pelajaran/pengajaran dari dunia blog dewasa ini.

Hi readers. Salam Ramadhan. 


hari ni aku nak kongsi sikit lah pandangan aku dari pemerhatian terhadap dunia blog sekarang ni. boleh ambik kalau rasa point aku boleh pakai. dan jangan sentap kalau terkena batang hidung. tapi kalau ada yang sentap. macamlah aku peduli sangat, bhahaha.!

aku lebih kepada nak cakap pasal personal blog, blog SEO and gosip bagai aku tolak tepi dulu. kita kupaslah satu-persatu. supaya senang scan. 

sebenarnya dunia blog sudah semakin suram. keaslian menulis blog semakin kurang mendapat tempat disebabkan suasana blogsphere yang semakin berubah. adakah disebabkan semakin ramai blogger yang malas membaca blog dan lebih suka menempel di blog-blog? 

menjadi pembaca blog dan menempel di blog-blog adalah dua perkara yang berbeza. kalau kau ikhlas jadi pembaca, kau rasa tak apa pun kalau blogger tu tak tau 'kehadiran' kau. tapi kalau menempel. kau bukan sahaja nak blogger tu sedar akan kehadiran kau, tapi kau macam nak perhatian dari pembaca lain juga. ewah. tamaknya kau nih.

antara yang dapat diperhatikan dalam dunia blog, dewasa ini.

*terlalu ramai yang suka akan dunia glamour/famous. suka hingga terkinja-kinja. errr, kalau pun mungkin kau kata kau tak suka diri kau famous, (kononnyalah) tapi kau tetap akan suka si famous-amos bukan?.. habis tu balik-balik muka kau je yang komen entry blogger famous. dah tu komen mesti nak kipas-kipas-kipas. tak pernah nak argue. betul semua lah blogger pujaan kau.

*macam lelaki pun, gila famous jugak. well. setikus mana pun lelaki nak sorok muka dia (konon taknak dikenali sebab rupa). tapi dia tetap suka dekat Lisa Surihani. bukannya nak suka diam-diam, buktinya, asyik-asyik tulis pasal Lisa Surihani. bukankah gila ramai yang minat Lisa Surihani. kau pun nak tumpang famous la tu kan. supaya boleh mention entry pasal Lisa dekat twitter dia. phui. 

*bukan setakat perempuan yang boleh famous dengan rupa cantik body slim. lelaki pun banyak yang jual rupa untuk famous. buktinya. begitu banyak gambar-gambar mereka bersidaian dalam blog. setakat dekat header blog memang tak payah cakaplah. yang dekat sidebar pun bersusun. err, paling hebat, kat entry blog orang pun ada header muka kau. aikkk! hey, aku ada rupa. so what?.. kau hado..!

*lelaki yang tak boleh nak famous sebab kurang kacak/atau memang rupa hancur stok sedih. tetap boleh famous dengan bikin kecoh. buat penulisan yang berbaur condemn/sinis/perli perempuan. lepas tu mesti perempuan akan hebahkan kat perempuan lain. hey.hey. baca tulisan mamat anon ni. kerja condemn perempuan. nak famous lah tu. mesti muka hancur. sebab tu taknak tunjuk. haha. haters pun boleh famous kan engkau. terima kasihlah kepada haters. 

*then bila masing-masing dah kian famous disebabkan faktor-faktor di atas. akan tiba waktunya mereka akan slow down dan kembali ke pangkal jalan. sebab mereka tahu bahwa dunia menempel/mengkondem/menyidai muka untuk famous ni bukanlah seronok sangat pun. tapi selepas itu, musim-musim ini akan berulang semula. dengan muka-muka baru. dengan isu condemn yang baru. 

yes, memang entry ni aku nak tekankan pasal isu nak famous/terlalu kejarkan famous. dan apa sahaja yang boleh bikin blog jadi famous. sebab memang isu ni sungguh terang-terangan kelihatan di mana-mana. well, aku pun tujukan entry ni untuk diri sendiri gak. frankly speaking. aku pun pernah terjebak dengan kancah masin berblog yang sebegini. aku mengaku. KahKahKah.


dan kepada yang menulis dengan originality, di saat majoriti gilakan trafik/famous bagai. Tahniah. Anda memang terbaekk!


p/s: korang pernah terjebak dengan point-point di atas? siapa makan kicap dia terasa masin.  peace no war.!


thanks sudi baca.. =)

Comments

kak ina kl said…
betul tu..kalau pempuan yang lawa dan pandai bergaya banyaklah peminatnya..kalau lelaki pun sama..biarkanlah mereka kan..kita biar dengan cara kita..
beautiful_rose said…
betul tu sara.....dunia blogging dah tak maam dulu lagi.semakin bosan dan bosan.aku sendiri pun dah malas nak berblog tak semangat dah.
FR said…
tu la . blogger skrg da tak mcm bloggers yg ada time saya mula2 buat blog 2009 dlu . gaya kamcing tu pun dah lain .. tp biarla , yg penting kita sndri puas aje mnulis .. bukan nak kejar apa2 .. :)
a said…
oyeahh they have their own intention to get attention. sobsss
Unknown said…
dunia blog lebih sedap jika kita ikhlas. :)
Umie Nadhirah said…
betul tuh.. ramai blogger berblogging sebab x ikhlas.. sebab follower semata-mata.
LuN@_aiDi said…
terbaekk arr entri neh!
sangat setuju, kebanyakkan berbelog sbb mahukan glamer,
jika sukekan sesorg blogger tuh bukan setakat komen
beratus2, & kipas susah mati punye tapi
aper yg blogger tuh cakap sume btoi..huhuhu
LuN@_aiDi said…
terbaekk arr entri neh!
sangat setuju, kebanyakkan berbelog sbb mahukan glamer,
jika sukekan sesorg blogger tuh bukan setakat komen
beratus2, & kipas susah mati punye tapi
aper yg blogger tuh cakap sume btoi..huhuhu
Shahada Fauzi said…
sangat ramai kot beloger yg jenis nak pemes ni sarah..tayang muke je @ tulis isu yg panas2 dgn kondem orang @ tulis pasal artis2..


bile dah pemes, update tulis sepotong ayat pun, merepek tak tentu hala pun, masih ada pengikut kaki kipas die dtg singgah dan komen..pelik..tapi itulah dunia belog skang..


bila ade yg menegur..pasti terus melatah dan akan dijawab, "it's my own style..suke hati aku la nak tulis ape pun." ntah la..(-_-")
merahitujambu said…
nice...ada betul apa yg di katakan
Ieqa Swetluv said…
dengan cantik/handsome, bg diorg itulah aset dalam menarik readers dtg bace blog dia.. setuju ckp awk yg sekarang ni susah nak cari blogger menulis dengan mengekalkan originality, lain org lain kepala jadi macam2la ragamnya =)
.Gha A. said…
nasib baik saya tidak terjebak langsung! still maintain my originality.

bukan kuantiti followers yang jadi ukuran, tapi kualiti mereka yang membaca lebih penting.

ada 30K followers pon, bukan semua baca blog kita hari-hari kan.
Padin said…
betul aku setuju sangat dengan pendapatnya, mengejar sangat famous kipas blogger hentam blogger apa yg dapat? aku masih kekalkan originaliti aku dan harap akan terus kekal..

padinno.com

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..