Friday, September 17, 2010

eh. raya dah habis ek?


inilah dia yang tak berapa bestnya bila balik kampung berhari raya. masa berlalu macam sekejap sangat. bukan ke baru hari tu 1 Syawal. ni dah 8 Syawal. alahai.

ini aku kat rumah. kat Labis, Johor.hari tu raya boleh tahan la meriah. sebab jumpa ramai sedara-mara kan. nak citer panjang tunggu aku balik KL la petang nanti. ini guna broadband jiran sangat la slow.

raya tetap best. sebab tahun ni still gak ada menerima duit raya. campur semua adalah cecah 70 ringgit. walaupun dah tua-tua begini. ada gak yang sudi menghulur. mekasihhhh!

lama dah tak update blog. seminggu lebih dah. memang takde connection internet. so macam berehat la dari online blog mahupun facebook. tadi tengok visitors kat Nuffnang. still orait lagi. B.E pun, still run lagi. Alhamdulillah. Thank You semua.

sebenarnya nak upload gambar raya. tapi tenet slow sangat. takleh upload. tunggu malam nanti ok. untuk itu. kita bersurai disini dahulu. kembali bersiaran secara normal menjelang malam ini. siaran normal tu maksudnya. update setiap hari lah. heheh!



 

1 comment:

Ery Farieha said...

sara!

nak duit raya

ahahaha