Posts

Showing posts from April, 2017

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Image
Alhamdulillah segala puji bagi Allah. throwback sikit pengalaman bersalin Muhammad Azzam Ashraf. Sebenarnya Azzam ni lahir dah terlepas due date. EDD 10/9/2016 and Azzam lahir pada 12/09/2016 iaitu bersamaan dengan 10 Zulhijjah (Hari Raya Haji).   Plan awalnya masa awal pregnant ibu memang konon ada rancang nak bersalin kat Hospital Muar sebab memang rumah mak kat Muar. lepas tu masa ibu dah 7 bulan camtu atuk Azzam kata ala bersalin je kat Hospital Mersing, lepas bersalin baru balik Muar. Tapi nak dijadikan cerita sampai dah lepas due pun ibu tak bersalin lagi and dah nak Raya Haji pun kan jadi balik la kampong Muar and bila balik Kampung tu memang confirm lah akan bersalin di Muar.   Hari Jemaah haji wukuf di Arafah tu dikhabarkan waktunya doa kita dimakbulkan Allah. Ibu doa banyak-banyak yang ibu akan bersalin esoknya. Alhamdulillah, malam raya haji tu pecah ketuban di rumah and segera ke hospital sampai terlupa dah nak mandi dulu ke nak pakai pad ke semua tak ingat. kalut

Update Blog 2017

Assalamualaikum. Hai. Masih kah blog ini punya pembaca? Ok. Just nak update je sikit, sebab entry terakhir sebelum ni masih mengandung kan. Alhamdulillah penulis dah selamat bersalin seminggu selepas entry terakhir tersebut. Bersalin pada usia kandungan 40 minggu 2 hari istimewa bay lahir di pagi Hari Raya Haji. Alhamdulillah normal delivery +episiotomy, induce drip. Baby boy seberat 3.5kg yang diberi nama Muhammad Azzam Ashraf. Syukur pada Allah, esok genap lah 7 bulan penulis memegang jawatan sebagai seorang ibu.   Bercuti bersalin selama 3 bulan di rumah emak di Muar. Tempoh pantang dilalui dengan kejayaan dibantu oleh emak, abah dan adik-adik di kampung. Pengalaman bersalin dan berpantang sangat manis sebenarnya sentiasa diingati sampai bila-bila. Ibu bersalin di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar Johor. Semua doctor dan staf nurse sangat baik dan ibu tiada sebarang masalah langsung diuruskan sepanjang di LR. Terima kasih sangat membantu ibu melalui proses melahirkan den