Monday, September 6, 2010

mengapa mengharap orang lain beri bahagia?








banyak kali aku tengok, manusia yang begitu berharap bahawa akan ada seseorang yang akan memberikan bahagia dalam hidupnya. menjadi cahaya menerangi hatinya. memberi sinaran dalam hidupnya. sama ada terbaca kisah cinta artis, mahupun kisah cinta penulis blog. adakah kerana sukar benar peroleh bahagia dengan diri sendiri.?

membaca entry saudara Ariff Shah, pada link http://ariffshah.com/grant-me-three-wishes/

aku agak tertarik dengan entry beliau kali ini. tapi aku lebih tertarik kepada jawapan/respon yang diterima dalam entry tersebut. membaca wishes mereka. ada point seperti yang aku utarakan di sini. point 'mengharap orang lain beri bahagia'.

aku suka point ketiga Ariff Shah. dalam entry tersebut:-


A Girl That I Love Till I Die:-

"Susah sebenarnya nak cari orang yang kita boleh cintai sampai mati".

lebih tepat lagi. susah sebenarnya nak berikan seseorang kebahagiaan hingga hujung nyawanya. this is Ariff's wish. berharap bahwa dia sendiri boleh berikan bahagia itu untuk seseorang sampai nafas terakhir. mungkin bimbang, takut-takut diri tak boleh grant that wish. nampak tak. satu harapan yang dia sendiri boleh berusaha ke arah itu

cuba kita tukar ayat:-

A Girl That Love Me Till I Die

contoh ada, aku print screen salah satu respon pembaca di sana, ampun ya kepada penulis komen ni. aku hanya buat contoh sahaja. takda niat lain.





contoh di atas. harapan yang mengharap kepada usaha orang lain. yang sudah tentunya tak ada gerenti. ada bezakan?


bila bercakap tentang kehendak dan harapan. selalunya kita berkehendak dan berharap tentang 'apa yang patut kita terima'. jarang sekali kita memikirkan, apa yang boleh kita usahakan sendiri? teutama dalam aspek percintaan. mungkin sebab banyak sangat pengaruh novel atau drama. (gadis kampung yang tiada apa-apa istimewa tiba-tiba dicintai separuh nyawa oleh jejaka kaya, handsome, penyayang and so on.)


dan kemudian, kita berharap. si dia mampu menanggung makan minum kita, mampu bimbing kita hingga ke syurga. mencintai kita sampai mati. setia bersama kita walau badai melanda. and so on. sampai kita jadi lupa. semua harapan kita itu. tiada satu pun bahagian yang 'kita beri'.


sekiranya bagi anda pembaca yang sudah bertunang/berkahwin. apa ada dalam doa anda sehari-hari?. adakah berdoa supaya pasangan anda setia kepada anda sampai mati. atau berdoa moga anda terus setia dengan pasangan anda sampai mati.


pada aku. aku mahu bahagia tanpa sebarang syarat. bukan semestinya jika aku dah berpasangan maka barulah aku akan bahagia. bukan semestinya lepas kawen baru aku rasa bahagia. TIDAK!. bahagianya aku tanpa apa-apa syarat. bukan rasa bahagia dengan syarat aku mesti kaya raya. itu juga tidak. aku yakin bahawa bahagia itu milik Allah. Dia beri kita kebahagiaan dengan apa jua cara yang berbeza-beza.


bukanlah maksud aku. aku tak kisah langsung kalau pasangan aku kelak (kalau ada) benar-benar cinta setia pada aku ke tidak. bukan bermaksud aku tak kisah kalau dia curang ke apa. jangan salah faham. ini sebenarnya hanyalah bermaksud seandainya memang aku akan mendapatinya satu hari nanti maka aku bersyukur. dan kalau memang tiada. kehidupan tetap terus. dan aku tetap berhak bahagia.


the idea of this entry. originally come from me. and credit to Ariff Shah atas contoh-contoh sesuai. :p


14 comments:

molmolla said...

aigoooooo~ :D
tersenyum baca entry ni..
hehehehe.

Mr K said...

Like this

yaya said...

i really2 fall in lov with ur taughts.
haha

Nadya ©™ said...

Woww..sangat terkesan membaca entry ini..lepas ni kena betulkan niat..:)

Btw,this is my first time leave komen kat sini..salam perkenalan

s h a f i q h a s h i m _____ said...

interesting :)

nurain said...

omo!

love ur words..

tapi bila difikir2 balik, nak dapat apa yang kita inginkan memang susah untu dapat 100%,dats y kite kena sentiasa bersyukur.kan sayam?

hanafijaafar said...

AWAS, KOMEN SERIUS!

aku sgt setuju dgn ko cik sarah. orang zaman sekarang terlalu terpengaruh dengan novel dan drama sampai aku rase novel dan drama patut kena haram pun ada.

apa yang kita usahakan untuk kebahagiaan? kalau setakat mengharap semuanya datang sendiri, akan jadi kes TAKEN FOR GRANTED sebab tak pernah rase susah payah nak mencari kebahagiaan. bila kita dah rasa kita ada usaha, barulah kita ada follow-up untuk pertahankan pulak.

aku benci novel tipikal melayu yang meracuni pemikiran orang melayu perlahan-lahan. orang cakap jodoh tu datang sendiri? tak pernah pikir ke apa yang patut dibuat untuk buat jodoh tu datang dan kekal....

komen serius ini ditaja oleh aku, hanafijaafar. aku cakap dari pengalaman baik dan buruk yg aku pnah kena....

Kazen said...

salam kunjungn jom tgok "Hadiah Hari Raya Buat Blogger"

Encik Tikus said...

kadang2 kebahagiaan tak semestinya di capai melalui sebuah pertalian. kadang2 yang single-mingle pun bahgia dgn hidup diorang. ;)

idasm said...

ye.. bahagia dlm apa cara sekalipun... kita mmg berhak...

selamat berbahagia...

salam ceria dr saya....

kodok hijau the ghost writer said...

sarah selamat hari dan mintaa maap k

hans said...

yups
betul lah tu

P/S : Berkenaan Penarikan Balik Iklan Raya TV3

yebbit + . + said...

shomel nyeee. sukeeeeeeeeeeeeeeee

Farihah Ahmad said...

nice thought :)