26 weeks of 2nd pregnancy
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
perjalanan 2nd trimester untuk pregnant kali kedua ni hampir sempurna, terima kasih Allah kerana mempermudahkan episod mengandung kali ini. Ya Allah sangat mudah atas rahmat dan kasih sayang Allah. Allah Maha Mengetahui situasi aku yang masih ada anak kecil, tak terasa sangat seperti sedang mengandung. tidak mengalami sebarang alahan dan mabuk. masih boleh dukung anak sulung dan rutin sebagai isteri dan ibu bekerja tetap lancar seperti biasa. syukur Alhamdulillah.
sebenarnya untuk our second baby ni aku memang tak kisah kalau mengandung jarak dekat. memang aku bersedia dan positif untuk tempuhi. orang kata biar penat sekali harung. disebabkan minda positif tu banyak urusan yang Allah bantu dan permudahkan. sangat banyak tidak terhitung, bukan sahaja aku tak mengalami sebarang alahan, tapi anak sulung pun sangat mudah dijaga dan diuruskan. tidak meragam, dan boleh dijaga oleh sesiapa. mudah ditidurkan, pandai bermain sendiri, tidak pernah mengamuk menangis walaupun kadang Allah uji ada masanya anak aku batuk dan selsema. Allahukabar aku sangat sangat bersyukur. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.
anak sulung pun sangat mudah 'wean off sementara'bila aku masuk kandungan 18 minggu. langsung tak apa tak dapat menyusu badan, Azzam menyusu botol sepenuhnya tanpa sebarang ragam. dan sangat mudah diajar makan solid food. seawall 9 bulan dah mula makan macam orang dewasa. aku tak perlu masak puree atau bubur nasi. Azzam akan makan apa yang kami ibu dan abahnya makan. dan dia seorang pemakan yang gembira. pantang tengok makanan.
pregnant sambil ada anak kecil untuk dijaga akan membuatkan kita rasa masa sangat pantas berjalan. tak terasa pun kandungan sekarang sudah masuk 26 minggu, atau 6 bulan. sangat sibuk melihat dan menguruskan anak yang sedang membesar. rupanya anak dalam perut juga dah membesar dan aktif. pregnancy adalah perjalanan yang menggembirakan. mengandung dan mempunyai anak kecil adalah perjuangan melipatgandakan amal dan pahala. setiap penat lelah dan kesusahan Allah dah janjikan ganjaran dan tidak ada yang sia-sia.
mengandung kali ini, tiada kenaikan berat badan yang berlebihan. tidak sempat rehat jadi tidak sempat juga makanan boleh disimpan menjadi lemak. walaupun kerap lapar tapi mudah kenyang. and kalori sentiasa digunakan memandangkan aku ada anak kecik yang sedang on the way nak belajar berjalan. aku bajet berat menjelang 40 weeks setakat 67kg-68kg sahaja. jadi boleh berangan lah akan lebih slim lepas selamat melahirkan nanti. setakat 26 minggu ni, berat aku ialah 63.6kg. mungkin aku ikut belah emak, makin mengandung n beranak dan menyusu jadi makin slim. kalau ikut rekod pregnancy yang lepas, masa ni berat aku dah 69kg.
aku belum decide lagi nak pilih hospital mana untuk bersalin nanti, tapi dalam kepala dah fikir nak berpantang sendiri untuk 2-3minggu yang pertama. kali ni aku nak suami rasa sendiri macam mana handle isteri yang baru lepas bersalin. sebab dulu suami relaks je aku berpantang 3 bulan kat rumah emak dan pjj dengan suami. untuk 2nd baby ni biarlah dia ada pengalaman sendiri jaga anak isteri dalam pantang. lagipun memang bukan tugas orang tua untuk jaga kita dalam pantang. itu memang tanggungjawab suami. and aku sendiri nak berdikari taknak susahkan orang tua. biar merasa pengalaman berbeza pula untuk episod berpantang anak kedua.
apapun, doakanlah perjalanan menuju ke 40 weeks dan bersalin bulan Disember nanti dipermudahkan InsyaAllah. Aaminn.
Comments