Pengalaman Bersalin Anak Pertama
Alhamdulillah segala puji bagi Allah. throwback sikit pengalaman bersalin Muhammad Azzam Ashraf. Sebenarnya Azzam ni lahir dah terlepas due date. EDD 10/9/2016 and Azzam lahir pada 12/09/2016 iaitu bersamaan dengan 10 Zulhijjah (Hari Raya Haji).
Plan awalnya masa awal pregnant ibu memang konon ada rancang nak bersalin kat Hospital Muar sebab memang rumah mak kat Muar. lepas tu masa ibu dah 7 bulan camtu atuk Azzam kata ala bersalin je kat Hospital Mersing, lepas bersalin baru balik Muar. Tapi nak dijadikan cerita sampai dah lepas due pun ibu tak bersalin lagi and dah nak Raya Haji pun kan jadi balik la kampong Muar and bila balik Kampung tu memang confirm lah akan bersalin di Muar.
Hari Jemaah haji wukuf di Arafah tu dikhabarkan waktunya doa kita dimakbulkan Allah. Ibu doa banyak-banyak yang ibu akan bersalin esoknya. Alhamdulillah, malam raya haji tu pecah ketuban di rumah and segera ke hospital sampai terlupa dah nak mandi dulu ke nak pakai pad ke semua tak ingat. kalut pergi hospital ingatkan boleh terus beranak Hahaha pengaruh drama sangat. Pecah ketuban pukul 10.30 malam, sampai hospital pukul 10.50 malam.
Masuk saringan cek CTG, contraction dah ada tapi tak kuat, and cek jalan baru bukak 1 cm je alaaaaaa. suami tunggu je kat luar, masa ni tak ada standby apape pun macam kurma ke roti ke, tak ingat langsung kalut punya pasal. cuma bawak sebotol air mineral je, mujur malam tu dah dinner la lepas isyak. jadi tak la lapar sangat.
Jam 2 pagi cek jalan lagi tapi baru 2cm padahal contraction dah kerap jugak la 10 minit sekali. Doktor yang bertugas malam tu suruh nurse bawak ibu masuk LR, ketuban dah pecah tak boleh tunggu lama takut jangkitan kuman, ok masa ni dah berpisah teruslah dengan husband, untuk makluman husband tak boleh masuk LR sebba tak attend kursus. kursus ni wajib pergi kalau kat Hospital Muar.
Jadi ibu berseorangan lah dalam LR tu. Alhamdulillah malam tu semua staf perempuan yang handle dari awal sampai habis. takde sorang pun staf lelaki. doctor pun semua perempuan. rezeki ibu Azzam. dah pukul 3pagi, cek jalan masih 2cm lagi aduhai tapi sakitnya contraction tu Allah je yang tahu, terimbau segala dosa, mengucap, zikir tak henti, mana tahu malam tu malam terakhir hidup kat dunia, syahid melahirkan anak. pukul 4 pagi doc decide ibu kena masuk ubat, induce drip untuk cepatkan bukaan. lepas masuk ubat, makin kerap contraction. macam selang satu minit. doc kata ibu kena teran slow-slow bila contraction datang.
jam 5 pagi, masa ni dah tak keruan sangat sangat. sakit satu hal. tenaga pun dah habis rasanya. letih gila layan contraction. panggil nurse mintak cek bawah. merayu sangat sebab macam nak terberanak sangat dah rasanya, sekali nurse cek dia kata rambut baby dah nampak, wahhhhh.. Alhamdulillah yea dah boleh beranak sekarang. Go go.
seingat ibu yang ada dalam LR untuk sambut Azzam masa ni ada staf nurse sorang, sister 2 orang and sorang doctor. 2 orang sister tu memang sangat membantu. masa contraction datang tu kena teran, sebelum teran kena tarik nafas dalam-dalam. tapi ibu maybe 1st time kan tak pandai sangat, doc gunting sikit and suruh ibu teran lagi. lepas 5x teran barulah baby keluar meluncur laju, dengan uri pun follow keluar sama. tepat jam 5.35pagi, anak ibu selamat dilahirkan. jantina BOY. syukur rahmat Allah, Azzam lahir beberapa minit sebelum azan Subuh pagi Hari Raya Haji.
Lepas bersalin, ibu direhatkan, Azzam dibawa ke tempat lain untuk dibersihkan dan divaksin. Ibu terus terima jahitan yang makan masa sejam. Sakit jahit memang sakit tapi sebba badan dah terlalu letih penat tak ada tenaga so sakit pun dah tak mampu dilawan lagi. redha pasrah menyerah je jerit pun slow slow je masa doc masuk jarum and ketatkan jahitan.
Muhammad Azzam Ashraf di hari pertama melihat dunia. Azzam sepet sangat masa baru lahir, sangat macam anak cina. rambut lebat halus. kulot cerah kemerahan. Ya Allah pertama kali tengok Azzam memang rasa macam nak nangis. perasaan berbaur gembira terharu besar sangat kasih sayang dan rahmat Allah mengurniakan zuriat untuk ibu dan abah.
ni gambar ibu dengan adik-adik diorang datang masa melawat. Azzam budak baik, tak nangis sangat, walaupun ibu belum dapat susukan Azzam siang tu. Ibu ditransfer ke wad lebih kurang jam 8 pagi. masa ni barulah dapat jumpa husband masa nurse sorong kerusi roda keluar dari Bilik Bersalin. kesian suami tunggu dari malam tadi sampai ke pagi. diorang beraya ke hospital jela hahaha.
Alhamdulillah hari kedua ibu pun dah boleh discaj dari hospital. kos bersalin ibu pun taktau berapa sebab ibu pakai GL je, duduk wad kelas 2, bermalam sehari sahaja. Azzam takde kuning so lepas Azzam dah berak kencing n doc pakar kanak-kanak cek Azzam okay tak ada masalah. so ibu bolehlah keluar dari hospital pada 13/09/2016.
pengalaman bermalam di hospital? ibu memang tak tidur langsung pun, peluk anak and susukan anak je sepanjang malam. hehe. tak boleh tidur pun sebab sakit bawah kena jahit. kaki pun kepit je. lepas dah balik dari hospital bermulalah episode berpantang kali pertama untuk ibu. Alhamdulillah berpantang di rumah mak sendiri, mak sangat membantu. cerita berpantang kita cerita di lain entry ok.
p/s: sorry lah lambat update cerita beranak ni. anak dah 7 bulan pun. tapi memori tetap kekal segar dalam ingatan. fuhhh.
Comments