Thursday, September 30, 2010

paling tinggi setakat ini


sandal yang paling tinggi setakat hayat ini. sebenarnya aku tak suka sangat pakai yang tinggi, tak leh nak jalan lama. sudahlah aku ni jenis suka jalan sampai seharian.


padahal sebenarnya aku nak post entry pasal lain. tapi itu topik memerlukan kupasan yang panjang lebar lagi bermaklumat. oleh sebab aku tak berapa nak senang atau lebih tepat lagi, macam terasa malas. maka. ini lah yang jadi.. entry rambang. bebel-bebel.

patutnya esok hari aku present assignment, tapi lecturer menangguhkannya untuk memberi laluan kami study untuk test next Tuesday. bila ia ditangguh, itu yang jadinya hari ni aku macam melepak je.  assignment tersebut macam dah 80% siap. cuma kena topup sket-sket. cadangnya nak setelkan esok. atau lusa. InsyaAllah masih sempat.

dan sepatutnya juga aku pindah rumah Ahad ni, tapi rumah baru kami tu elektrik belum ada. adei, tak paham la tuan rumah aku ni, hari tu bukan main suruh kami pindah, tiap-tiap pagi ketuk pintu umah aku cakap pasal kena pindah. then bila kami nak pindah rumah pulak tak setel lagi. kalau dia setelkan rumah tu awal-awal kan senang. bikin panas betul la. bukannya apa, makin tangguh makin susah kami nak arrange benda lain. tau jelah, minggu-minggu terakhir ni, banyak benda nak setel, lab report, presentation, test, aku cuma taknak acara pindah rumah tu menganggu life aku, ingat pindah rumah ni tak penat ke. seminggu pun belum tentu hilang penat.

tengah-tengah menaip ni, tangan duk raba kulit muka yang ada tanda-tanda nak munculnya jerawat, haaa. yang ni pun tak kurang annoying jugak nih. 





aku memang tak tinggi.



nampaknya jodoh aku untuk bekerja kat Swiss Oven ni makin panjang. belum decide nak berhenti, atau dengan kata lain, mungkin tidak berhenti sehinggalah benar-benar mendapat kerja lain yang lebih berbaloi. berbaloi itu bukan hanya refer pada gaji. tapi pada semuanya. termasuk tahap fleksibelnya masa untuk pekerjaan tu. aku suka kerja kat sini, sebab ianya ikut jadual aku. sebabkan bawah title part time, aku boleh bercuti tanpa gaji bila-bila masa. termasuk lah bila aku busy dengan assignment mahupun test.

sebenarnya aku dah jatuh hati dalam sektor F & B ni. aku anggap ini ilmu dan pengalaman yang berharga. walau kadangkala ada pahit manisnya. just kena ingat. semua bidang kerja ada stress dia. memang bukan mudah nak cari rezeki yang halal. dan bukan mudah nak usaha di jalan yang benar. bukan ke ramai orang boleh buat duit, tapi berapa ramai yang duitnya dari sumber yang halal? Log In Fb dapat RM100?..Infinity Downline klik-klik dapat duit? jangan berkhayal please..!

oklah. dah lewat ni, aku ada kelas esok pagi. Nite All..=))

6 comments:

Bro Framestone said...

sarah mmg xtgi pun... tp comey huhuh

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

hasni said...

swiss oven
ok la tmpt tu
not bad la
balik kerja je ada cerita nak dibualkan
yedak
haha

beautiful_rose said...

tak kisah kerja kat mana2 pun
janji rezeki halal dan tak memeningkan sudah...

♥CIK SHA♥ said...

betul tu..kerja apa2 pun ada stress dia..yang penting mcm mana kita face n handle stress tu..^_^

Redbloodsnow said...

psstt...zie pnah pakai heels 7 inci taw..hiksss :D

nursarah puteri biru said...

@Bro Framestone
mana ada comei. ekeke

@hasni
dibualkan atau dingumpatkan?. haha

@beautiful_rose
kadang2 memeningkan gak. tahan je

@cik Sha
betul3!. keje suri rumah pun stress. hehe

@redbloodsnow
fulamak 7 inci tergolek la den. hihi