Saturday, August 20, 2011

terjumpa Zain Ruffedge. macam ya macam bukan.


malam tadi lepas isyak aku dengan roomate pergi merewang kat Chow Kit, cari aksesori raya konon-konon, aku beli shawl dua helai. murah gila 2 helai RM15. lawa pulak tu. roomate beli baju kurung cotton. pun murah je RM55. kalau tak tau Chow Kit duk tang mana tapi ang tau pulak Lorong Haji Taib baik tampar pipi ang laju-laju. bulan puasa ni Chow Kit sangat meriah macam Jalan TAR juga. tapi kesesakan adalah tak berapa sesak. tapi meriah. ok. cukuplah mukadimah entry.

aku sebenarnya nak cerita yang aku macam terjumpa Zain Ruffedge, (wujud lagi ke Ruffedge?).tapi aku macam tak pasti betul ke tu dia sebab macam handsome sangat. serius handsome. aku nampak dia kat laluan bersempit-sempit di tengah-tengah deretan kedai, tapi kami dari arah bertentangan, bila nak dekat selisih bahu aku pun pandang mamat ni tepat kat mata dia, lepas tu aku macam terfikir-fikir, Eh macam Zain Ruffedge lah. dah pulak tu boleh dia senyum kat aku. alamakkk!

sebab aku macam tak percaya betul ke dia memang Zain Ruffedge, aku pun toleh balik ke belakang nak tengok dia lagi sekali. guess what, dia pun toleh belakang gak tengok aku. Perghhhh! boleh pulak kami bertentang mata lagi sekali. macam dalam drama wa cakap lu. dalam hati siap tak sangka. eh. dia toleh sebab nak tengok aku again. woweeee. lompat dalam hati. 

aku memang pernah je berselisih dekat dengan artis, macam kes dengan Farid Kamil dulu. pelakon Riezman pun pernah, diorang memang akan senyum. then aku assume agaknya memang betul kot Zain Ruffedge sebab itu dia senyum kan. kalau dia entah siapa-siapa kenapa pulak dia nak senyum. tapi entahlah. aku serius tak pasti betul ke tak itu dia ataukah cuma pelanduk dua serupa. tapi kalau pelanduk pun. bagus gak sebab Zain kan dah kawen. tak maulah sayaaaa. Hahaha.

masa kumpulan Ruffedge glamour dulu aku memang minat gila kat Zain, masa tu pun dia handsome. single. but lepas-lepas Ruffedge macam berkubur, aku macam dah tak minat sangat pun. cumanya. cumanya. bila berlaku situasi tadi. alamak. macam nak minat balik lah kat dia. tssk.tssk! sorry Farid Kamil ai bukan nak curang dengan you. pfffttt!


oklah. ntah apa-apa bebelan aku ni. selamat berhujung minggu semuaaaa.!

thanks sudi baca.. =)


10 comments:

FarhanaDr said...

Haha.. Zain memang menjadi kegilaan dulu kala..

Tetibe teringat alunan Bila Rindu.. Ahhh!! Rindu gile.. Gila rindu.. Sangat sangat gila.. :p

adrinaqamarina said...

wehu! zain memang hensem, tambah tambah lepas kawen skg. nak lagi awesome time tengok dye dalam semanis kurma hari tu~ wuhu.



dalam ruffedge dulu, paling suka amer munawer. time tu zain macam nampak kureng lagi. tapi skg dah wow! heheeh

beautiful_rose said...

tulah group diaorg mcm dah hilang terus je....masing2 bawa haluan berlakon dan nyanyi solo la pula...

hr tu gi jalan TAR ingat nak shoping la skit2.tp jadi tension sbb sesak dgn lautan manusia.terus hilg mood nak jalan dah.last beli kuih raya 1 bekas je...

Qaseh dalia adelia said...

hik2 bertentangan mata

sifu im said...

zain tu x termasuk ngn geng2 dia yg insaf ke??

Whoopz said...

bila org selisih ngan gwa, mesti diaorg pandang tepat kat mata gwa..
So terpaksa la gwa ckp..

'sory.. Gwa bukan shaheizy sam..'

keh keh keh..

EZAN IDMA said...

Haha bertentang mata, jatuh hati x?

bunga said...

bunga dulu minat gak ruffedge..semua..hehee

Ieqa Swetluv said...

wahh sukenyer dia.. mesti terbanyang2 pastu kan x leyh tdo sbb terkenang2kan zain tu kan.. ngehehe ;p

DuniakuAbstrak said...

kami jejaka yg tak hemsem ni bagaimana?


terjun KB Mall lah mcm ni