Posts

Showing posts from September, 2010

paling tinggi setakat ini

Image
sandal yang paling tinggi setakat hayat ini. sebenarnya aku tak suka sangat pakai yang tinggi, tak leh nak jalan lama. sudahlah aku ni jenis suka jalan sampai seharian. padahal sebenarnya aku nak post entry pasal lain. tapi itu topik memerlukan kupasan yang panjang lebar lagi bermaklumat. oleh sebab aku tak berapa nak senang atau lebih tepat lagi, macam terasa malas. maka. ini lah yang jadi.. entry rambang. bebel-bebel. patutnya esok hari aku present assignment, tapi lecturer menangguhkannya untuk memberi laluan kami study untuk test next Tuesday. bila ia ditangguh, itu yang jadinya hari ni aku macam melepak je.  assignment tersebut macam dah 80% siap. cuma kena topup sket-sket. cadangnya nak setelkan esok. atau lusa. InsyaAllah masih sempat. dan sepatutnya juga aku pindah rumah Ahad ni, tapi rumah baru kami tu elektrik belum ada. adei, tak paham la tuan rumah aku ni, hari tu bukan main suruh kami pindah, tiap-tiap pagi ketuk pintu umah aku cakap pasal kena pindah. then bila kami

Lelaki Sejati....?

Image
" ayang tak kira, walau macam manapun ayang nak jugak kat abang. " " tapi I dah tak ada hati kat You." " abang bohong! ni sebab mak abang kan? kenapa abang buat ayang macam ni. dah 3 tahun dah kita bersama" " boleh tak kalau kita tak ungkit lagi kisah 3 tahun tu, kita sekarang cakap pasal sekarang... I dah buat keputusan. kita tamatkan semuanya, kalau kita teruskan pun tak ada gunanya. I dah tak ada hati kat You lagi. " " tolonglah abang. tak apa kalau abang tak sukakan ayang lagi. ayang tak kisah. ayang cuma nak hidup dengan abang je.. tolong jangan tinggalkan ayang...." " You nak ke I kawen dengan You, tapi I tak cintakan You?.. You rela makan hati kalau kelak I tak pedulikan You. malah tak ambik tahu perasaan You?.." " ayang tak percaya..! abang cakap macam ni sebab mak abang dah ada calon lain untuk abang kan?.." " tolong jangan sebut pasal my mom boleh?. hal percintaan kita ni tak ad

kisah lucu di kaunter pembayaran

Image
kisah ni berlaku minggu lalu. masa aku keluar tengok wayang dengan Yati, aku pun ada singgah Carrefour kat MidValley tuh. ada la beli barang makanan sket. then masa kami nak buat pembayaran kat kaunter dia tu, macam ramai la gak customer lain. maka kami mestilah kena beratur kan. tiba-tiba tengah kami beratur tu, ada sorang minah gemuk ni (chinese), selamba badak je dia memotong barisan dan tanpa ragu-ragu mendahului kami. cis! orang lain semua penat-penat ambik barisan, kau sedap-sedap je bermuka tembok potong barisan. mentang-mentang la badan kau besar kau ingat kami takut ke, (errr, ni berbunyi secara bisik-bisik dengan Yati). sebabkan lama je beratur. kami pun panas je tengok muka minah ni. tak sudah kami membisik, "eei, tak malu la minah ni. dah biasa buat agaknya.mentang-mentang nak bayar 1 barang je. agak-agakla n bla.bla.bla... terus bisik-bisik tanda tak puas hati. pempuan tu pun macam ada pandang ke arah kami, tapi muka dia terus pamer rasa tak bersalah. Ewah-ewahhh!

cerita bergambar:- menghadiri rumah terbuka di Ampang..

Image
hari ini hari raya. eh. silap. hari ini hari beraya. atau lebih tepat lagi. hari makan sedunia. sebab ini lah satu-satunya peluang untuk kami sama-sama menghadiri rumah terbuka seorang rakan/junior course kami. Cik Dalilah. jadi akan ada banyak gambar. mungkin ini yang terakhir kami beraya bersama dengan title student, tahun depan mungkin beraya bersama suami masing-masing. Opsss! bertolak dari Stesen Universiti jam 11.30 pagi. masa itu cuaca masih elok. tetapi sampai saja di rumah Dalilah hampir 12.45 tengah hari. Hujan menderu turun dari langit. elok sangatlah tu. sampai pun terus boleh menjamu selera. kebetulan kami memang sangat lapar. tenaga dah jadi zero sebab bangun pukul 4 pagi memasak bihun goreng untuk 85 polisterin. masak 4 round. 1 round guna dua kuali. coz kami takde kuali besau.  ini untuk Biotech Club UM. ada karnival kat Pusat Sains Negara. our junior mintak tolong masakkan. n  macam tak sampai hati untuk say No. lagipun inilah last chance nak berbakti pada adik-

love like this..

Sometimes love is paining you. but it wont kill you.  you'll be just fine. lately, hidup aku macam begitu sibuk. a lot of things to do. nak packing barang nak pindah rumah Sabtu depan. nak prepare untuk presentation Environment Biotech next Thursday. petang ini masuk kerja. malamnya pulak kena siap-siap untuk gorong royong memasak bihun goreng untuk 80 orang. haa. bakal bersilat dengan 5 lagi rakan satu course yang lain, tentang ini. aku bakal bercerita lebih detail dengan gambar next time. esok. nak menghadiri rumah terbuka rakan di Ampang. dengan masa yang tak cukup-cukup ni. boleh lagi fikiran aku melayang kepada benda-benda remeh macam soal cinta. ini mungkin sebab lately kerap baca alkisah cinta orang lain. eii. meracuni fikiran gak ya. kalau nak ikutkan. aku kena insaf dari fikirkan benda-benda remeh camnih. banyak benda nak kena fokus terutama bila nak masuk bulan Oktober nih. semester dah nak berakhir. have to work hard. Chaiyok2!. 

alkisah menghadapi stranger jalanan yang menagih simpati..

salam sejahtera semua. entry kali ini, kita nak kasi cerita yang panjang. sebuah pengalaman yang mungkin boleh jadi pedoman. ok. sila baca sehingga tamat. kalau tak akan mengalami kesukaran penghadaman  pemahaman. ok. baca elok-elok. sebelum bercerita. nak tanya la. pernah kah anda sewaktu sedang ke mana-mana. berjalan-jalan di tempat pengangkutan awam selalunya. tetiba ada seseorang yang tidak dikenali cuba menghampiri anda. dan kemudian dia mula bercerita akan 'nasibnya'. ok. ini cerita Isnin lepas. tengah duduk-duduk. aku didatangi oleh seorang lelaki. macam lebih kurang baya aku. tapi dia panggil aku kakak. dia sehelai sepinggang je. takde bawak beg ke apa.. di tangannya tergenggam tiket LRT. ya. masa itu aku sedang menunggu LRT dari KL Central ke Stesen Universiti. mula-mula dia tanya "Dari sini boleh pergi UIA PJ ke?", aku cakap. mana ada lrt direct ke sana. kalau turun stesen U boleh la ambik bas ke sana.   then dia kata, dia bukan orang sini. dia dari Tere

menonton Step Up 3, feel dia memang rasa nak menari dalam panggung..

Image
ok. ini dia review sket tentang movie yang aku tonton malam semalam. yes. STEP UP 3. taktau pun kalau sebelum ni ada Step Up 1 or 2. tak kisah la kan. ini sebab ada orang suggestkan aku supaya tengok sendiri filem ni. katanya cerita ni cool dan smart habis. maka aku yang memang nak tengok wayang. terus tak fikir cerita lain. mahu tengok yang ini juga tak kira macam mana. semalam habis kerja pukul 3.30 petang. walaupun penat dan mengantuk. paginya jam 6.40 dah kena ada kat kedai. semalam adalah hari pertama aku kerja weekdays untuk after raya. dah lama dah tak rasa suasana 'busy gila' kat kedai kami. sebulan puasa b4 ni kurang sikit customer. dan semalam. memang rasa. sampai tak sempat tengok jam langsung. sampai kul 6.40pagi. sekali time tengok jam lagi sekali. eh. dah pukul 11 pagi. Fuh! balik rumah dulu. pukul 6 petang baru gerak ke MidValley. dengan Yati. sampai sana beli tiket dulu. Step Up 3 yang biasa. bukan 3D. (tak pandai tengok 3D nanti pening kepala, haha sian). RM

ur life partner is ur mirror.?

Image
ehem.ehem. nak cakap pasal cinta boleh? hehe. macam yang you all tau, aku sekarang kerja part time kat KL Central. tempat  aku kerja ni. kalau tak ramai customer, cam boleh rilex sket. sabtu ahad biasanya tak ramai orang. boleh la cuci mata tengok orang lalu lalang depan kedai aku tu. selalunya yang aku suka nak tengok. adalah couple-couple. sama ada couple tu makan kat kedai kami, atau mungkin mereka masuk kedai kami tapi tak jadi order. haha. well, bila tengok diorang kan. aku selalu punya pendapat tersendiri. macam tadi. ada couple tu. aku rasa diorang macam cermin. maksudnya. aku tengok si bf tu macam si gf. diorang dua macam sama. saiz yang sama. warna kulit yang sama. senyuman yang sama. Aaaaa. macam lebih dari sekadar sepadan . boleh paham tak maksud aku? pakcik aku yang baru kawen bulan Julai lepas pun aku rasa macam tu. bila tengok diorang, rasa macam both of them memantulkan imej serupa. macam dalam cermin. lemah lembut tutur bicara diorang. senyum manis tanpa suara dio

never say goodbye..

Image
rakan sekerja yg best!.. sayangnya, kita akan berpisah juga. satu hari nanti. I miss You. Naeimah. masakan kamu, terutamanya. =)   malam ini. syahdu. rindu. menghantar pergi seorang rakan serumah dengan ekor mata. yang dahulunya lima. kini tinggal empat sahaja. pun begitu, kenangan kita bersama. tetap tersimpan kemas dalam ingatan. kita semua akan meniti dewasa. maka selama mana jua. kita semua kekal bersama? kawan sekampus, kawan serumah, kawan sekerja. kawan nangis tawa, perhubungan kita ini. utuh bertahan biarpun suatu hari nanti ada jarak memisahkan. Ya. harinya akan tiba. dimana kita sama-sama akan meninggalkan kampus. meninggalkan rakan serumah, dan juga rakan sekerja. tak pernah sekali terlintas. untuk menamatkan apa jua yang pernah kita mulakan. persahabatan dan semua perkongsian kita selama ini tidak akan pernah berakhir. suatu hari nanti, kita akan bertemu lagi. berkongsi tawa lagi. p/s: kamu kamu yang membaca. kita juga kawan. sampai bila-bila!

Google menjuarai carta dan trafik sesat dari Bulgaria?

Image
itu dia Encik Google. juara carta. eh!. site url yang tersenarai tu semuanya blog lelaki nampaknya. haha. Mekasih ya abang-abang handsome di alam blog. =) Bulgaria tu negara apa?.. muahaha. mungkin pembaca dari South Korea itu adalah Kim Hyun Joong. haa. perasan! p/s: dah sampai KL jam 9 malam tadi. berseorangan di rumah malam ini. esok kerja. lusa pun kerja. errr. tak online seminggu dah ketinggalan banyak berita sensasi. eh. selamat berbahagia la kepada yang di Moscow n Washington tu. hehe.

eh. raya dah habis ek?

inilah dia yang tak berapa bestnya bila balik kampung berhari raya. masa berlalu macam sekejap sangat. bukan ke baru hari tu 1 Syawal. ni dah 8 Syawal. alahai. ini aku kat rumah. kat Labis, Johor.hari tu raya boleh tahan la meriah. sebab jumpa ramai sedara-mara kan. nak citer panjang tunggu aku balik KL la petang nanti. ini guna broadband jiran sangat la slow. raya tetap best. sebab tahun ni still gak ada menerima duit raya. campur semua adalah cecah 70 ringgit. walaupun dah tua-tua begini. ada gak yang sudi menghulur. mekasihhhh! lama dah tak update blog. seminggu lebih dah. memang takde connection internet. so macam berehat la dari online blog mahupun facebook. tadi tengok visitors kat Nuffnang. still orait lagi. B.E pun, still run lagi. Alhamdulillah. Thank You semua. sebenarnya nak upload gambar raya. tapi tenet slow sangat. takleh upload. tunggu malam nanti ok. untuk itu. kita bersurai disini dahulu. kembali bersiaran secara normal menjelang malam ini. siaran normal tu maksud

ini benar-benar BALIK KAMPUNG TUK RAYA!

Alhamdulillah. Raya tetap hari Jumaat. kalau tak menangis la aku kat KL nih. haha. tak sangka. tahun ni aku berjaya pulang dengan kadar terpaling lewat. biasanya sempat la puasa 2-3 hari kat umah mak kat Johor. tapi tahun ni. betul-betul aku balik sehari sebelum raya. yes! esok (Khamis). baru aku balik Johor.  terus balik ke kampung mak abah di Muar. sempat berbuka jela kat sana. sahur tetap kat KL gak. ok la kan. tahun ini. pertama kali beraya tanpa atuk abah. atuk meninggal November tahun lepas sebab sakit tua. dan tentunya feel beraya kali ni lain. mesti lepas solat Hari Raya kami akan ziarah pusara arwah atuk. dan bacakan surah Yasin tuk arwah.moda Arwah tenang di sana. Amin. oh ya! tahun ini... akan kah dapat duit raya lagi? yep. aku memang dah kerja. tapi aku masih jugak belajar. maka kiranya aku tetap layak dapat duit raya jugak kan? ala.. gaji keja part time ni cuma lepas belanja makan, tambang, n sewa umah je. errr. lepas la gak nak shopping raya. tu pun kena berbelanja ke

say sorry?.. mimpi lah!

Owhh! bintang-bintang di kediamanku di KL ni dah lama pulang ke kampung halaman masing-masing. sejak Sabtu lalu rumah sewa ini begitu sunyi. tiada hilai tawa. tiada bunyi televisyen, tiada berasap dapur. yela. duk sorang kat umah ni mana nak masak. masak sendiri makan sendiri buat membazir gas je. sebenarnya berat tulang. baik mengaku. tak elok wat statement palsu. :p dah dua hari berbuka tanpa nasik. berbuka puasa minum air je. hanya dapat makan jam 9.30 malam. biasalah. kerja sektor F&B memang macam ni. layan orang berbuka puasa lebih utama. layan customer kerek?. ampun.! lalalala. nak gelak jap. Hahaha! ini tadi time buka puasa kat kedai kami lah. time nak dekat bukak puasa pukul 7 lebih tu. time tu lah 'perkakas' yang tak puasa (nonmuslim) pun menyibuk nak order. kalah orang yang berpuasa. untuk pengetahuan. kedai kami bukannya kedai fast food macam mekdi atau kfc ok. tapi banyak customer salah faham. nak order je terus dapat. ewahhh! cantik sket eh. berbalik pada c

Noktah Cinta.

aku selalu berharap. agar masa boleh diputar kembali. supaya saat itu. aku bisa mengubah keputusanku. betapa menerima kamu, adalah penyesalan terbesar dalam episod hidup ini. kenapa ya. wujudnya insan sekejam kamu dalam dunia ini. aku tahu. yang namanya manusia itu. adalah hambaNya yang seringkali di uji. aku tak harap luka ini terubat. izinkan aku untuk terus membenci. walhal aku bukanlah seorang pendendam. banyak yang datang, dan mereka pergi. maafkan aku. kerana tulusku suatu ketika dulu. tiada bersisa lagi. terima kasih kepada kamu.  walau apa pun. aku tidak sepi sendiri. kerana begitu ramai di arena ini. TEmAn SEjAtI. limpahan kasih sayang buat kamu, mengikuti aku tanpa jemu. Lebaran ini, bukankah begitu beerti.. bagi yang mensyukuri luasnya nikmat ILAHI. p/s: salam Aidilfitri buat anda semua. saya sayang anda banyak sekali!

mengapa mengharap orang lain beri bahagia?

Image
banyak kali aku tengok, manusia yang begitu berharap bahawa akan ada seseorang yang akan memberikan bahagia dalam hidupnya. menjadi cahaya menerangi hatinya. memberi sinaran dalam hidupnya. sama ada terbaca kisah cinta artis, mahupun kisah cinta penulis blog. adakah kerana sukar benar peroleh bahagia dengan diri sendiri.? membaca entry saudara Ariff Shah, pada link http://ariffshah.com/grant-me-three-wishes/ aku agak tertarik dengan entry beliau kali ini. tapi aku lebih tertarik kepada jawapan/respon yang diterima dalam entry tersebut. membaca wishes mereka. ada point seperti yang aku utarakan di sini. point 'mengharap orang lain beri bahagia'. aku suka point ketiga Ariff Shah. dalam entry tersebut:- A Girl That I Love Till I Die:- "Susah sebenarnya nak cari orang yang kita boleh cintai sampai mati". lebih tepat lagi. susah sebenarnya nak berikan seseorang kebahagiaan hingga hujung nyawanya. this is Ariff's wish. berharap bahwa dia sendiri boleh

Playfull Kiss

Image
satu lagi drama bersiri korea terbaru yang dibintangi oleh Kim Hyun Joong (my bro). errr. tak tau la cerita ni best ke tak sebab aku sendiri pun belum menontonnya, baru saja launch. tapi bukan di Malaysia. dah mula ditayangkan di Korea Selatan sejak September ini. dikatakan bahawa drama ini adaptasi daripada manga Jepun. dan sebelum ini juga sudah ada jalan cerita yang sama dalam versi Jepun dan Taiwan. so kali ini ia datang dalam versi korean drama. bergenrekan romantik zaman sekolah. heroin nya adalah Jung So Min. yang mana aku pun macam tak kenal siapa dia. tapi pastinya aku akan tonton cerita ini kelak sebab ada abang Kim Hyun Joong yang handsome tu. Muahaha! Drama korea terakhir yang aku tonton sebelum ini adalah lakonan Lee Min Ho dalam cerita Personal Taste. best tengok Lee Min Ho berlakon tanpa curly hair. ermm. mungkin sebab aku minat abang-abang Boys Over Flowers maka macam teruja nak tonton lakonan diorang dalam drama korea yang lain pulak. kalau Koo Hye Sun pun ada berlak

memasang pelita. tradisi yang kian luput.

Image
salah satu perkara tentang menjelang hari raya yang menjadi kegemaran aku sejak kecik adalah bila mana dapat melihat nyalaan pelita yang bersusun-susun berderet-deret di semua halaman rumah setiap penduduk kampung. Ya. hanya di kampung saja dapat melihat yang demikian. di Kuala Lumpur seperti biasa. hanya nyalaan lampu jalan menerangi malam. kurang syiokk! that is y. I love kampung very much. tapi sayang. kampung hanya sinonim dengan Hari Raya sahaja. nasib baik juga ada Hari Raya. kalau tak tentu kita akan terus melupakan kampung. Kasihan kampung. :p dulu masa sekolah menengah, satu-satunya adik lelaki dalam famili aku akan excited lebih bab pasang pelita. sibuk dia cari kayu nak pacakkan atas tanah. sibuk beli pelita, beli stok minyak tanah. nanti lepas buka puasa. pelita dah siap pasang dah. saja seronok tengok nyalaan pelita. rumah orang lain ada maka rumah kita pun nak ada jugak. tapi sekarang adik lelaki aku dah malas dah. paling rajin. beli lampu kelap-kelip tu pasang kat si

telatah budak demam..sila jangan gelak.!

Image
2 September. demam tu macam dah orait. tapi selsema ni bikin rimas. jadinya demam itu masih bersisa. tapi sisa demam ni jangan dilayan sangat. nanti makin melarat. hidup perlu terus. nak makan mee maggi makan. nak online FB online. nak study?.. Ops, orang demam mana larat study. ceh! diskriminasi di situ. banyak cantik muka diaaa! walaupun tak cantik, nak tayang jugak muka. mari lihat ia. satu demi satu:- testing, 1..2..3..   try kenyit mata.. ok. tak cute!!   hurmm! nak buat gaya apa nihh? ok. promote kuih raya lah. Butter Cookies. 20ringgit sebalang. boleh dapatkan di Swiss Oven KL Central. sumpah sedap!.. err. empunya mata tu. tak jual ehhh! :p   sebenarnya gambar-gambar dirakam setelah wajah disolek dengan alat make-up diatas. ini bukan iklan berbayar. tapi hanya telatah seorang budak yang mensisakan demamnya.! p/s: IN2IT. pilihan saya.!! yeah. bunyi tetap macam sejenis iklan bukan?.. jangan gelak plezz... :p

kalaulah boleh dapat m.c hari ini..

pagi 1 September. awal bulan baru yang tak berapa cantik. sebab kondisi kesihatan yang merudum sebab diserang demam selsema. ni gara-gara kehujanan time balik kerja Isnin lalu. sebabkan penat sangat kerja, walaupun dah kena hujan, sampai umah terus bantai tido 3jam. haaa. sebab lewat mandi. esok paginya. tekak mula sakit, kepala mula pening. badan lemah je. errr. pastu asyik terfikir. larat ke tak nak teruskan puasa. sampai la jam 5 petang. masih fikir nak puasa ke tak. nak puasa ke tak. akhirnya semalam berjaya meneruskan ibadah puasa. walaupun badan memang dah lemah gila. start malam tadi, selsema dah datang. Arghhh! sakit yang diundang. kalaulah balik rumah semalam terus pi mandi tiadalah akan bersusah begini. errrrr. hari ini ada lab. sungguh macam tak larat gila-gila. macam kepala otak tak boleh berfungsi sangat. tapi lab ni sangat penting. antara hidup dan mati. sebab lab hari ini akan ada praktikal test. dan yang paling penting. lab petang ni giliran aku buat lab report. Ishh.