Tuesday, April 13, 2010

Big Apple or J.Co Donut.


selamat sejahtera to all. anda semua sihat? dah makan?. kalau lapar. isi perut dulu. siapa dah kenyang, boleh proceed baca entry ini. HehEhe!


ok.entry pasal makanan kembali lagi. I know. anda semua sukakan makanan. baru baca tajuk dah telan air liur kan? I taulah. I can see you from here! haHahA!

sejak semalam, penulis makan secara extra. entah lah kenapa boleh jadi extra. agaknya sebab makanan macam berlebih-lebih. maka daripada membazir, lebih baik kita senduk nasik tu lebih sikit. sepinggan penuh.  dan lauk sejak 2 hari lepas, ayam dan ayam saja. bukannya ayam gorenggggg Upin Ipin. tapi ayam masak macam-macam. terkadang masak merah, terkadang masak paprik, terkadang masak... dah.dah, nanti ada orang lapar pulak baca entry aku ni. HahAha!

-------------------------------------------------------------------------------


berbalik pada tajuk entry. kali ini kita nak cerita pasal Donut. bukan donut 3 biji (saiz comel) seringgit yang dijual kat tepi jalan atau hujung simpang jalan. bukan juga donut yang emak anda selalu buat untuk sarapan pagi. (my mom selalu buat Donut sebagai sarapan pagi, sebab adik-adik I suka sangat makan Donut).

sebenarnya kita nak cerita pasal Donut yang paling komersial kat Malaysia ni. kalau masa sekolah dulu Dunkin Donut yang paling glamer, tapi sekarang Dunkin Donut telah disaingi oleh Big Apple Donut. actually aku baru saja 'berkenalan' dengan Big Apple sejak belajar kat UM. itupun sebab cawangan kedainya ada kat Mid Valley. kalau dah lalu sekitar situ mesti ada rasa nak terbeli. sebab bau dia macam best giler. menggamit nafsu gitu. haHahA!




ok, inilah dia Big Apple Donuts cawangan Mid Valley.






Big Apple Donuts.



ok, ingat tak entry I makan kat restaurant Flamming Steamboat kat Bandar Sunway? haa, sebelum makan-makan tu kitorang ada try beli J.Co Donut kat Sunway Pyramid. serius. J.Co Donut adalah best! donut dia memang lembut sangat macam cair di mulut walaupun setelah menyimpannya lebih 12 jam dalam fridge. and for me, J.Co lebih sedap daripada Big Apple. cuma kedai dia tak banyak sangat kat K.L ni. kalau tak silap cuma ada kat Sunway and Bukit Bintang je kot.




J.Co Donuts at Sunway Pyramid. curi snap sebelum kedai ni tutup.




J.Co Donuts. makan dua biji seorang tak cukup weh!



harga kedua-duanya lebih kurang sama. kalau tak silap rm2.30sen sebiji. untuk kesihatan, donut ini tak boleh makan selalu, sebab ianya mostly memang manis. tengokla krimer atas dia yang colorful tu, memang banyak gula nih. sedap itu memang sedap. tapi macam biasa, makanan yang sedap tu selalunya berisiko sket. macamlah anda taktau kan?. ehehe. but kalau makan sekali sekala tak apa lah. (ayat penyedap hati, ekeke).

frankly, I tak pernah lagi beli secawan coffee kat sini, mahal kot. paling murah 5ringgit rasanya. baik aku minum coffee 3in1 yang beli 20 sachet per packet kat pasaraya tu. average 50sen kot secawan. lagi berbaloi. hAHahA! 


dan anda pula? Donut yang mana satu yang anda suka?



23 comments:

Wanie-san said...

bestnye..suke Big Apple...dounkin dunat xbest..huhu j.co bukan manis ke???

tukangkomputersekolah said...

Donut kegemaran saya adalah donut kuih peneram a.k.a kuih telinga keling.

kakiinternet said...

saya suka free donuts!! urmmm...doooonuuuutttttt...

Amir said...

pernah makan JCo 1 kali je... sbb Trg xde Jco. mkn pun kat Subang dulu..
orang cakap Big Apple Donuts xde sijil halal.

FarhanaDr said...

Amir.. Yeke? Adehhhhh..

Tapi kan sara.. Dunkin Donut mmg tak sedap daa skang.. Keras gilerrr.. Sdap lagi aku wat sndiri.. Hik hik..

nursarah said...

-waniesan
mmg manis, kan I ada bgtau kat entry tu, ehehe

-tukang komputer
errr, telinga keling tu sejenis donut ke, adei

-kaki internet
makanan free sapa tak suka. ahaha

-Amir
ada je sijil halal kat kedai dia.

farhanaDr

-dah lama weh aku tak makan dunkin donut.

Kujie said...

Kak Jie tak pernah pun merasa...kesian tul kan..kat hulu jin bertendang ni mana ade jco jco tu

sarah dpt earning buffered tu belanje kak jie ye...hehe

Tendou Sani said...

ooo...donut jco ni la...aku ingt kat mne la depa dpt...pelik2 jah...tp sedap...ekeke

embun d tengah malam said...

donut rm 1 dapat 3 jadilah..pagi2 ader jual..hehehhe

hanafijaafar said...

kopi mereka hampeh. tak sedap pun.

Qiha Aziz said...

sarah, sokong! Jco lagi sedap. lagi2 Jco ada jual yg bulat2 kecik. big apple taked.

Kyuubi_85 said...

aku rasa lapar baca blog ko. huhu

aku slalu singgh big apple n beli donut yg ada coklet on top and tengahnya ada inti cokolet. entah apa namanya. Aku ni pandai mkn je. haha

..::..ein..::.. said...

ok...kamu dh wat ein terliur dgn donut2 tu....lama x pegi mid...

deus X machina said...

donut 3 rm1
erk888

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

aku suka big apple sebab aku leh dapat free...
hehehhee...

Mrs Farhan said...

j.co lah yang sedap....try makan j.co baby donut...mmg best.sekali masuk je...kat melake ade satu je..kt Aeon bandar melaka.

Solehah said...

suka j co jugak..tp yg palin tu ja..bkn yg penuh krim2..

Darkbatman said...

big apple sgt sedap..paling sedap..sangat mantapp..

Lil^GriZzLe said...

kalau pandai apa beza J.Co dan Big Apple walau harga donut hampir sama? ;)

kella said...

me pernah rasa apple donut je! dan yg pasti itu sangatlah diidam2kan buat masa sekarang, tak pernah rasa j.co pon lagi.. sedap ehh..?

laila said...

aku prefer big apple kot

JundullahOsman said...

j.co donut
tak penah makan lagi la.
big apple. selalu jugak,
suka donat.

xi da ya said...

J.co!!
tp like u said,xleh mkn slalu..manis!
:)