Posts

Showing posts from 2011

Android Market

Try test.. try test.. Ini bukan review pasal.android market. Aku tak layak nak mereview makalah ini cuma try test dari seorang amatur yang baru nak mencanggihkan diri sahaja. Boleh? Tak tau la how is it look like. Im using android market n install one of several way untuk post kat blogger.com ni. so kalau nampak cacat tu. Sila maafkan this first timer. Saya budak baru belajar. But somehow android market ni cool gak untuk penggemar android macam den. After all, samsung galaxy plus ni sangat menghepikan aku. Lalu tidak terliur pun untuk memiliki mana-mana smartphone yang lain. Mimpi konon nak pakai blackberry pun berkubur. Apa best guna blackberry since im not bisneswoman n also dun have any close people pun yang nak bbm selalu. Iphone pun aku tidak terliur atau bahasa mudahnya tidak mampu. Kahkah. Ok bai. Pada anda yang guna android jugak bolehla kongsikan pandangan. Den try nak upload gambar awat tak boleh eh. Kena install picasa ke apa. Dush.dushh.

tidak bertuah.

jauhkan dari menyebut nasib malang, tapi gantikan ia dengan tidak cukup bertuah. bilalah tuah nak datang dalam hidup. datangkan padaku usahlah anak raja anak tan sri. tak perlu. tak perlu. cuma datangkan padaku jalan keluar dari setiap kesulitan.  helpless?  No. just a little bit tired. Sigh.

Princess Prosecutor and City Hunter

City Hunter bulan November lepas adalah bulan melayan drama korea City Hunter ulang-ulang tengok kesemua 20 episod sampai 4-5 kali. *dahsyat tak? sebenarnya penangan Lee Min Ho sejak pertama kali muncul dalam drama Boys Over Flowers memang sangat mempengaruhi penonton untuk tengok dia berlakon lagi dan lagi tak kira apa jenis drama sekalipun.  yes. sebenarnya aku tengok drama ni sebab pengaruh pelakon. tapi untung juga sebab jalan cerita drama yang diadaptasi dari manga Jepun ni memang menarik. so tengok ulang 5 kali pun masih berbaloi. sebenarnya City Hunter ni dah keluar awal tahun ni lagi. tapi aku kira lambat gak tengok. sebelum ni sibuk bercinta mana sempat nak layan korea. bila dah tak bercinta baru tercari-cari drama korea. :p City Hunter ni aku tengok online je kat Kimchidrama.Net, walaupun cuma akses internet dengan berukband, tapi masih laju jugak boleh tengok cerita online. plus aku pun  bukan jenis download semua drama korea buat koleksi. siapa yang belum tengok, silalah

Senarai Saingan Peringkat Kumpulan EURO 2012

Kumpulan A Poland Greece Rusia Republic Czech Kumpulan B Netherland Denmark Germany Portugal Kumpulan C Spain Itali Republic of Ireland Croatia Kumpulan D England France Sweden Ukraine Hi readers, maaflah tiba-tiba je update pasal bola. well, sharing is caring. kan? oklah, menurut senarai di atas, dikatakan bahwa kumpulan B adalah kumpulan maut. Netherland, Germany dan Portugal ketiga-tiganya adalah pasukan hebat. tapi pada aku Germany je kot yang bagi saingan hebat sebab Germany adalah pasukan yang kalah kepada juara iaitu Spain pada tahun Euro '08. apapun bola sepak bukan bergantung pada sejarah. pemain 3 tahun lepas belum tentu akan beraksi lagi pada tahun hadapan. imbas balik Euro 2008, Spain menjuarai Euro Cup dengan gol tunggal Fernando Torres. tempat kedua jatuh pada pasukan Germany. tempat ketiga dan keempat dipegang oleh Russia dan Turkey. tapi tahun depan nampaknya Turkey tak ada dalam senarai Euro 2012. Euro 2008 memang Rusia mantap sebab ada Arshavin.  

4 lagu hampeh jadi finalis AJL.

ini adalah 4 lagu hampeh taraf kuku kaki kingkong yang tersesat masuk ke final AJL. 1. Gadis Semasa - Yuna 2. Cinta Muka Buku - Najwa Latif 3. Kalau Berpacaran - Ana Rafali ft Suhami Meor Hasan 4. Kekanda Adinda -Atilia ft Monoloq dan ini adalah 4 lagu yang lebih layak ke AJL :- 1. Pokok -Meet Uncle Husen 2. Cinta Teragung- Hazama 3. Kisah Dongeng - Stacy 4. Sixth Sense - Menyesal p/s:- sekian terima kasih.

Selamat Ulangtahun Kelahiran.

Happy Birthday to me. Happy Birthday to me. Happy Birthday to me myself. Happy Birthday to me. -yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti- peluang yang pernah terlepas, kita tak dapat undur semula, tapi Allah sentiasa beri kita peluang yang lainnya. kita sentiasa punya pilihan.  terima kasih hidup. kerana banyak memberi pengajaran kepada diri. terima kasih ibu bapa dan keluarga kerana tiap saat tetap disisi, terima kasih teman, atas episod datang dan pergi. akan datang, terima kasih untuk episod-episod baru kehidupan. #Selamat Ulangtahun Kelahiran kepada diri sendiri. #Salam MaalHijrah 1433 kepada semua. -Love:- Sara-

Badai Facebook.

Hi readers, bukan teater Badai Semalam. tapi memang boleh kira badai semalam jugak lah sebab memang semalam lah Facebook mula dilanda badai. HAHA paham ke badai apa yang dimaksudkan? hairan macam mana news feed Facebook aku pun boleh dijangkiti. agaknya dalam friendlist Facebook, memang ada senarai yang suka mencemar. nampak nya kena buat sesi 'pembersihan' berkali-kali lagi.  actually semalam, masa Home Facebook terselit gambar yang buat sakit mata tu, aku pun try la view kejap album dari mana foto tu datang, yang tajuk dia 'bohsia murahan' apa ke benda ntah. and aku rasa owner album tersebut bukanlah perempuan, mungkin lelaki gila kot. sebab banyak sangat gambar perempuan yang berbeza-beza. yang free hair and yang pakai litup berbaju kurung yang sopan yang tak sopan semua pun ada. actually a lot of photos yang mungkin gambar dalam tu terdiri daripada gambar rakan Facebook anda tapi di download dan upload semula dalam album tersebut. and komen-komen di setiap foto b

Hi November and....

Salam readers. Wah, sekejap je dah melepasi setengah bulan dari November 2011, another one and a half month je nak melangkah ke 2012.  Hari ni 14 Nov. Good Luck kepada semua calon SPM 2011. Semoga adik-adik (termasuk adik penulis) dapat menjawab peperiksaan dengan baik. diberi kesihatan yang baik sepanjang peperiksaan. study smart. tidur awal, banyak kan berdoa and serahkan segala usaha selama ini kepada Allah Taala.  and dah nak start cuti sekolah, ramailah yang kawen. berbahagialah anda semua yang nak melangkah ke alam perkahwinan. Tahniah. Tahniah. Tahniah. tapi kawen bukanlah semestinya kemuncak kebahagiaan. ingat. BAHAGIA haruslah tanpa SYARAT. yang belum kawen pun anda sebenarnya boleh berbahagia. bahagia adalah anugerah Allah untuk semua. untuk yang melangkah ke alam baru. tahniah kerana anda selangkah ke 'medium menggandakan ibadah'. dengan menjadi suami/isteri setiap amal ibadah yang dilakukan dengan ikhlas akan digandakan pahala. Maha Pemurah Allah swt. so para s

bye bye trouble October.

Assalamualaikum. Hi readers dan sayang-sayang semua.  Maaf, penulis taktau adakah blog ini akan terbiar sahaja begini dengan update seminggu sekali. apapun. thanks kepada yang masih sudi singgah ke blog yang bukan apa-apa ni. Thanks kerana sudi.  Banyak yang berlaku. tapi tak tercerita. tapi Oktober ini berlalu dengan banyak kepahitan yang harus aku tempuhi. Hari ini Oktober terakhir di tahun 2011. Welcome November bulan kelahiranku , and welcome Zulhijjah. antara bulan yang mulia dalam kalendar Islam. bulan pengorbanan. mengingati kembali sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s. #Tazkirah :- 1-9 Zulhijjah disunatkan berpuasa. p/s:- agaknya dalam hidup yang singkat ini, pengorbanan apa yang dapat kita lakukan, demi meraih redha Allah s.w.t?

dan Demi Aku..

untuk yang entah berapa kalinya. tekad dibulatkan. semoga kali ini. tiada lagi kecundang. cukup kali ini saja, pecahnya empangan airmata. aku sebenarnya letih mengorbankan perasaan. kerana selalu pada akhirnya. pengorbanan adalah sia-sia. kesal aku menaruh harapan tinggi ke langit, sedangkan aku tahu, sandaran pada manusia tidak akan kemana-mana. aku ibarat terhantuk di palang besi. tersedar dan mendapat pengajaran, bahwa sandaran pada Allah. mengatasi segala-galanya. --------------------------------- dua hari lepas adalah hari bertemu teman lama, teman sekampus. sejak zaman asasi hingga ke universiti. rupanya sudah lebih 6 tahun juga tempoh sejak kenal. perkenalan sejak kali pertama menjejak zaman asasi. pernah sebilik, pernah solat raya haji bersama, pernah bergaduh, pernah masam muka. pernah salah faham. senang cakap. jatuh bangun masam manis masin semua ada. tapi InsyaAllah. busuk hati tak pernah ada. terima kasih teman kerana membantu memudahkan semuanya. Allah jua yang Maha Kay

8 hari berlalu..

Salam sejahtera, Hi readers. Apa khabar semua?.. lama tak jumpa kan.. *ceh macamlah pernah jumpa.  Ok. janggal nak menaip post ini sebab dah lama rasanya meninggalkan blog. dah 8 hari.. padahal penulis bukannya sibuk sangat pun. bukan ada suami, bukan ada anak-anak jugak. :p sebenarnya aku tengah praktis untuk tidak menjadikan internet sebagai agenda utama sehari-harian. internet memang keperluan. tapi setakat keperluan 2-3jam menghadap satu hari pun dah cukup. cek email penting. bersosial sikit-sikit. google benda-benda yang boleh gain knowledge. itu saja. kalau sampai kau kena nak hadap internet 24/7, makan hadap tenet, tengok tv ngadap tenet, drive ngadap tenet. kau sebenarnya dah jadi hamba internet. nanti kat akhirat Allah tanya, mana dia amal ibadah yang nak dipersembahkan padaNya, takkan kau nak jawab. "internet adalah ibadah saya..". menghadap internet kalau kita boleh tambah pahala, sebar dakwah. Alhamdulillah. tapi kalau cuma buat benda lagha semata-mata. esok

Happy Monday

Assalamualaikum. Hi readers. Pagi Isnin ni, penulis tidak ada mood monday blues. sorry, blues-blues aku tak main ah. ini hari Isnin yang penuh semangat untuk berjuang. Hahaha.  today, aku ada urusan penting. jadi semangat untuk melepasi cabaran hari ini adalah berkobar-kobar dan tak sabar-sabar. jadi sebelum Subuh lagi aku dah bangun. ambik berkat bangun pagi-pagi mandi di Subuh hari. sambil laundry baju. *tenkiu washing machine. *jarang mandi Subuh sebab aku masuk kerja pukul 10 pagi. Muehehe. *tasuke masuk kerja pukul 8 sebab tasuke bersesak dengan orang ramai. pepagi dah stress sebab crowded ai dun like. Sabtu dan Ahad lepas, ada story yang aku nak share. story B.E.N.G.A.N.G. siapa follow Twitter aku tau la kenapa aku hangin Sabtu lepas. well. aku dah lama tak hangin sebenarnya tau. angin aku selalunya elok je sesepoi bahasa. tak percaya tanya my housemate, ai tak penah hempas pintu der. tapi feeling macam nak curah lime juice kat muka orang ada pernah. feeling je la. tak buat

kenapa ingatan diciptakan?

Image
*supaya kau seperti selalu ada, disaat kau tiada. ok. mood jiwang ke?.. hell. No! ok. esok adalah hari cuti. belum tahu lagi nak kemana. harap boleh jumpa kawan lama. kalau terperap dirumah boleh menyebabkan ingatan melayang-layang. lalu merudumkan emosi.  aku mahukan environment yang boleh menjana minda kreatif. contohnya. berjalan-jalan. *melancong kalau ada duit. tapi duit belum ada. so. jalan-jalan berharap kome belanja. boleh? ok. sebenarnya aku malas nak update blog. tapi update jugak sebab hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran adik perempuan aku yang merupakan anak ke-5 dalam keluarga. Selamat Ulangtahun Kelahiran Sayang. all The Best untuk ur SPM yang tidak lama saja lagi. Selamat Hari Lahir yang ke -17. Semoga kamu berjaya dalam kehidupan, di dunia dan akhirat. Amin. p/s:- ok, entry habis. 

siapa tahu akan rezeki hari esok?

Hi readers, "Kita Merancang, Allah juga Merancang, dan Allah adalah sebaik-baik Perancang." hari ini aku berkesempatan bersembang sikit dengan seorang fotografer atas dasar kerja. aku macam selalunya. suka bertanya. well, sikap suka bertanya bukan bererti suka menyibuk, bab bertanya ni, tanyalah sekadar yang tak sampai tahap menyibuk. maksudnya. bukan tahap soalan peribadi. be profesional. sebab apa yang kau tanya, akan menunjukkan kat mana kau letak otak kau. ok. apa yang kami bualkan? let see. Aku:- berapa umur you? Mr.F:- tahun ni 28.. Aku:- Owh. dah lama ke jadi fotografer? Mr.F:- Seriously, start buat photoshoot, dalam setahun. tapi pegang kamera, main-main shoot sesaja, dalam 3 tahun. Aku:- Oh. jadi now you are fulltime photographer? Mr.F:- InsyaAllah lepas habis study bulan 11 ni, akan buat fulltime. Aku:- you tengah study? study apa? Mr.F:- Architechture. I buat degree. 3 tahun.  Aku:- before ni u kerja arkitek la ek? then macam mana boleh nak tukar pro

Happiness is a Choice

Hi readers. Alhamdulillah. Penulis sudah pulih. Eh. bilakah penulis tidak sihat?.. Hikhikhik. orang cakap sakit fizikal okey lagi, mudah diubati, dan sakit emosi adalah lebih parah, kerana sukar diubat. apapun. bab sakit ni jangan kita mintak-mintak. sebab kalau dimintak, ia datang. kita sihat fizikal. syukur. kita sihat mental. syukur. tang emosi?.. sendiri kawal. orang putih cakap, happiness is a choice. No matter how hard things may seem, there is always something good coming around the corner. macam mana nak rasa happy?.  kita akan happy bila kita merasa cukup dengan nikmat Allah sekalipun sedang diuji dengan dugaan, kerana nikmat Allah yang lainnya masih segunung kita kecapi, maka bersyukurlah jika hari ini anda masih punya kesihatan yang baik, makan yang masih cukup zat. tidur yang masih beralas bantal, minum yang masih air bersih, dan.... siap boleh online lagi tu haaa sambil ada masa baca blog ni. maknanya anda semua masih berasa selesa dengan kehidupan masing-masing. sy

selaut kasih buat dua jiwa..

Image
Demi dua jiwa yang selamanya membentangkan kasih yang seluas lautan, juga cinta yang setinggi gunung. Menjunjung kasih ibu, ibu, ibu dan ayah. Semoga hidup seorang anak akan sentiasa dirahmati Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.

why I read them.

http://mamakandmami.blogspot.com/ http://salam2benua.blogspot.com/ p/s: 1) dare to find out their similarity?... becoz the answer is also a clue. 2) drop ur comment, what clue Im talking about..  3) hey. this is serious game..

review Samsung Galaxy Tab 10.1:- berbaloi atau tidak?

Image
Hi readers. seperti yang dijanjikan semalam. penulis nak buat sedikit review pasal Samsung Galaxy Tab 10.1.. tapi ini review bukan dari penggemar gajet atau iklan berbayar. aku buat review ni selepas beberapa hari try guna Samsung Galaxy Tab 10.1. so aku akan cerita sikit cool dan tak cool nya gajet ni. and siapa yang berbaloi milikinya.  boleh tengok link ni untuk tengok iklan Samsung Galaxy Tab 10.1. iklan memang cool ah sebab Samsung kan berniaga. Hehehe.  http://www.youtube.com/watch?v=x1X_q1DM8s8 soalan-soalan tentang Galaxy Tab 10.1:- 1) Tab ni boleh buat call ke?... ada fungsi handphone ke? - tak boleh. dia tak ada fungsi phone macam Galaxy Tab pertama dulu. Tab kedua ni memang untuk internet surfing sahaja. yelah. kegunaan lain tu macam biasalah, boleh main games, boleh snap picture, boleh rakam video. boleh simpan beratus lagu, movie and so on.  2) dengan Tab ni boleh layari internet bila-bila dimana-mana ke? -dah tentu Tab ni tidak datang dengan internet free. bo

update guna Samsung galaxy tab 10.1

hi guys my readers yg comel, ehemmm..jenuh aih nak taip kat skrin sentuh ni hah. den ni orang kampung jew..relax2..ni bukan tab ai okey. mana ai mampu nak beli tab ni sesaja.. tapi ini kita try guna..try je..try test..so esok lusa kalau rajin ai buat aa review gajet plak..haha.kemain skang.. tak main ah review filem je..ai generasi moden.. samsung tab ni cool..boleh aa nak pakai kalau rasa mampu n duit terlebih..tapi..tang tapi tu kita cerita kat review kelak.. actually aku dah try tab ni 2-3 hari gak..dah try guna internet..dah try ambik gambar, rakam video dan sebagainya..so jauh mana dia cool.. very2 soon ai story..ok.. oklah..itu saja sesi mengetest untuk entry ni..daaa..

What to Do If You Dont Like It

hi readers, baiklah. kalau mereka yang mengenali aku di alam realiti. mesti tahu yang aku ni jenis 'muka sombong'. tapi bila dah kenal banyak je modal nak bercakap. aku mudah didekati. actually, Im quite flexible. and I can easily adapt to surrounding. be it good people, or bad one. younger or older than me, alim pakai purdah, or free hair rambut karat, I can talk to you nicely and I wont bother your background or your past life. dalam berkawan, aku tak pilih kawan. kawan semua sama sahaja. dan aku selalunya akan 'layan' seorang kawan bagaimana dia adanya. prinsip sama kalau orang lain berkawan dengan aku, terima aku apa adanya. kalau aku rasa aku tak boleh nak get along. then aku blah jauh-jauh. aku takkan ambik port pasal orang yang aku tak boleh nak get along. and Im not that type yang tak suka, lepas tu pergi hasut orang lain supaya tak suka apa yang aku tak suka. come on. perangai macam itu budak tadika je layak buat.  siapa pernah jadi kawan aku, mesti tahu

Sabtu pesta makan, Ahad tersadai akibat perut meragam

Bismillahirrahmanirrahim. Hi semua.  malam tadi kami (aku dan roomate) dah kembali ke rumah. meninggalkan acara open house @ pesta makan di Sg.Buloh. awalnya memang nak tidur sana jugak last nite. tapi aku and roomate tukar plan. nak balik jugak rumah kami walaupun rumah bukan ada apa-apa sangat.  di Sg.Buloh semalam, perut berpesta makan. walaupun badan aku macam tak sihat sangat sebab selsema dan batuk, tapi sebab dah lama tak jumpa makanan best-best. semalam aku balun semua makanan. bercampur-campur menjadi satu adunan baru dalam perut. pagi dalam jam 8 sarapan nasik himpit dengan sambal ikan bilis. sarapan pagi-pagi la sebab after that nak kemas-kemas sebab makcik roomate buat open house that day. tak ada pun tolong berkemas sangat, menyapu sikit-sikit je. jam 12 tengah hari beraya makan di rumah kawan kepada sepupu roomate, aku makan pasta bolognaise, kentang putar, sate, sosej dan ayam bakar. jam 3petang makan pulak di rumah makcik roomate (rumah yang kami tidur la) makan l

ber'weekend' di Sg Buloh..

Hi readers, hari ni penulis bangun pagi-pagi, sebab tidur rumah orang takkan nak buat perangai bangun siang hari. *kau gila?nak jadi diri sendiri pun biar bertempat. berperangai biar elok jangan urban sangat, nanti bakal mak mertua reject. Hi-Hi apa khabar mummy mr.kingkong (mother in law to be) di Pantai Hillpark sana, harap ceria selalu #okfinepenulispoyo sejak malam tadi sudah berada di Sg Buloh. rumah makcik kepada my roomate. beliau buat open house hari ni. so kami datangla awal supaya boleh tolong apa yang patut. tapi tak ada pun aku tolong masak, sebab makcik roomate telah memasak lewat malam tadi hingga pukul 5 pagi. *aku tidur awal sebab penat kan semalam kerja. plus badan aku tak sihat. selsema batuk hasil jangkitan rakan sekerja. Isk. antibodi lemah kot aku ni. cerita sikitlah ek, roomate aku suka sangat ajak aku ke sana ke mari. menjadikan hidup aku sangatlah tidak bosan. maklumlah nak diajak dating oleh mr.kingkong memang jarang sekali, dia asyik dating dengan emak dia

Selamat Hari Malaysia

Malaysia bumi bertuah, tanah tempat tumpahnya darahku. tanah kelahiranku. Selamat Hari Malaysia dan Selamat Ulangtahun Kemerdekaan yang ke 54 kepada tanah airku tercinta. Akan datang sekiranya anak-anakku meskipun bukan 100% berdarah Melayu Malaysia . tetap akan aku terapkan dalam diri mereka supaya tetap berbangga, kerana yang mengalir dalam darah  mereka, adalah darahnya bangsa Melayu, darah bangsa Malaysia. Aku Melayu yang tidak layu dek keji, juga tidak lupa dek puji.  Aku Melayu yang meskipun dimaki dan dihurung caci, membuah dendam tidak sesekali. Aku Melayu yang biarpun tidak molek dipandang orang, Aku teguh di tapak sendiri. Aku Melayu yang mungkin acapkali gagal dalam episod kehidupan ini.  Namun Akulah Melayu yang bangun kembali, mencuba lagi dan lagi. (nursarahputeri, 16 Sept '11) Selamat Hari Malaysia to all Malaysian.

kes pecah rumah pecah kereta jumaat lepas.

ini cerita yang berlaku jumaat lepas. salah seorang housemate aku, kereta dia (Myvi) pakai belum sampai setahun pun kena pecah. cermin belah driver habis. and penyamun ambik radio and meter kereta. memang sebenarnya kawasan Sentul ni agak 'panas' dengan kes samun kereta. bukan semestinya kalau tinggal kereta semalaman, kalau berhenti makan kat area Sentul ni pun ada peluang kereta kena pecah jugak.  kesannya, housemate aku plan nak pindah rumah. then kalau sorang pindah maknanya lagi 2 orang housemates pun akan pindah jugak. sebab mereka bertiga kawan baik dari zaman kampus. sebenarnya ketiga-tiga mereka pernah kena pecah kereta dalam jangka masa 3 bulan duduk area Sentul ni. salah satu kesnya adalah kereta boyfriend salah seorang mereka kena pecah masa tinggal makan kat kedai.  menurut housemate aku. kerja pecah kereta ni orang profesional yang buat. sebab elok je set radio n meter kereta dia samun. macam kerja orang expert lah senang kata. nasib baik Perodua kata boleh cla

jangan terlalu terhegeh-hegeh.

hai pembaca blog.. hurm, pagi Isnin kembali. macam-macam yang berlaku minggu lepas. tapi yang macam-macam tu next time aku cerita. kali ni nak cerita sikit pasal my roomate punya cerita. Sabtu lepas keluar dengan roomate jalan-jalan kat Sunway Pyramid. hari tersebut ada rakaman Art Attack Disney yang dihoskan oleh Qi Qushairy (hos Jalan-jalan Cari Makan/pelakon utama Blogger Boy). ampun sumpah Qi sebenarnya sangat handsome berbanding dalam TV. muka dia macam mat saleh pun ada tak nampak macam malay sangat. yang penting suara dia best I loike!  *tak dinafikan aku memang minat Qi sejak dia belum famous pun. masa tu dia cuma keluar kat rancangan Destinasi Bajet. well, selalu aku ditakdirkan terjumpa secara dekat dengan orang yang aku minat tanpa dirancang. #KFCM, #FaridKamil, #AmirulHadi, and #Qi Qushairy as well. *nahh, lucky me?! oklah. tutup kes Qi Qushairy now kita nak cerita pasal tajuk entry. yes, ini berkenaan my roomate. Sabtu lepas masa keluar dengan beliau. handphone dia ayi

malas topup..

prepaid internet celcom beroadband dah tamat tempoh. so diam-diam je. malas nak topup. ni online kat tempat kerja.. err, beli prepaid topup kena caj 6% dah kuatkuasa ek?..  pfftt! nampaknya semangat aku nak beli BlackBerry and ambik pakej postpaid semakin membara. jom semua pakat guna Blackberry, kita BBM je k. ambik pakej Bis then kita main tenet je takyah sms/call. nasib baik ai dengan mr.kingkong selalu pakai email je. tax bagai ni tak effect hubungan kami pun. bluekk! topup pun dah ada cukai, so jadilah pengguna bijak. pandai-pandailah jimat cermat. kepada kerajaan, hah, sekarang tang cukai budak 5 tahun pun bayar kot. dulunya tang cukai ni orang dewasa dah kerja je bayar (cukai pendapatan yang gaji RM 2500 ke atas). now cukai topup untuk semua tak mengira usia. kalau sebulan sorang individu topup RM30, cukai topup sebulan dah RM1.80 sen, so setahun cukai topup minima pun RM21.60sen seorang. try darab ngan pengguna handphone yang dari usia 5 tahun hingga 65 tahun (dah tentu be

mr.kingkong vs ciri lelaki idaman -->rujuk entry tahun 2009

hi blog, hi readers. maaf blog sedang di musim bunga so entry selaut jiwang je yang boleh dikongsi. benci ke suka ke anda tentukan. Muahaha! semalam sedang aku godek-godek blog, godek-godek entry lama. maka terjumpalah dengan entry tentang ciri-ciri lelaki idaman, entry dipublish pada 25 Oktober 2009 . hampir dua tahun lepas. masa tu kiter single lagi.. :p klik link  Ciri-ciri Lelaki Idaman  untuk bacaan lanjut. but kat sini nak share sikitlah. agaknya mr.kingkong menepati citarasa ke tak. citarasa yang aku statekan 2 tahun lalu. jom tengok. #pertama sekali, sy mahukan lelaki yg beragama Islam. dan sy tak kisah sekiranya dia bukan berbangsa melayu.(ada impian nak kawin mat salleh or jejaka korea).  lebih baik  kalau sy pilih lelaki yg bukan perokok. #keduanya sy mahukan lelaki yg tidak handsome di mata org lain. memang tak apa jika org lain kata dia tak handsome tapi sy tetap akan kata dia adalah handsome di mata sy.  #ketiganya sy mahukan lelaki yg boleh berbual

kembali menjalani rutin hidup

Salam Aidilfitri to all, hari ni sudah Syawal 4, penulis sudah kembali ke Kuala Lumpur sejak semalam. mungkin kali ini adalah Hari Raya yang paling sekejap pernah diraikan dalam hidup. Yes. hari ini sudah masuk kerja.  Alhamdulillah raya tetap meriah dan aku hanya bersederhana memandangkan ekonomi tidak berapa bagus. bab makan-makan raya tak payah cerita kot. semua orang pun tahu hari raya orang johor akan makan apa kalau bukan lontong. memang menu default. semua orang tahu. dan pastinya aku makan banyak sekali tak peduli diet kejadah semua. muahaha! err, nak cerita sikit pengalaman raya kali ini yang sebenarnya punya kelainan dari sudut pandangan mata aku. berbeza apabila melihat bapa saudara dan sepupu lelaki yang dulunya di zaman kanak-kanak adalah teman comot-comot main tepi paya (konon-konon tangkap ikan) pada tahun ini sudah menjadi cool daddy. tahun ini masing-masing dah gendong baby, gendong beg baby, buat susu anak, mandikan anak, layan anak bagi dia gelak. dan sebagainy

my hometown ada free wifi.. gila maju!

Hi readers, untuk yang masih ada masa online (macam Ai) so boring-boring boleh baca belog. yes I know mungkin ramai yang dah sibuk-sibuk nak raya, tapi aku masih ada masa membuang masa di sini. kehkeh. tak banyak benda pun nak dibuat. my mom and sisters dah ready untuk semuanya. so ai balik kampung boleh makan tidur je bhahaha. best sangat. penulis selamat sampai ke halaman rumah petang semalam. lepas sampai adik eksaited bagitahu yang Felda kami dah ada free wifi. lepas berbuka pun kami try la laju-laju test power. Peh!.. mmg betul boleh connect free wifi. akses internet pun laju je siap boleh tengok You Tube tanpa buffering. OMG. sangat boleh dibanggakan lah bukan?.. kampung kome hado? my hometown jugak dikhabarkan akan dapat netbook untuk setiap rumah. felda bagi peruntukan satu rumah satu netbook. ampun apsal maju sangat felda guwa?... *tak abis bangga lagi. so my sister sangat beruntung kowt. dah la handset memasing pun boleh akses internet, free wifi, then dapat pulak netbook.

Selamat Balik Kampung!

Image
hi readers. sebenarnya sangat malas nak menaip entry. so this is just short update jelah ye. esok penulis balik kampung, (Segamat&Muar), then Khamis depan balik KL. Jumaat dah kerja. Sabtu n Ahad ada meeting. so.so.so.  blog belum tau lagi akan update ke tak kat kampung, sebab broadband memang lah ada tapi line tenet kat kampung macam korang tak paham plak kan kesiputbabiannya . untuk itu. ambiklah satu gambar raya tahun lepas buat lepas rindu. #muntah! teknik gambar yang mengkartunkan muka. wajah saya bukan begini sebenarnya. pedehal, yang penting gambar no editing, and no kopipesting, and ofkoz real not fake. wakaka! kbai, wish you all Happy Eid, have a great Hari Raya with bless!

Always..

Image
  semoga Cinta ini membawa sang pencinta ke suluhan jalan yang terang, iaitu jalan yang diredhai. Ya Allah Ya Rahman. sesungguhnya perancanganMu adalah yang sebaik-baiknya. bahkan pada jiwa yang alpa. perancanganMu tetap tidak pernah khilaf, kerana Engkau Maha Adil dan saksama. p/s:- rindu si dia..? ingatlah Allah. hati akan menjadi tenang.

terjumpa AmirulHadiZainal, kali ni aku sure itu memang dia..

Hi readers. Salam Ramadhan. Aaaaa. gempak tak tajuk?.. tapi tajuk bukan sekadar bikin gempak. tapi ini kenyataan bukan khayalan. hari ini 25 Ogos 2011 memang penulis ditakdirkan terserempak dengan Amirul Hadi Zainal pemain bola sepak skuad Harimau Malaya dan Selangor . dah nama pun terserempak dah tentunya bukan dirancang kan?.. kejadian berlaku lebih kurang pukul 3 petang dekat The Mall sebelah PWTC. Amirul Hadi sangat dekat dengan aku. bayangkan dia withdraw duit kat ATM, and aku cuma selang satu dari dia. dekat gila?... tapi ternampak dia kat mesin ATM kot so teruja dalam hati je then dia pun blah. then lepas tu aku macam gatal carik dia balik kot-kot masih ada dekat The Mall kan. lepas dia withdraw rupanya dia pergi ushar kasut sukan dekat kedai kasut, masa ni memang boleh sangat-sangat kalau nak pergi dekat dengan dia and say Hi-Hi ke nak bergambar ke apa. tapi itulah, sebab fikir sampai 3 kali.so tak pergi pun dekat dia. tengok dari jauh je sampai dia blah, sambil dalam hati