Monday, September 27, 2010

kisah lucu di kaunter pembayaran


kisah ni berlaku minggu lalu. masa aku keluar tengok wayang dengan Yati, aku pun ada singgah Carrefour kat MidValley tuh. ada la beli barang makanan sket. then masa kami nak buat pembayaran kat kaunter dia tu, macam ramai la gak customer lain. maka kami mestilah kena beratur kan. tiba-tiba tengah kami beratur tu, ada sorang minah gemuk ni (chinese), selamba badak je dia memotong barisan dan tanpa ragu-ragu mendahului kami.

cis! orang lain semua penat-penat ambik barisan, kau sedap-sedap je bermuka tembok potong barisan. mentang-mentang la badan kau besar kau ingat kami takut ke, (errr, ni berbunyi secara bisik-bisik dengan Yati). sebabkan lama je beratur. kami pun panas je tengok muka minah ni. tak sudah kami membisik, "eei, tak malu la minah ni. dah biasa buat agaknya.mentang-mentang nak bayar 1 barang je. agak-agakla n bla.bla.bla... terus bisik-bisik tanda tak puas hati.

pempuan tu pun macam ada pandang ke arah kami, tapi muka dia terus pamer rasa tak bersalah. Ewah-ewahhh! cantiknya perangai..!!

then tiba-tiba, masa customer lelaki kat depan minah ni bayar barang dia yang sebakul tu, dia pun letak barang dia yang satu tu sekali. Eh! aku dan Yati berpandangan sesama sendiri. alamak! malunya. malunya..! rupanya minah ni girlfriend pak arab kat depan dia la. laaa. apasal dari tadi duk jauh je. apasal dari tadi tak letak barang dia yang satu tu dalam bakul laki tu. apasal dari tadi depa dua takde bercakap satu sama lain. apasal minah cina ni bercinta ngan pak arab? mana la kami nak tau.kan kami dah tersalah paham.

walaupun kami tau yang kami tersalah paham. tapi kami tetap gelak-gelak. gelakkan perangai kami berdua yang tak senonoh ni. haa. itulah. kan dah malu. Yati plak boleh cakap sambil-sambil. "Oh, bf rupanya, sorila sampai tersalah paham..".. wakaka!! aku plak tak habis-habis nak gelak. apasal la kelakar sangat aku rasa. penat aku bebel ngan Yati tak puas hati dari tadi. Cis!

mungkin minah tu sengaja pada awalnya duk jauh-jauh ngan bf dia demi mengenakan kami. haaa. itulah yang ada dalam fikiran aku. sebab biasanya kalau couple. mesti akan mengendeng-ngendeng melekat kat pakwe dia kan. lagipun sorang chinese sorang cam pak arab. mana tak kami ingat mereka tiada kaitan. wahahah!.. gelak lagi bila teringat kisah lucu nih. Lol..




Yati, rakan sejawat. tapi dia nak resign dah.


lain kali aku taknak serkap jarang lagi kalau ada sesapa potong barisan time nak bayar. sebab dah termalu dengan kejadian ini. nasib baik juga kami cuma bisik-bisik. cuba kalau aku terus sound dia. tak ke ia lebih memalukan lagi? kahkah!!




10 comments:

♥CIK SHA♥ said...

hahaha..lawak2..kalau saye pun mesti membebel2 kalau ade orang potong q mcm tu..

Hali3isa a.k.a L3ha : SSA said...

hik3. rupanya bf dy dha kat depan~ hahahahahaha. ish3. patut la minah cina tu pndng awak dan kawan awak takde rasa bersalah punya~ hehehhe.

Darkbatman said...

hahaa.. nasib baik dia x kuarkan buku lima.. mau korg demam sebulan..hahaa..

Amir said...

haha. kelakar. kalau kena kt aku pun, aku malu. :D tebalkan muka je la.

joegrimjow said...

ekeke
:)

maza said...

kuikuikui....

nasib baik minah cina itew tak panas lalu serkop korang berdua.. hehehe

good experience sis.. wakakaka

PEJUANG KESENIAN EXTREME said...

Nasib korang tak berkata apa..tpi klu aq,mau minah tu kena sound x tentu pasal..dan mau juga aq malu kat situ keh3..

gadisBunga said...

salam singgah...
lain kali cuba korang buat mcm tu...saje nk dgr ape soksek soksek org belakang...mesti kelakar kan?

Queen said...

ahaha..sabar jela kan..

yAtiE said...

hahahaha mmg glew...1 mlm je mcm2 hal jdi kt kte kan huk3