Monday, August 29, 2011

my hometown ada free wifi.. gila maju!


Hi readers, untuk yang masih ada masa online (macam Ai) so boring-boring boleh baca belog. yes I know mungkin ramai yang dah sibuk-sibuk nak raya, tapi aku masih ada masa membuang masa di sini. kehkeh. tak banyak benda pun nak dibuat. my mom and sisters dah ready untuk semuanya. so ai balik kampung boleh makan tidur je bhahaha. best sangat.

penulis selamat sampai ke halaman rumah petang semalam. lepas sampai adik eksaited bagitahu yang Felda kami dah ada free wifi. lepas berbuka pun kami try la laju-laju test power. Peh!.. mmg betul boleh connect free wifi. akses internet pun laju je siap boleh tengok You Tube tanpa buffering. OMG. sangat boleh dibanggakan lah bukan?.. kampung kome hado?

my hometown jugak dikhabarkan akan dapat netbook untuk setiap rumah. felda bagi peruntukan satu rumah satu netbook. ampun apsal maju sangat felda guwa?... *tak abis bangga lagi. so my sister sangat beruntung kowt. dah la handset memasing pun boleh akses internet, free wifi, then dapat pulak netbook. peh sangat cool tahu?

nasib baik plan nak pasang streamyx selama ni tak terpasang pun. sekali now dah ada free wifi kau. hah. free je. free je. tak payah bayar weehoooo! maybe sebab kat sini pun tak ramai guna wifi, so internet akses menderum je laju. 

tapi petang ni guwa akan balik Muar pulak. kat sana memang tak ada free wifi. line 3G pun tak da. sebab kat sana nenek-nenek je yang tinggal. yang pakai smartphone, android semua balik kampung setahun sekali rugi je kalau nak ada line 3G, bukankah?.. err, dulu lagi teruklah line maxis pun tak ada macam hampeh je. sekarang semua line ada nasib baik. so kat kampung my parents kat Muar nanti boleh la gigit jari je. no internet, so semua boleh beraya depan TV. muahaha!

tak apa pun nyer. bukankah bagus di hari raya kita fokuskan raya je, takyah layan sangat dunia online Facebook Twitter blog bagai nih. raya setahun sekali, so raikan raya dengan cara tradisional. kunjung mengunjung sanak saudara. 


so. sekali lagi diucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN  kepada semua pembaca blog yang disayangi. 



3 comments:

Nabiel said...

pehhh..terbaek la ade wifi!huhuhu
best jek kn..ngeh2..

Seimura said...

peh, bangga gila aku hahahah.

Pacifista said...

felda mana tu?rasanya hampir semua felda dah dapat wifi.kat tempat saya pun dapat jugak...