hati ini untuk siapa?




perasaan di kala ini. kenyang. sebab baru lepas makan nasik lemak. jangan risau. aku takkan upload gambar nasik lemak. nanti you all kata aku ni tadak kerja lain asyik upload gambar makan saja. ermm. ada orang kata, kalau setakat hal makan pun nak cerita kat blog baik tak payah. lepas tu ada orang cakap cerita-cerita macam ini adalah 'sampah'. tak apa. aku tidak kecil hati. sebab aku memang tidak menulis selari dengan citarasa orang lain. aku menulis blog menurut apa yang aku suka. bak kata puan chika. 'jangan buat macam blog sendiri'. setuju!

perasaan di kala ini. syahdu. entah kenapa asyik mengimbau kenangan. yang indah dan yang pahit. semua macam berlegar-legar di ruang minda. dalam hati ada cinta. tapi hati ini untuk siapa?

tentang entry ini, aku sebenarnya bukan negatif, aku redha  kalau memang Allah menguji aku. setiap orang juga diuji. dan masing-masing ada bahagian tersendiri. cerita kita semua sememangnya tidak akan pernah sama. tapi itulah. manusia memang tidak dapat lari dari sesekali 'mengeluh'. tapi tak apa. macam yang aku kata. aku tetap redha. dan tak akan putus asa. sungguh aku tak harap kan cerita fairytales atau cinderella story berlaku dalam hidup aku. cukuplah sekadar. pada akhirnya nanti, aku tidak sendirian. ada yang memahami, dan menemani tangis juga tawa aku.


nak taip apa lagi ya?

semalam malam. tengok drama taiwan 'Romantic Princess'. hero utama kumpulan Fahrenheit Taiwan. belum habis tengok lagi. sebenarnya bukan nak tengok sangat drama ni, tapi lebih kepada nak tengok hero tu berlakon. gila macho. sebelum ni dia ada berlakon dekat cerita Hanakimi Taiwan dengan Ella ahli kumpulan S.H.E. nanti bila aku dah khatam cerita ni (entahla bila). aku akan wat review. okey.

itu saja coretan kali ini. terima kasih kerana sudi membacanya.


Comments

Sama-sama kerana menulis.. Heehee..

Aku doakan yg terbaik saja untuk kamoo shayang.. Heehee.. :)
Azuan said…
blog ko~ ko nak letak nasi apepun xpe...
Hafiz Yusof said…
hidup perlu diteruskan
dina diana said…
semua kejadian tuhan itu berpasang-pasangan...

be strong ok..
Qaira Haffieze said…
Sedikit tips..rajin2kan bersedekah..insyaAllah hati akan gembira dan tenang dan nantikan sahaja rezeki yg tak disangka2 dari Maha Pencipta...Peace ;)
Anonymous said…
hati ko untuk dia yang AKAN DATANG... tungguuuuuu





Entri terbaru:
BAGUS JUGAK ADA ADIK PEREMPUAN
Unknown said…
kalo ckp awal2 aku amik hati tue...hurmm...


beb...sabar k...suma tue dugaan hidup...kita sebagai manusia dan juga HAMBA Allah...

pasti ada yang lebih baik akan mendatang buat mu...bersabarlah
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
aisHa 'S' said…
hati ini tak mampu ku berikan pd insan lain.

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..