Saturday, December 12, 2009

entry ni tak best..tapi ada gambar pengantin,

selamat hari Sabtu yang bertarikh 12/12/09.
apa yg anda lakukan di hujung minggu begini?
gathering blogger?
dating ngan bf/gf??
pi kenduri kawin?


hari ni.
bangun pagi-pagi. (6.20 a.m)
gosok gigi (macam tak payah bagitau).
cuci muka, ambik wudhuk, solat subuh.( macam tak yah mention juga).

eh, tak mandi pagi ke?
.
.mmg tak mandi pagi, I mandi tengah hari.haha
.
.

pukul 6.45 pagi dah masuk dapur.
sediakan sarapan bertajuk mee goreng kicap.( tiada lagi mee goreng anggur).
bukan memasak sendirian, tetapi memasak sambil dipantau oleh emak.
skit-skit tanya emak. (mak, garam cam ni dah cukup kan?)
ok, sebab macam dah pakar juga, maka emak always angguk saja.
yes! maka aku sebenarnya macam dah pandai memasak juga. (bukan masuk bakul angkat sendiri, tp ada org angkatkan bakul tu, hahaha).

so aku dah berlayak untuk kawin. (ceh tak abis lagi bab nak kawin.muahaha).
.
.
.
.

jom tengok gambar pengantin comel.bukan pengantin baru tetapi pengantin lama.semalam dah ada letak gambar dia, hari ni letak lagi. gambar dia bersama pasangannya.haaa, macam tulah. baru adil.hehe
.
.
.
.
.
.
.


sweet kan?..


ada readers komen entry lepas, nak kawin kena usaha. takda pasangan kena cari, tak da duit, kena cari jugak, memang betul la komen dia tuh. but aku belum ada masa nak cari pasangan, belum ada masa juga nak cari duit (coz I masih blaja). lagipun bila tengok life orang lain, yg dah ada calon pun tak kawin2 juga, yang dah ada kewangan pun, masih single juga. makanya walaupun somebody tu dah mampu, kalau belum sampai jodoh nya, maka tak kawin la juga kan?..


maka aku pun tidakla bersusah hati. sampai seru pasti akan berkawin juga. bukan hanya aku, tetapi kamu juga..=)




p/s: tahukah anda bahawa Sukan Sea ke 25 di LAOS kali ini tiada sebarang liputan siaran langsung di televisyen?..kononnya nak semai semangat kesukanan, tapi cakap tak serupa bikin. apalah..









Friday, December 11, 2009

rasa nak kawin.

p/s: perasan tak blog ni dah lama sepi tanpa gambar?. huhu, maka aku pun cari gambar yg seswai dan muncul la idea nak wat entry ni, haa. macam tulah.



3 perkara tentang  aku sebagai pengguna Maxis prepaid:-

1. aku last topup credit hp pada 23/11/09 dgn nilai RM10.
2. aku tak wat call sejak seminggu yg lalu.
3. credit hp skang tinggal 8 sen.


5 perkara tentang diz semester break:-

1. 'mood' happy sebab dapat blogging di rumah dgn adanya streamix sesat. trimas kpd owner, I mintak halal yea.
2. 1/6 dari masa seharian dihabiskan untuk berblog/blog jumping.
3. dah 10 hari skip makan malam. sampai adik aku gelar 'si pen'diet'. whatever.
4. tugas sebagai pekebun tak bertauliah berjalan cam biasa, tapi hari ni tetiba abah bagi cuti.haha
5. tiap2 petang weekdays tengok cerita dongeng indon. malam tak tengok tv sebab suka tido awal.



tetiba ada readers sound penulis...
.
.
.
.
.

" orang datang sini nak baca entry yg ada kaitan dengan tajuk lah!"
.
.
.
.
.
maka penulis pun jawab.
.
.
.
.
.
" aku memang rasa nak kawin, tapi aku takda calon, dan aku juga takda duit satu sen pun untuk wat majlis kawin, so cam mana ni?..nampaknya belum ada rezeki untuk ke arah kawin, jadinya aku kena duk diam-diam jela, mungkin boleh practice memasak dan kemas rumah, itu jela yg aku mampu buat."
.
.
.
.
baiklah, tak dapat kawin, dapat tengok gambar pengantin pun jadilah kan..haha
.
.


diz is my friend ( kami ni sebaya) yg kawin bulan Mei yg lalu..boyfren dia dulu berdozen2, tak sangka dia kawin awal.hehehe

rupanya jadi raja sehari kena 'sopan ayu' cara begini. imagined jap gaya aku jika seperti gambar di atas..muahahaha. akankah mungkin lebih ayu?..





p/s: siapa pernah tengok citer kungfu cina SUPREME MASTER? tetiba aku rindu ngan hero citer tu, mau kawin ngan dia bole?

tentang cinta.....dunia

“ mereka meragui, wujudnya cinta yang sejati. Tidak hati ini, semenjak dari mula, ku yakin ada cinta….”




Entah kenapa aku dah mula suka dengan lagu terbaru Datuk Siti Nurhaliza nih. Hari-hari kat radio pasang lagu ni sampai aku dah terhafal, tak hafal semua tapi kalau nyanyi sket2 tu boleh la sedap gak. (ayat perasan). Jujurnya aku tak minat pada penyanyi lagu ni, tapi nak buat macam mana kalau aku dah terminat lagu yang dia nyanyi. Haa, begitulah. Tak semestinya apa yg menjadi kesukaan aku maka aku akan totally jatuh suka. No, No, No (tiru nada Fafau).

Begitulah juga kalau aku sukakan seseorang, tak mungkin aku akan suka dia secara total. Maksudnya tak mungkin segala perkara tentang dia akan jadi kesukaan aku. Kalau tak ada 14 ciri, mungkin sekurang-kurangnya ada 7 ciri yang aku tak suka. Dan apabila kita menyukai seseorang, walaupun dia punya ciri yang kita tak suka, it does’nt matter. Sebab dah suka, maka kita akan mahu juga. Haa, macam tulah.

Bercerita bab SUKA. Akankah seseorang yg benar-benar suka pada seseorang, boleh STOP menyukainya sesuka hati? Contoh macam entry Ah Fatt semalam. Refer pada SINI. Boleh ke seseorang berasa RAGU-RAGU @ KONFIUS dengan cintanya apabila membayangkan OBJEK yg dicintainya bakal berubah wajah. mungkin kalau wanita, akan berubah jadi tak langsing spare tyre sana sini. kalau lelaki plak, mungkin berubah jadi BOROI dan BOTAK.

Adil kah kalau kita menyukai seseorang dengan syarat seseorang itu mesti CANTIK secara fizikal sepanjang hayat?

Memang bodoh la kalau kita bercinta dengan manusia, tapi kita anggap ia seperti OBJEK. Kalau kita beli kasut, kita akan pilih kasut yang cantik dan selesa dipakai. tetapi kasut itu (jenama Adidas ke apa) tidak selamanya akan cantik, ia akan lusuh dan sudah pasti kita akan gantinya dengan yg baru. Macam tulah manusia, kalau kita menganggap pasangan kita sebagai OBJEK, yang suatu hari akan LUSUH, maka dari situlah datangnya kerisauan tak bertempat. (kononnya bimbang membayangkan kedut-kedut pasangan di hari tua, bajet macam dia tu takkan berkedut, perasan sungguh!).

Kecantikan di usia muda memang takkan kekal, sebab ianya hanya pinjaman Allah Taala. Malahan kalau Allah nak tarik balik apa yg dipinjamkan masa muda lagi pun boleh. (melalui kemalangan/ kebakaran). memang apa jua di dunia ini tiada yg kekal. semuanya akan musnah. Satu-satunya yang kekal adalah amalan kita yg akan kita bawa ke alam akhirat. Siapa yang banyak beramal baik, InsyaAllah akan masuk syurga.

So, tak payah sibuk kejar yang everlasting ke apa ke, tak boleh beli tiket syurga pun semua tu.


p/s: selamat hari jumaat.

Thursday, December 10, 2009

my birthday number represents....

Birthday Number.


How to calculate?

To figure out your Birthday Number, add together the day, month and year in which u were born, separating all the digits out.

Example, my birthday was November 25, 1987, I would add it up the following way:

2+5+1+1+1+9+8+7= 34

So, 3+4= 7


Thus, my birthday number would be 7. This number represents the characters I was born with.


Number 7 represents the planet Neptune. It is the number of travel and the occult. Those with this number are intuitive and psychic, sensitive and spiritual, and pensive and philosophical. They may well exert considerable influence upon those around them by sheer force of personality without even realizing it. Number 7 people may seem little cold and unemotional on the outside, but in reality nothing could be further from the truth-in fact, there is a great deal of turmoil and many intense feelings churning around inside of them. They are simply shy, and find it a bit hard to open up. Number 7 invariably have others coming to them for advice and help, although they may well resent the intrusions into their time and space. Their opinions, no matter how reluctantly given, are always valued, and they are seen by others as mentally superior.


I dont know if those characters above is really mine. but the word TRAVEL, definitely is me!



p/s: from-Readest Digest.



Wednesday, December 9, 2009

'SKANDAL HOT' lebih hangat drpd biasa.

tadi pagi aku berkesempatan mendengar Hot FM, topik Hot Chat yg mmg HOT! iaitu "Aku Skandal". bunyi tajuk macam lagu kumpulan Hujan, tapi topik ini di buka khas kepada pemanggil-pemanggil yg HOT dengan skandal. mmg menarik gak bila dgr kisah HOT orang biasa, sebabnya kisah Hot artis-artis macam dah biasa dengar, so jgn kau ingat mereka yg bukan artis ni tak HOT. kengkadang mereka ni mmg lebih hangat daripada biasa.

kat sini aku nak storykan beberapa kisah yg aku dengar.

kisah 1:-

seorang pemanggil wanita, yg mengaku dia ada skandal ngan LAKI orang. dan dia kata dia dah bercinta dgn LAKI orang sejak zaman remaja iaitu 19 thn. n dia tak mention plak umo suami org yg dia skandal tu. dia kata dia tetap nakkan HAK dia sebagai kekasih yg sudah bercinta bertahun-tahun. dan mahu bersemuka dgn BINI kepada lelaki yg dia cintai. dah berkali jugak dia mintak nak jumpa ngan si Bini berkenaan, tetapi BINI tersebut tak mahu jumpa dia. dan diz wanita bermuka tebal tetap mahu menunggu si LELAKI muka empat belas tersebut. im not blame the muka tebal or the muka empat belas ini. yg aku boleh kata, diorg ni mmg HOT! muga Allah akan bg petunjuk kepada mereka berdua. Amin


kisah 2:-

seorang pemanggil lelaki yg pd mulanya dia cerita bahawa kat tempat dia kerja ada seorang SUAMI yg berskandal dgn anak dara. dan oleh sebab dia duk berkawan dengan anak dara tersebut, dia plak dlm masa yg sama berskandal dgn anak dara HOT itu. kenapa dikatakan skandal, sebab MAMAT ni sebenarnya adalah tunangan orang. punya HOT anak dara tersebut berskandal dgn tunangan org dan suami orang sekaligus!. bila DJ radio tanya cam mana mamat sengal ni boleh terjebak, dia kata "tulah bang, nak buat cam mana". macam 'tak gagah' langsung jawapan dia.


kisah 3:-

ini kisah seorang isteri yang mempunyai suami yg berskandal dgn wanita lain. mulanya dia mengamuk gak, tapi lama-lama dia dah malas mahu ambil endah dgn skandal yg laki dia buat. dah 6 tahun suami dia berskandal so dia malas mahu sakit2 kepala pikirkan perbuatan HODOH laki dia. dan dia kata dia berbuat begitu demi anak2...pasti suami dia sangat bahagia dapat isteri sebegitu.


kisah 4:-

kisah daripada seorang wanita yg suara dia masa call cam syahdu amat. dia cerita tentang 'ketidaksangkaannya' terhadap suami yg kelihatan begitu baik rupanya kebaikan ada muslihat tersembunyi. isteri ini cam bijak sket, senyap2 dia ambik no phone gurl yg diskandal oleh suami dia. dia jumpa ngan gurl tersebut dan mintak penjelasan, gurl tu mintak maaf dan bgtau bahawa lelaki itu mengaku bahwa dia berstatus DUDA. maka wanita tu tak mau kacau la rumahtangga orang, so si isteri ni tanyakan si suami, si suami ni pijak semut tak mati tak mahu mengaku salah. dan si isteri ni kata dia beri peluang kedua kat suami dia demi anak-anak. dan dia nasihatkan para-para isteri lain supaya jgn percaya dengan suami yg 'sempurna' di mata. mungkin anda mangsa 'SKANDAL HOT' seterusnya.

one thing about 'skandalian' ni, mereka akan rasa mereka di tempat yg benar, mereka rasa diri mereka berhak berskandal. haaa. macam tulah.



aku mmg tak layak nak cakap lebih2, (padahal dah terlebih pun). so aku ceritakan apa yg aku dengar saja, lebih dari itu, you all nilaikanlah sendiri, yg baik kita jadikan teladan, yg buruk kita jadikan sempadan.



p/s: lama dah tak ujan petang2 cam gini...wah. ku rasakan sungguh sejuk dan nyaman.!

Tuesday, December 8, 2009

ku sangkakan ia rumput, rupanya sayur kucai. pengajaran terbaik!

Sempena bercuti semester. Aku mmg duduk di rumah saja. Rumah ku di mana?..di johor. Aku mmg akan berada lama di sini. Mungkin hanya akan balik k.l b4 krismas nnti, so aku tak dapat la nak jumpa Lumut yg akan turun KL pada hari esok. Sedih sekali but aku akan usahakan jumpa Lumut sebelum dia terbang ke Auckland. Mungkin di KLia end of diz month.

Keberadaan di rumah, memang aku dilarang duduk goyang kaki. Di pagi hari aku akan bertugas sebagai pekebun tak bertauliah. (as I mention b4). Aku di suruh oleh abah untuk mencabut rumput-rumput yg tumbuh berhampiran tanaman sayuran yg abah tanam di kawasan keliling rumah. Bukan senang sebenarnya tugas mencabut rumput ni, kena mencangkung berjam-jam rasa mahu patah pinggang.

kenapa mesti cabut rumput?..jawapannya adalah untuk elakkan kan persaingan..rumput ni kecil, kalau kita siram tanaman dgn air, of coz rumput yg akan serap air dulu..camtu gak kalau kita letak baja, maka rumput yg ada sekitar tanaman akan makan baja tu,maka ia akan merugikan kita si penanamnya. dan rumput2 ni pula tak boleh disembur dgn racun kerana ianya terletak sangat dekat dgn tanaman, kalau diracun juga maka tanah yg beracun akan bg effect dekat sayuran yg ditanam, mungkin akan membantutkan pertumbuhan pokok.haa, begitulah.tak senang juga jadi pekebun ni.

Hari ketiga aku mencabut rumput, aku telah melakukan perbuatan sengal. Rupanya bukan rumput yg ku cabut, tetapi aku mencabut sayur kucai. Memang benar2 sayur kucai ini kelihatan seperti rumput, maka aku dengan konfiden mencabutnya tanpa ragu2. Nasib baik abah tak marah. Abah kata ambil ia sebagai pengajaran, dan pelajaran seperti ini tiada dalam silibus university.

So, walaupun kita belajar macam-macam benda sejak zaman sekolah, kita sebenarnya hanya banyak belajar tentang teori semata-mata. Banyak benda tentang kehidupan yg kita takkan ketahui selagi kita tak lakukannya secara praktikal. Dan kita takkan mahir tentangnya selagi kita tak lakukannya secara banyak kali. Org kampung kata ‘practice make perfect’. Haa. Macam tulah.

Contoh paling mudah, kemahiran memasak. Ianya bukan boleh belajar bulat2 daripada buku, kita tetap kena belajar dari mereka yang tahu. Buku resipi hanya ajar tentang bahan-bahan dan cara menghasilkan hidangan, tapi cara siang ikan, siang sotong dan siang udang tidak mungkin ada dalam buku resipi.

Bila sebut hal masak, jgn kau kata memasak ni hanya tugas wanita. Kemahiran memasak ni bukan hanya kemestian kaum perempuan tetapi juga kewajipan bagi kaum lelaki. Kalau dah dua2 suami dan isteri seharian bekerja cari rezeki maka mestilah dua2 juga harus tahu sediakan makan malam. Kalau boleh gilir2 turn memasak baru adil. Takkan la suami dan isteri sama2 penat balik dari kerja si isteri sahaja yg kena masak di dapur? Mana aci..(siapa jwb aci kat india memang nak kena tumbuk!)

Oklah, malas mahu bebel panjang.( sebenarnya dah panjang dah sampai melalut dr tajuk).



p/s: ada beberapa bloggers yg ku rindu...........................siapa yea?

hadiah harijadi drpd mr.S

Semalam, 7 disember. Aku menerima envelope pos ekspres. Belum pun lihat nama pengirim aku sudah sedia tahu siapa yg memberinya. Pastinya mr.S, kerana dia ada minta alamat semasa dia wish bezday aku akhir bulan lepas. Tepat sekali tekaan aku. Bila aku lihat belakang envelope tertera nama penuh dia beserta alamat.


Apa yg aku terima dari mr.S?

Sekeping nota berwarna kuning tertulis ‘Happy Belated Birthday’. Dan seutas gelang. Mungkin berharga rm10. Tapi aku tetap sukakannya, tak sangka dia tahu my favret kaler (white & purple). Rasanya dulu-dulu dia hanya tahu bahwa aku suka warna kuning. But now aku dah tak suka warna kuning. Sudah berubah ntahla kenapa.

Gelang itu betul2 selesa di pergelangan tangan, tidak longgar dan tidak ketat dipakai. Tetapi aku tidak akan memakainya. Kerana aku memilih untuk menyimpannya saja dalam envelope pos ekspres tersebut. Mungkin itu satu-satunya hadiah dari dia yang dapat aku simpan.

Mr.S kata dia dah beli gelang tu sejak bulan januari lagi. Sepatutnya ia diberi pada aku masa kami jumpa di Melaka awal tahun aritu. Tapi masa tu dia terlupa bawak. Maka gelang itu di simpannya sekian lama dan menunggu bezday aku barulah gelang tu di poskan.

Sebenarnya aku dah jarang sangat contact mr.S, last time call adalah b4 dia buat lawatan ke Indonesia pada pertengahan November lepas. Dan last time aku ym dgn dia adalah pada Rabu lepas, itupun kerana aku mahu bertanya khabar dia, cam kesian kat dia kena duduk sorang2 di rumah sebab parents dia bercuti di China selama seminggu. (gelak kuat2 bila dia bagitau dia masak nasi goreng tawar, hahahaha).

oklah. berhenti di sini, aku ada tugas sekarang. tugas sebagai pekebun tak bertauliah. bertugas di kebun sayur mini milik abah di sekitar rumah.


p/s: 2 hari tak dapat online sebab my jiran balik kampung..beginilah nasibku yg menumpang streamix orang.muahaha