Posts

Showing posts from January, 2013

Januari 2013

Tanggal 10 Januari 2013. sebenarnya tarikh ulangtahun perkahwinan mak abah yang ke-28. tapi pada kali ini, ia juga menjadi tarikh sedih buat ahli keluarga besar abah, iaitu pergi tak kembalinya arwah nenek (mak kepada abah) kerana sakit tua. kronologi kisah kepergian arwah nenek berlaku dengan sangat pantas. arwah mula kurang selera makan sejak sebulan lalu. makan dengan sangat sedikit. sentiasa tak lalu makan dan makan sebab terpaksa. padahal sebelum tu arwah nenek memang kuat makan. nenek jugak sangat pendiam, sedangkan sebelum tu arwah memang sangat suka bercerita tentang macam-macam perkara, tapi kebanyakan kami ingat perkara tu adalah biasa sebab nenek dah tua. rupanya itu memang petanda awal yang nenek akan pergi untuk selama-lamanya. cuti New Year yang lalu, adalah kali terakhir aku dapat jumpa arwah nenek, masa tu arwah masih mampu lagi nak ke bilik air sendiri walaupun dengan merangkak. nenek memang dah tak boleh berjalan sejak bulan puasa tahun lepas. arwah nenek tak