Posts

Showing posts from September, 2017

26 weeks of 2nd pregnancy

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.   perjalanan 2nd trimester untuk pregnant kali kedua ni hampir sempurna, terima kasih Allah kerana mempermudahkan episod mengandung kali ini. Ya Allah sangat mudah atas rahmat dan kasih sayang Allah. Allah Maha Mengetahui situasi aku yang masih ada anak kecil, tak terasa sangat seperti sedang mengandung. tidak mengalami sebarang alahan dan mabuk. masih boleh dukung anak sulung dan rutin sebagai isteri dan ibu bekerja tetap lancar seperti biasa. syukur Alhamdulillah.   sebenarnya untuk our second baby ni aku memang tak kisah kalau mengandung jarak dekat. memang aku bersedia dan positif untuk tempuhi. orang kata biar penat sekali harung. disebabkan minda positif tu banyak urusan yang Allah bantu dan permudahkan. sangat banyak tidak terhitung, bukan sahaja aku tak mengalami sebarang alahan, tapi anak sulung pun sangat mudah dijaga dan diuruskan. tidak meragam, dan boleh dijaga oleh sesiapa. mudah ditidurkan, pandai bermain sendiri, tid