidak perlukan mereka yang tidak ikhlas.! baik anda adalah teman, kawan, pembaca, sezaman sek

maaf, blog bakal ditutup.

atas sebab-sebab tertentu, blog ini bakal ditutup (private) pada malam ini. jam 12malam dan belum pasti bilakah akan dibuka semula (public). untuk pembaca yang masih ingin membacanya. sila tinggalkan email anda untuk di approve. terima kasih. harap maaf, segala kesulitan amat dikesali.

di sini aku menulis, dan kamu membacanya.

hari ini selepas post entry 'aku tercabar' . aku terus tidak online. kerana laptop dalam fasa dibaikpulih. sekarang baru online untuk baca komen. hanya jalan ke dua blog. blog dokter farhana n si kodok. terima kasih ya kodok atas  review kamu. dikatanya aku blogger cerdik. mekasih. kembang bijik mata membacanya. baiklah. untuk pengetahuan rakan-rakan, segala gambar aku di Facebook telah di delete. tag gambar juga sudah di remove serta-merta. maaf ya kawan-kawan. now aku memang tak mahu ada gambar sendiri dalam Facebook. jangan tanya kenapa. siapa komplen nanti aku delete terus akaun Facebook aku tu kang. malam ni malam jumaat, tapi aku tak buat pun jelajah blog. sebenarnya kali ini dah kali ketiga malam jumaat aku tak buat entry jelajah blog. maaf ya. aku busy. komitmen untuk jelajah terganggu buat sementara waktu. harap faham.hurm. terima kasih atas komen kalian pada entry sebelum ini. terutama komen dari Frodo Baggins . setiap komen anda pembaca sangat 'warm' di hat

aku tercabar

dalam pada bersabar kadangkala tercabar.  dalam pada membiarkan kadangkala menyakitkan. aku tidak mengalah tetapi aku berserah. oh. Tuhan tunjukkan jalan. aku yang lemah gusar dan lelah manusia selalu berjanji manis dibibir tiada membawa erti sementelah aku pasrah.

Tips Tingkatkan Traffic melalui Penulisan (kajian peribadi).

peringatan*baca setiap patah kata untuk kesan pemahaman yang optimum! * ini bukan tips asas. rasanya kalau bincang bab tips asas, anda semua pun dah tahu caranya. dan banyak blog dah bincangkan tentang itu. tips yang bakal dikemukakan ini tidak merangkumi slot'blogwalking'/tinggal jejak dan yang sewaktu dengannya. kali ini kita nak kongsikan tips dimana anda yang 'busy' (like me la bz always) tetap boleh mendapat traffic yang 'mencurah-curah' dengan penulisan entry yang menarik . entry tentang earning nuffnang terkecuali. (kalau bab duit je semua terbeliak mata). * blogger pun ada life tersendiri. kita perlu jalani kehidupan macam biasa. belajar, bekerja, buat kerja rumah, buat kerja sekolah. dan masing-masing sebenarnya ada 'tugas' dalam hidup. kebanyakkan kita, saya dan anda semua memang bukan fulltime blogger, dan bukan juga selebriti blogger. kita tidak punya banyak masa untuk menghadap pc 24/7. (boleh blogwalking 365 blog sehari). dan kita juga

hati ini untuk siapa?

Image
perasaan di kala ini. kenyang . sebab baru lepas makan nasik lemak . jangan risau. aku takkan upload gambar nasik lemak. nanti you all kata aku ni tadak kerja lain asyik upload gambar makan saja. ermm. ada orang kata, kalau setakat hal makan pun nak cerita kat blog baik tak payah. lepas tu ada orang cakap cerita-cerita macam ini adalah 'sampah'. tak apa. aku tidak kecil hati. sebab aku memang tidak menulis selari dengan citarasa orang lain. aku menulis blog menurut apa yang aku suka. bak kata puan chika . 'jangan buat macam blog sendiri'. setuju! perasaan di kala ini. syahdu . entah kenapa asyik mengimbau kenangan. yang indah dan yang pahit. semua macam berlegar-legar di ruang minda. dalam hati ada cinta. tapi hati ini untuk siapa? tentang entry ini , aku sebenarnya bukan negatif, aku redha  kalau memang Allah menguji aku. setiap orang juga diuji. dan masing-masing ada bahagian tersendiri. cerita kita semua sememangnya tidak akan pernah sama. tapi itulah. manusia

ayam golek terbaikkk!

Image
 hi semua, seperti yang dijanjikan. ewah. tengah hari ini kita post entry makanan. entry ini sure akan buat korang lapar then kemudian rasa nak cari kedai makan yang ada ayam golek. hahaha. gila dengki aku dengan you all. :p hidangan ni rakan serumah aku yang masak. aku tak ambik port langsung. sebab aku tak sihat. eceh. tetiba mengaku tak sihat. tapi betul weh. aku selsema dan batuk-batuk. maklum la semalam pagi-pagi dah duduk dalam peti ais/exam building UM. cerita sikit pasal exam. kalau kat UM kan. kita akan exam duduk berhadapan dengan student course lain. pheww! semalam kan. we all duduk berhadapan dengan student kejuruteraan. wowwee! sambil jawab soalan sambil ushar lelaki-lelaki. macam sedang buat pilihan mana satu seswai di ajak dating. haha. no la, aku bukan la gatai. saja je cuci mata. sekali sekala apa salahnya. :p - - - - ayam golek cik Hasni. sos cendawan+lada hitam tu best.! walaupun beliau pandai memasak, tapi beliau  sudah berpunya. ehehe - - - -

earning nuffnang kembali RM 0.00

Image
dah klik kat cash out dah. maka earning kembali RM 0.00 cepatnya masa berlalu. dah genap 4 bulan bersama nuffnang. duit nuffnang sesuai tak untuk beli sepasang kasut? dah 6 bulan tau I pakai kasut yang ada sekarang. ok. aku bertegas nak peruntukkan duit nuffnang untuk beli sepasang kasut baru. yea! ada satu buffered dah ke metered. campaign yang berbaloi gak. berjumlah RM13.75sen. ada 3 lagi buffered sedang run. run lama-lama tau. =) macam biasalah. update pendek saja. mode bizi. ekekeke. atau ada permintaan supaya aku update entry panjang? n sorry guys. aku buang jap chatbox sejak semalam. sesiapa yang mintak nak exchange link, nanti-nanti aku kemas kini ek bloglist aku tu, sekarang bukan musim-musim mengemas blog. ahaha! p/s: esok tengah hari time you all lapar, I update pasal dinner tonite. gila special tau my housemate masak.

cayang cik epal n miss lolly!

Image
hehehe... kenapa aku cayang kat  cik epal n miss lolly ? * aku ni jarang-jarang leave komen kat blog you all berdua walaupun aku membacanya diam-diam. tapi you all berdua gadis-gadis blog yang Hot sudi baca entry aku dan leave komen. nak ikutkan. komen-komen kat blog you all berdua lagi berbakul-bakul mesti tak terjawab. aku ni yang dapat komen tak sampai puluh-puluh pun tak cukup masa nak visit back visitors n pengkomen blog aku. weet2!, entry ku yang gile pendek cap ayam pun cik epal sudi komen. dua hari berturut2 lak tu. mekacihh! hehe, aku pernah nampak cik epal kat pasar malam PJ. tapi malu la nak tego beliau. ekekeke miss lolly yang cun. kawan blog@ kawan kampus, bile kita nak berjumpa ni miss lolly? satu univ tapi tak pernah jumpa. adeishh! * you all yang lain-lain, kalau nak jadi blogger yang disayangi. contohilah mereka berdua. walaupun famous tapi friendly. aku suka baca blog cik epal n miss lolly sebab diorang suka wat ayat kelakar. tapi aku memang pemba

kawan2, tolong saya.

when we decide to take the step to date someone, we could ask ourselves "Do I see myself marrying that person?" If not, save yourself the pain of an inevitable break-up. Can we see? the future?! I hate to say this, but really. I love you. ~because Im stupid~

%^$^&%*#@#$%#

Image
aku berharap. mood aku adalah begini. tolong doakan aku dapat hint soalan apa yang keluar exam esok. dan tolong doakan juga supaya selsema aku ni cepat baik, exam building UM tu giler rendah suhu dia. boleh mengalami kegagalan pernafasan kalau berterusan selsema macam ni. oh ya, gambar tu dari pakcik google.aku ni manalah ada seni menghias makanan. :p oleh itu, entry...tamat! ~ update kurang dari 2 minit ~

spagheti terpaling cun!

Image
weee! bestnya makan-makan orang masakkan. untung dapat housemates yang rajin memasak. lagi-lagi di kala musim peperiksaan ini. heaven gila. jom makan! - - - - licin beb! dah kenyang, apa lagi...study! p/s: update dalam masa 3minit.!

kelebihan dan kekurangan lelaki handsome.

Image
hi semua, selamat berhujung minggu. hari ini kita nak sembang pasal lelaki handsome. dan ianya adalah mengikut sudut pengamatan penulis sama ada dari zaman sekolah mahupun universiti. siapa rasa dia handsome, tampan, kacak,dan mungkin Hot. jom baca. kelebihan:- -terlebih dahulu mendapat perhatian berbanding yang tidak handsome. -ramai peminat perempuan. berbaris kot! -senang nak tackle awek cun. -'market' tinggi. glamer di mana-mana juga. (kampus/ofis). kekurangan:- -mungkin digilai hanya kerana paras rupa sahaja. -mungkin diminati oleh kaum sejenis Auchh!. -susah nak setia kerana banyak godaan gadis-gadis yang lebih Hot! -kuat perasan. macam dia saja yang handsome. wekk! (ciri lain yang kurang yang lebih boleh tambah sendiri okey). perempuan cenderung memilih lelaki handsome? - bab handsome, kacak, cantik dan lawa ni. semua orang pun suka, sesiapa pun suka kepada 'keindahan'. but for me, kalau setakat nak pandang muka saja. kali pertama tu

Candiru :- ikan yang boleh memasuki alat sulit.

Image
hi semua, ini bukan entry lucah. just nak share sikit about something. I baru tahu tentang ini. wow! dalam dunia ni memang banyak benda yang kita tak tau. itulah pentingnya sesekali kita memilih untuk menonton siaran TV yang ada manfaat. siapa kata dengan menonton tv tak boleh tambah pengetahuan?.. malam tadi, semasa menonton siaran astro discovery channel of amazon river. dapat menambah ilmu tentang satu fakta. nak tau tak, sebenarnya terdapat sejenis ikan kecil yang lebih merbahaya daripada seekor piranha di AmaZon River. ia adalah ikan Candiru. si karnivor yang kejam. ok. cuba lihat gambar x-ray di atas. apa yang anda nampak? percaya tak? ikan Cindaru ini boleh memasuki tubuh manusia melalui lubang kemaluan, tak kira sama ada anda lelaki mahu pun perempuan.  visit this link untuk bacaan lanjut:- http://news.softpedia.com/news/The-Vagina-Penis-Parasite-Fish-60299.shtml daripada tontonan di astro malam tadi, ikan Candiru ini biasanya menyerang mangsa secara beramai-

ada apa dengan status 'in a relationship'?

Image
in a relationship hi semua. ok. sebenarnya macam tak tau macam mana nak kupas this topic. tapi kita sembang-sembang jelah. i taip you all baca. itu pun dikira sembang juga kot. semblog . sembang blog. errk, taktau la boleh pakai ke tak istilah tu. macam biasa. kita hentam sahajalah. haha! baru-baru ni, aku menukar status di facebook daripada single kepada its complicated , dan kemudian kepada in a relationship . amboi, semua pun gelabah nak komen pheewitt, tumpang happy. then tanya siapa-siapa, bila dan bla-bla.bla. macam wartawan melodi pulak. itulah kan, kalau soal cintan-cintun je, semua orang nak tau. tapi kalau dalam blog asyik cerita pasal kisah cinta saja sibuk pulak orang komplen, dia ni tak ada modal lain ke, balik-balik cerita pasal kapel, dating, sambut anniv dan bla.bla.bla. pelik kan manusia?. dia suka nak ambik tau kerana kemudiannya bolehlah dia mengutuk. errr, ini bukan semua la, maybe sesetengah orang je. bila set status single ada orang kata, 'eleh, nak

gambar Gatsby Street Fair.

Image
baiklah, memang tahu dah, semua orang pun dah bosan dengan cerita Gatsby. tak apa. kita tak nak cakap banyak-banyak. just nak letak gambar yang ada muka aku. dan kemudian sesiapa yang rasa ada ternampak muka aku kat sana tapi tak cam ke apa aku tak kisah. dan bagi yang kata aku pendiam, err, aku memang tak kecoh-kecoh. padahal mula-mula datang tak jumpa sesiapa sampai berniat nak balik je lepas daftar. nasib baik jumpa kapten . kalau tak memang lama dah aku blah. oleh sebab kapten kenal ramai blogger, aku boleh lah kenal-kenal dengan diorang. cumanya aku rasa macam rugi pulak tak snap gambar si ~0~ dan pejazul . ekekeke. IntanNurul, HudaLuna, CikCumey, aku dan Azuan. gambar ni aku cilok dari FB cik cumey. ini saja gambar yang aku boleh kongsi dengan you all. aku tak sempat weh nak upload gambar-gambar. anyway. best dapat kenal dengan HudaLuna dan Cik Cumey. diorang memang friendly habis. next time ada waktu kita jumpa lagi okeyh. =) entry habis. update cepat sebab aku kebi

cinta ini membunuhku..

Image
kamu tidak akan tahu, sejak bila kamu tidak akan nampak, air mata tanpa bicara kamu mengajar tentang cinta kamu bukanlah sebuah kisah silam dan bukan juga kisah masa depan betapa aku berharap kamu juga yang menghapus airmata ini walaupun hanya dalam mimpi sungguh cinta ini membunuhku ----------------------------------------------------------------------------------------

Contest:- Nursarah's Blog di mata saya.

Image
berita baik untuk semua:- bersempena dengan 'kejayaan' blog ini menurunkan Alexa Rank ke lingkungan bawah 1 juta meskipun hanya mempunyai kurang daripada 400 followers. penulis berbesar hati untuk menganjurkan satu contest. khas untuk anda pengikut setia. yang tak berapa setia pun boleh masuk jugak. haha! syarat penyertaan:- -terbuka kepada semua pembaca yang mempunyai blog. -contest tamat pada 14 Mei 2010 . cara penyertaan:- - buat satu entry yang bertajuk ~ Contest :-"Nursarah's Blog di mata saya"~. - berdasarkan tajuk tersebut, nyatakan tentang:-  # jenis entry/penulisan yang anda suka di blog ini  # ciri-ciri yang disukai/tidak disukai tentang blog ini  # ciri-ciri yang disukai/tidak disukai tentang tuan blog ini  # kritikan pedas yang membina untuk blog ini  # cadangan/ saranan/ harapan kepada blog ini.  # lain-lain perkara yang anda ingin bangkitkan, (terpulang). - entry anda mesti sekurang-kurangnya mengandungi 150 patah perkataan

Ayam Goreng A &W

Image
hi semua. hari ini kita nak cerita pasal makan-makan. yep. semalam petang aku bawak adik aku makan-makan untuk celebrate birthday dia. sekaligus konon2 macam nak bagi semangat untuk temuduga dia hari ini. pergh, gila baik kan dapat kakak yang macam aku ni. destinasi makan adalah A &W. dah setahun lebih rupanya aku tak makan kat A&W. rindu gila kat float A&W yang woweee! ok. float dia memang terbaik. sekali lagi aku ulang. TERBAIK! baru tengok float saja sudah rasa damai di hati. sumpah, memang damai di hati. kentang goreng pun terbaik. kalah McD n KfC punya kentang. memang rasa damai je makan kat sini semalam. orang tak ramai, nak main snap-snap gambar pun tak segan-segan. yeeha! suka-suka-suka. anda tak suka?..sila tutup mata jangan menengok gambar. hahaha! inilah dia restoran A&W yang terletak berhampiran stesen LRT Taman Jaya. hanya satu stesen selepas LRT Universiti. dan hanya 70sen tambang untuk seorang. kalau dua orang, maka ianya perlu didarab dua. ka

Aku dan Joegrimjow:- Awas! Kami tak ada Skandal.

Image
kalau nak cerita tentang blogger pujaan hati sanubari yang terpaling lama bertapak di hati. memang Joegrimjow adalah orangnya. 'jangan sentap baca intro, ini kisah baru nak mulo, entry bukan sebarang bicaro, ini khas sempena Birthday Joegrimjow ' kalau nak cerita sejak bila, pastinya pada tahun 2009. kalau tak silap, dalam beberapa bulan selepas aku berblog. aku memang lupa yang mana satukah entry pertama blog dia yang aku baca. tapi entry yang terpaling aku 'terkena' adalah entry beliau naik bas waktu bulan puasa. then mengatakan ada awek cun duduk disebelah dan mereka mula berdialog. dan rupanya entry itu adalah rekaan beliau semata-mata. tepuk dahi sebaik saja sedar tertipu. cis! ~ sekali U tipu, selamanya I terus terpedaya ~ ya. sejak itu. baru ku tahu bahwa blogger joegrimjow ini berbakat sebagai 'penglipur lara'. dan mulalah aku godek-godek entry Pak Belalang yang versi-versa. dan entah macam mana. aku jadikan blog beliau sebagai blog wajib klik. ak

traffic blog minggu ini. (graf semakin cun).

Image
traffic yang cun. untuk minggu ini. serius. sebenarnya bukan nak cakap pasal traffic blog. itu cuma 'lauk' entry saja. ok tak traffic minggu ini? update cap ayam secara 12 jam sekali pun boleh mencecah lebih kurang 200 unique visitors. wah. ada peningkatan. clap.clap! errkk.! yang sebenarnya. niat di hati nak update pasal lain. tapi semuanya jadi draft. sebab idea tak berkembang. dia duduk kat perenggan pertama saja tak nak berganjak. eiii, kepala otak macam tak nak bagi kerjasama. betul sangat meradang dengan kejadian macam ini. mengarang entry contest joegrimjow pun tak berjaya juga. ok. aku kalah tapi aku belum mengalah. aku nak cakap yang aku kalah dengan kepala otak aku yang 'PMS'. ok. taktau. taktau kalau kepala otak pun ada gejala PMS. dia macam tak nak keluar idea yang excellent. oleh yang demikian, now aku nak pergi meninggalkan rumah secara sementara. walaupun ini bukan kehendak aku untuk keluar ke mana-mana. baiklah. ini memang tiba-tiba. demi mengemba

Happy Birthday to You!.

Image
hari ini, 20 April adalah ulangtahun kelahiran adik perempuan aku yang lepasan SPM tahun lepas. Ya, memang sama tarikh dengan hari lahir  Joegrimjow jejaka Hot UK. so, selamat ulangtahun kelahiran kepada kedua-dua mereka. oh ya. ini bukan entry contest Joegrimjow. entry contest tu 12 jam dari sekarang baru aku submit. ceh, padahal belum mengarang satu apa lagi. tolonglah. aku mahu idea. mahu menang untuk makan besar bersama Joegrimjow. baiklah, jeles ni dengan  Farhana Dr yang menang contest RTM yang  Jard anjurkan. boleh aku tak tau pasal contest tu. alahai. rugiiiiii....  this is my sister, gambar fresh, baru snap semalam. yup, my sis ada kat k.l, baru datang semalam, sebab dia ada temuduga Nurse Pusat Perubatan Universiti Malaya lusa nanti (rabu). doakan beliau sukses dalam temuduga tersebut. my sister ni memang tak akan masuk matrik, my dad tak bagi sebab from now on my dad nak anak-anak dia ambik course yang confirm ada kerja, macam nurse atau cikgu. I sokong je. muahaha!

Blog anda, Maruah anda.

hi semua, selamat Hari Isnin. hari ini kita nak sembang pasal blog. mungkin blog saya dan mungkin blog anda. mungkin blog sesiapa juga. actually, tengah hari tadi, semasa bersembang di ruangan chat Geng Blogger. ada diantara ahli-ahli di sana yang sedang bersembang pasal blog. dan satu yang buat aku sangat tertarik, adalah apabila bro  Ben Ashaari yang mengatakan bahawa 'Blog Kita adalah Maruah Kita'. bagaimana kita menghasilkan entry, bagaimana kita membina hubungan dengan blogger lain. itu semua mencerminkan siapa kita. bagaimana kita mahu dikenali, bagaimana kita mahu dinilai. semuanya tergantung bagaimana 'tindakan' kita dalam berblog. malam tadi, ada terview satu blog yang memaparkan gambar 'tak senonoh'.  sememangnya gambar dalam entry itu 'tak senonoh'. malah meloyakan dan menjijikkan. hingga membuat aku terfikir, apa yang ada dalam fikiran tuan blog semasa dia press kotak 'publish'. maaf. itu saja yang bermain di benak fikiran tat

kamu tetap Hot di mata saya.

Image
sejak aku post tentang entry 'lelaki-lelaki Hot' minggu lepas, banyak pula request aku terima. semua pun nak jadi lelaki Hot part II. anda semua memang Hot jika terus membaca corat-coret di sini. petang tadi, aku terima lagi mesej mahu jadi Hot di shoutbox blog ini. fine, aku berbesar hati klik link lelaki tersebut. tidak terjangka. nampaknya empunya blog tersebut sememangnya lelaki yang lebih Hot daripada biasa. kalah kot senarai lelaki Hot part I. siapakah yang berjaya mengalahkan aura Hot saudara Ariff Shah, Joegrimjow dan Zackzukhairi? - - - - - - en.sukur terima kasih kerana mengunjungi blog saya yang tidak seberapa ni. begitu terharu saya dapat mengenal blogger seperti kamu. kamu Hot kerana:- kamu gigih dalam memperjuangkan hak kamu untuk berjaya walaupun dilahirkan dengan sedikit kekurangan. kamu berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda, sedangkan ramai lagi yang tidak dapat memilikinya. kamu gigih menulis tentang kehidupan kamu, berkongsi tentang 'seman

komen sket tentang Nuffnang & Gatsby.

tahniah Nuffnang. dan tahniah Gatsby!semalam memang event yang superb. berbaloi-baloi siapa yang join nuffnang. ahaha! I sekarang setia sangat dengan nuffnang. sebab nuffnang semakin baik dengan semua. bab berjumpa bloggers tu, err. sangat ramai rupanya yang tak cam muka aku, adakah kerana aku jarang letak gambo dalam blog?. err, dan macam pelik jugak, blogger yg rajin komen kat blog ni boleh tak kenal aku, dan blogger yang tak pernah komen kat blog ni boleh pulak kenal aku. aduhaii. macam tak mengerti sangat bab ini. konfius gila. dan terpaling pelik, bila baca update kalian, cerita pasal ah fatt n dude. padahal semalam aku tak pernah berenggang kot ngan diorang, tapi still kalian tak perasan kan aku. wallawehh. macam perlu untuk aku kecik ati. dan sekarang aku malas nak terpelik-pelik sangat. anggap lah aku ni tak glamer. wakaka! sedih gila. loser. nasib baik yobsumo n cik cumey cam aku, kalau tak, memang I nak beduk you all berdua. HahaHa! dan aku berbesar hati dapat kenal ngan

senarai bloggers yang aku jumpa di Gatsby Street Fair.

Image
senarai blogger yang aku jumpa di Gatsby Street Fair. Times Square. - kapten luffy - ~0~ - Azuan Budak Memandai - yobsumo - sekut tawar - encikdude - eyriqazz - melromeo - bro framestone - shahril - darkbatman - azrul hisham - Jard - QIha - Ery Farieha - otak ketat - cik cumey gila tak larat nak update panjang. nak upload gambar pun tak larat. anyway. best dapat kenal ngan you all semua. haha, thanks to kapten sebab 'payung' lunch kami berlima. haha. lain kali jumpa lagi boleh belanja lagi. lalalala. sebenarnya ramai sangat blogger yang aku tak 'cam'. kalau ada yang tertinggal nama dia tu aku mintak maaf. maybe tak terjumpa url blog anda. hehehehe. tak menang lucky draw. dapat deodorant pun kira ok la. muahaha! p/s: real update bersama gambar-gambar, hari Isnin kot. tengoklah nanti, bila dapat semua gambar dari kamera kawan-kawan.

Gatsby Street Fair, here I come.

17 April akhirnya menjelma, sungguh pantas masa berlalu, rasanya baru kelmarin mendapat email tentang Projek Sulit 400 dari Nuffnang. dan kini telah sampai harinya. macam tak percaya. owh! perjumpaan ini bakal melibatkan lebih 400 bloggers dan dijangka ramai yang tak dijemput pun akan turut datang memeriahkan event. sangat excited. sebab aku belum lama dengan nuffnang. baru 3 bulan 1 minggu. untung saja aku buang iklan Advertlets dulu. 2 minggu saja advertlets bertahan di blog ini. bila status Glitterati itu hilang, aku mula gelabah. macam tak best jadi nuffnanger yang tak eksklusif. dan 2 minggu selepas buang iklan advertlets, aku dapat balik status glitterati nuffnang. dan seminggu selepas itu, terima pula email Projek Sulit 400 dimana syarat penyertaan adalah berstatus Glitterati. walaupun pernah 'curang' sekejap dengan nuffnang, tapi nuffnang tetap sayang aku. walaupun blog aku cuma blog yang suam-suam pizza hut saja, tetap juga ada pengiklan yang sudi sewa tapak blog ini

apabila pelajar sekolah sudah bergelar bapa..

Image
selamat Hari Jumaat. selamat datang kepada hari minggu, ceh. padahal hari biasa pun bukan kah macam hari minggu, goyang kaki menghadap cerita korea seperti selalu. soal buku kita tangguh dulu, selagi ada waktu. HAhaHA! macam berpantun pula. tak kelakar. bila mood tidak bagus, ubatnya adalah dengan menonton cerita korea. anggap ia macam terapi mood. ibarat berjumpa pakwe. yalah kan, I bukannya ada steady buaya pren macam you all, yang boleh dibawa berkepit ke sana sini. tapi macamlah aku kisah. buat apa simpan buaya, nanti kena Ngap baru padan muka. eh, ada yang terasa ke. lalala. asyik korea.korea.korea. tak bosan ke? kalau kau bosan baca aku update pasal korea, kau boleh blah sekarang juga, aku halau ni. aku halau. serius. aku tak main-main. sorry. im not really peduli dengan apa yang kau suka baca. dan apa yang aku peduli adalah perkara yang aku suka tulis. mind you. susah kan bila ada spesis yang datang blog orang tapi nak orang itu update seperti apa yang dia suka. amboi macam