makanan mentah~ selera korea japan.
ok, hari ini, penggemar cerita korea jepun nak bercerita. pertama sekali, ingin saya mengingatkan bahwa, kalau selama ini anda beranggapan bahawa menonton cerita korea dan jepun adalah buang masa kerana berjiwang saja, memang anda silap. kerana bagi aku, menonton drama luar sebenarnya memberikan kita 'pengetahuan' secara tidak langsung. menonton drama korea jepun bukan hanya best kerana dapat tengok hero handsome, malah boleh tahu tentang adat dan cara hidup mereka yang berbeza.
kalau aku menonton sesebuah drama luar, sama ada drama korea, jepun, mahupun hollywood dan bollywood, aku memang tidak menontonnya secara 'kosong'. I will try my best to get 'something' from what I watch. dan 'masa' yang diperuntukkan untuk menonton akan jadi bermanfaat kalau kita learn something. malahan jauh lebih bermanfaat daripada hanya menonton drama local yang asyik cerita pasal syarikat dan buat scene berlatarkan k.l.c.c. (modal itu saja untuk setiap drama, borink).
ok. kembali kepada tajuk entry. dan sebelum itu, lets see the pictures below:-
besar punya!
mentah beb!
sedia untuk di makan.
gambar-gambar diatas aku print screen daripada drama Boys Over Flowers.
serius. kalau you all tengok scene Jan Di makan 'the ikan mentah' tersebut, memang berselera je dia. but for me, as malaysian. yang berdarah Melayu dan punya anak tekak selera tradisional memang tak lalu langsung tengok makanan (berunsur daging) yang mentah-mentah ini. nak makan telur mentah pun aku geli. apatah lagi makan ikan atau daging mentah. sure muntah.
kebanyakan masakan korea jepun adalah berunsur steam dish atau yang mentah-mentah inilah. tapi aku pernah baca. makan daging mentah ini berisiko untuk dapat 'kecacingan'. kita masak makanan dengan sebenar-benar masak supaya kuman ke telur cacing ke semua mati. tapi kalau kita tak masak daging-daging tersebut dengan betul, maka ada kemungkinan cacing itu bakal hidup segar malah boleh membiak-biak dalam tubuh kita. how scary! sebab itulah aku loya dengan hidangan sushi ke apa yang half cook semua tu. bagi free pun belum tentu aku telan.
entry ini bukan nak suruh you all ikut cara pemakanan aku. terpulang pada diri anda masing-masing. yang penting, makan untuk kekal sihat. bukan untuk mencari penyakit.
makanan mentah yang terbaik adalah ulam-ulaman, sayur-sayuran dan buah-buahan. bukan hanya berkhasiat malahan juga menyihatkan tubuh badan. berbaloi-baloi.
Comments
sayur ulam memang terbaek...
cecah lak belacan...
perghhh...
terbaek...
citer korea best la..lebih terasa
pengkritik drama, pakar makanan, pakar cinta, pakar macam macam lahhh
esok keja pon ...semua kerja oghang nak buat
dulu teringin gak nak try makan sushi. tapi lepas terbaca kt blog mana ntah.. dia tunjuk ada ulat kt kepala..sbb suka makan makanan2 mentah...
heee...terus tak lalu nak makan sushi.
tapi sushi kat malaysia ni x sedap..huhu
lagi satu, makanan dah dimasak la sedap, baru la nampak tak malas sgt nak memasak.
even telur setengah masak pun masih rasa loya2 nk makan
sikit boleh la makan
kalau nak makan banyak2,,
ewwwwwww
mmg cara die mkn tu cm best giler...
for me..kalo nk diet mkn la buah.bile da kenyang mkn buah mesti xnk nasi..hoho...
tak lalu nak makan benda mentah2 ni..
sushi pun tak penah makan..
mmg tekak dah biasa dengan makanan timur & dimasak je :D
mmg mknn kesihatan lah kalo sayur2an tuh..
huhuhuh...
apa lagi kalo di buat ulan jew..
khasiat pown mst byk...
awet muda gitu