Ayam Goreng A &W
hi semua. hari ini kita nak cerita pasal makan-makan. yep. semalam petang aku bawak adik aku makan-makan untuk celebrate birthday dia. sekaligus konon2 macam nak bagi semangat untuk temuduga dia hari ini. pergh, gila baik kan dapat kakak yang macam aku ni.
destinasi makan adalah A &W. dah setahun lebih rupanya aku tak makan kat A&W. rindu gila kat float A&W yang woweee! ok. float dia memang terbaik. sekali lagi aku ulang. TERBAIK! baru tengok float saja sudah rasa damai di hati. sumpah, memang damai di hati.
kentang goreng pun terbaik. kalah McD n KfC punya kentang.
memang rasa damai je makan kat sini semalam. orang tak ramai, nak main snap-snap gambar pun tak segan-segan. yeeha! suka-suka-suka. anda tak suka?..sila tutup mata jangan menengok gambar. hahaha!
inilah dia restoran A&W yang terletak berhampiran stesen LRT Taman Jaya. hanya satu stesen selepas LRT Universiti. dan hanya 70sen tambang untuk seorang. kalau dua orang, maka ianya perlu didarab dua. kalau tiga orang. haaa, kau fikirlah sendiri. tapi kalau anda bukan dari stesen universiti, sila bertanya di kaunter berapakah perlu anda bayar. (ini tutorial naik lrt ke apa?). shut up you!
ini siapa? siapa tanya macam itu memanglah dia. berani ya anda tak kenal penulis blog. sudah beratus kali menampal gambar sendiri dalam blog, tetap anda tidak kenal juga. serius. sungguh terkecil hati. dan sebab itu gambar pun jadi kecil. muahaha!
ini dia ayam goreng seperti yang tersebut pada tajuk entry. phewittt! ayam goreng ini sangat sedap. sangat mendamaikan perasaan. kalah aroma KfC. memang kalah. sebab hari ahad lepas telah makan KfC di Kl central dan merasakan ayam KfC tersebut macam hampas. rasa menyesal makan KFC malam itu. sudahlah tak habis. terbazir-bazir. sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna. kalau tau ia macam hampas pada malam itu memang tak akan beli. dan sebab itulah meng'order' ayam goreng di A&W. dan tiba-tiba ayam goreng ini begitu sedap dimakan. begitu damai.
ok, gambar burger malas nak letak. sekarang semua pun aku malas. nak letak watermark kat gambar pun malas, ada sesiapa berminat nak curi gambar?. sila-sila. aku tak ada buat disable right click. maka anda boleh copy sesuka hati. copy lah. then simpan dalam dekstop anda. buat wallpaper ke, print tampal kat dinding ke, nak letak kat blog anda pun boleh juga. sumpah, saya tak marah. woweeeeee! ada ke yang berminat?.. hahaha!
entry habis. selamat menjamu selera. *tetiba
Comments
BroFramestone Blog
http://nomborsebelas.blogspot.com/
best dpt akak mcm ko ni., ko jadi akak aku la bleh? hehe
hahahha
mkn x ajak aku...ciss
hehehehe..
lalala, bukan niatku berlaku kejam. awat kena pantang2 plak. huhu
# Bro Framestone
haha, mmg niat nak belanja bro hari tu, tapi bro wat tak kenal je. ahaha
# sebelas
aku pun baru bape kali minum, tak sampai sebelas kali. hahaha
# kyuubi
ahhaa. ni kakak mithali tau bukan senang nak dapat.
# aki
alolo, ciannya. nanti lunch makan kenyang2 ek.
# ~0~
kalau ko tak kenal lagi memang nak kena. i know i comel. :p
# meniti senja
haha, sebut je ke, pi la makan.
# kodok
ala, terus terlupakan kodok. lalala
# ariff
yeppp. A&w PJ. tepat sekali!
sekian . terima kasih