Sunday, December 21, 2014

makanan sahaja.


entry untuk update blog yang tidak ada tujuan tertentu, hanya saja-saja. jom tengok makanan.



maggi kari pujaan setiap hujung bulan. stok wajib ada di rumah. boleh disantap bila malas nak carik makanan kat luar. tapi tak boleh di makan selalu. 



nasi lemak murah dan sedap, food court presint 11 Putrajaya. makan kat sini seminggu 3-4 kali. menu bajet tapi mengenyangkan. 




kuey teaw sup. food court presint 11 jugak. cuma 4 ringgit. juga menu bajet dan menu diet kalau  taknak makan nasik kengkonon.



nasik goreng Teh Tarik Place IOI City Mall. pilih tempat ini sebab nak cari nasik and menu orang melayu. tekak orang kampung biasalah. 



nasik lemak Teh Tarik Place. nasik lemak dah okay tapi ayam macam overcook. macam hangus ke apa tah. tapi habis licin jugak.



siakap 3 rasa. masa ni open table kat Bangi. ada orang belanja makan beramai-ramai. benda free mestilah sedap. 



nasi ayam penyet foodcourt presint 11 putrajaya. sambal dia sedap sampai mintak extra sambal. RM7.  sekali makan boleh kenyang sampai malam. berbaloi-baloi.



menu biasa nasik goreng kampung and nasik putih daging masak merah, food court presint 8 Putrajaya. 


sate ayam dan sate daging, kat Ramai Seefood Presint 15, yang dekat dengan banyak2 carwash. kedai ni bukak 6 pm to 1 am je. 





teh o ais pun nak masuk dalam blog. teh o ais minuman fevret time makan. macam complete lah kalau makan-makan then minum teh o ais.



nasik putih + ikan bilis goreng + telur mata kerbau + kicap + cili potong.
ini menu home made yang tipulah siap tak reti nak sediakan.


Alhamdulillah. sebenarnya benda yang aku selalu makan ni benda yang sama je selalunya. tak ada yang pelik-pelik sangat pun. 





sekian saja entry makanan untuk kali ini. Alhamdulillah.





Friday, October 17, 2014

Tabungan 2014.




hasil tabungan dari Januari 2014.


Hi, Salam penjimatan berganda sempena akan berakhir 2014. tahun depan bulan April dah start GST. so semua dari kita tak kira miskin di bandar atau kaya di bandar atau miskin dan kaya di kampung atau di mana sahaja di Malaysia akan membayar lebih dan lebih untuk almost everything. No Money No Talk lah orang kata. tak ada duit kau diam situ.

perbelanjaan akan bertambah banyak, tapi gaji pun bertambah juga tapi tambahnya cuma sedikit. tak balance. memang ada hari kena berjimat sampai taktau nak jimat tang mana lagi. rasanya memang dah kurang sangat berjimba, tengok wayang pun 2 bulan sekali. off day pun stay at home tengok tv sampai akhirnya tv yang tengok aku. 

bukannya nak kaya raya harta melimpah ke tangga rumah, tapi nak survive untuk kehidupan. bukan hidup di kampung tetapi hidup di bandar. semua serba serbi kena tanggung sendiri, kalau ada lebih baru dapat tanggung orang lain (adik-beradik). kalau tak kuat hati memang tak tabah juga. tapi sebab hidup masih dikurniakan insan-insan kesayangan yang sangat penting, maka inilah dia perjuangan dalam kehidupan.bukan untuk menyenangkan diri sendiri tetapi untuk membahagiakan orang lain.


Jom Menabung.


Saturday, September 27, 2014

Disini lahirnya sebuah cinta..





Putrajaya adalah tempat paling best, yang pernah aku duduki. Putrajaya ada unsur air yang luas (tasik Putrajaya) dan susun atur pembangunan dan landskap yang cantik. Kalaulah diizinkan, Putrajaya adalah tempatnya aku pilih untuk habiskan masa bertahun membina sebuah kehidupan. InsyaAllah.

Sejak hijrah ke sini pada Januari 2012, dan hampir 3 tahun ini, Putrajaya adalah tempatnya lahirnya rasa aman, juga rasa cinta yang luarbiasa. di sini, pengangkutan awam (bas) hanya 50sen tambang. dan jika ada transport sendiri, berdepan traffic jam adalah hampir mustahil. jadi bagaimana untuk aku tidak jatuh cinta?






I hate crowd. pengalaman duduk KL suatu ketika dulu bagiku adalah sangat menguji sabar. kos yang tinggi. naik transport awam pun kena berebut, naik LRT pakai touch n go pun still have to queue. kadang kalau LRT penuh then you have to wait for the next train. sebelum sampai tempat kerja pun dah rasa penat yang satu macam. ini bukan complain tetapi ianya adalah perkara yang aku tidak mampu hadap setiap hari. aku tak suka. full stop.


'jika kita tidak suka akan sesuatu, ubah ia. jika tidak mampu mengubahnya, maka tinggalkan ia'.



bila kita tinggalkan sesuatu. jika kita sabar, ianya tidak akan sia-sia. kerana apabila tertutupnya satu pintu, akan terbuka pula pintu yang lainnya. yang lebih baik untuk kita. kita takkan pernah tahu apa yang telah ditentukan untuk kita di masa akan datang. Allah Maha Mengetahui. tidakkah kita sepatutnya yakin akan ketentuan dariNya?




bersambung..



Thursday, September 18, 2014

Hari Malaysia di Pantai PD.



Selamat Hari Malaysia. terima kasih PM kerana memberikan cuti umum. selalunya cuti umum yang jatuh pada hari bekerja maka aku akan termenung saja di rumah. tak ada plan nak ke mana-mana. tapi kali ini kami join trip orang lain. bukan trip lah. anggap saja ia aktiviti cuti umum. melawat pantai dan laut. Ya. PortDickson kami datang. rombongan 5 buah kereta. salah satu kereta datang dari Putrajaya. yang lain memang dari N9.




Bilakah kali terakhir daku ke pantai?, tidak ingatlah. rasanya pada tahun 2011. dan kali terakhir mandi laut?, masa tahun 2004. lebih 10 tahun yang lalu. itupun masa rombongan SPM '04. walaupun aku memang suka berjalan-jalan, tetapi jarang ada peluang berjalan ke tempat peranginan. kalau tak beriya orang ajak, tidaklah kami sampai ke sini.




dari Putrajaya ke Senawang, dan kemudian ke Port Dickson. pantai yang kami pilih ni memang okay. masih cantik. orang pun ramai tapi taklah sesak sangat. cuma satu kekurangannya, tak ada tandas atau bilik air yang membolehkan kami mandi bilas selepas mandi air laut. so kalau nak buang air, jawab dia kat laut jelah. tapi big problem bagi aku sebab tak mungkinlah aku tak mandi bilas selepas mandi air laut. dahla baju penuh pasir. actually sebab kami follow orang, so pada mulanya memang taktau akan ketidakwujudan tandas. 

so kami terpaksa keluar, naik kereta dengan basah-basah, pergi cari petrol pam atau tandas awam yang berdekatan (tapi jauh jugaklah dengan jem lagi). kat area ni aku rasa lebih kurang 200 pengunjung dalam satu-satu masa (mungkin lebih ramai pada hari cuti), tapi macam agak melampau lah tak ada tandas/bilik air/bilik persalinan. kalau disediakan tandas berbayar pun orang akan bayar. I memang cannot brain this. ni pantai yang berdekatan dengan Politeknik Port Dickson. perkara ini bagi akulah, sangat tidak patut. please somebody yang 'pegang' Port Dickson, please fix it. 

untuk perkara lain, so far tak ada masalah. aku pergi dengan pakej semua makanan disediakan oleh 'penganjur' iaitu sepupu kepada kesayangan. makan sangat banyak pada hari tersebut. macam-macam ada. perut tak alami sebarang masalah. kami sangat berseronok. cuma keluarkan duit petrol dan tol sahaja. itupun dalam rm50 jugak habis. tapi masih dianggap murah untuk satu program cuti-cuti yang beberapa tahun sekali. 

dari itu, sekian entry cuti-cuti, yang baik jadikanlah teladan. wassalam.






Saturday, September 13, 2014

Menjemput Rezeki



Tidak akan berkurang apabila kita memberi, 

Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.

Tapi kita sering berkira-kira, takut tak cukup untuk kita, kita lupa bahawa Allah yang mencukupkan rezeki kita. Kita dah usaha mencari rezeki, tetapi Allah yang menentukan, jika sesuatu itu ditakdirkan dapat kat kita, maka ia tidak akan jatuh ke tangan orang lain. Kita mesti yakin pada ALLAH.




Seumur ini, walau berapa umur kita, berapa banyak kebaikan yang kita dah buat untuk orang lain. Ikhlaskah kita? Setiap kebaikan, akan berbalik kepada diri kita sendiri. Tapi kita masih juga berkira-kira untuk berbuat baik. Lemahnya iman kita





Jalan ke syurga, bukan hanya dengan melakukan ibadah khusus semata-mata, Solat kita dirikan, puasa kita laksanakan, zakat kita tunaikan. di dunia ini, apakah manfaat kita kepada orang lain. jika lebih yang Allah kurniakan, apakah ia hanya untuk diri kita sendiri? 




jangan sesekali kita meremehkan sebuah kebaikan, mungkin kecil di mata kita, tetapi sangat bermakna di mata orang lain

kerana perjalanan hidup ini, kita tidak sendiri.



p/s: peringatan kepada diri, Ikhlaskanlah Hati.


Monday, September 8, 2014

percubaan 1 2 3.



Salam Bahagia. jangan tanya kenapa tiba-tiba mood rajin berblog boleh meresap ke dalam diri. hidup ku sudah indah, tapi adakalanya boring juga. jadi luangkanlah masa boring itu untuk berblog. jangan risau sebab blog ini tidak lagi jiwang seperti suatu masa dahulu. kejiwangan I hanya diri You saja boleh rasa. kahkahkah. boleh blah.

jangan tertipu. ini bukan gambar baru. ini gambar selfie raya tahun 2013. saja je nak share. next,




Ini gambar Khamis lepas. malam itu daku menemani seorang insan yang katanya terbosan-bosan lalu mengajak ku dating di sini. disini lahirnya sebuah cinta yang murni abadi sejati. ok. itu lirik lagu. sebenarnya disini dan dimana-mana juga lahirnya rasa cinta. asalkan ada kamu. aik tadi janji taknak jiwang kan, sekarang apa kes?? next,




kuda ku lari gagah berani. err, bukan kuda aku. ni kuda Perbadanan Putrajaya. kereta kuda untuk disewa. boleh dibawa bersiar-siar mengelilingi bulatan Masjid Putra sahaja. lupa nak tanya bape caj sewa. tetapi ini sesuatu yang menarik untuk dikongsikan. jika saya banyak duit, saya ingin membeli kuda beserta padangnya sekali. siapa ada pakej menarik menjual kuda sila kongsi. ah sudahlah. next,



yang ini pulak, serius sedap. percubaan pertama memasak kari ayam dan roti jala di rumah bujang ku. walaupun rupa macam ke laut, tetapi rasa dia not bad. ehem puji diri sendiri. jangan terkejut, aku siap beli segala alat keperluan untuk menjayakan projek menjala ni. misi kita adalah ingin memulakan sesuatu dengan tindakan pertama. orang putih kata first step yaw. lepas ni fokus untuk menjala dengan cantik dan menghasilkan gulungan yang sama saiz. usaha tangga kejayaan. ayuhhh!


dari itu, sekian wassalam.




Tuesday, September 2, 2014

open house raya dan roti jala.


Ini cerita open house raya yang bukan diadakan di rumah sendiri, tetapi di sebuah kilang di Bangi. dan aku bukanlah seseorang yang hadir sebagai jemputan, tetapi sebagai krew menyediakan makanan open house. ok. ini pengalaman pertama menyediakan begitu banyak gulung roti jala walaupun sebenarnya 1st time aku mengirai roti jala. tidak kurang dari 1000 gulung roti jala yang disiapkan oleh aku pada hari tersebut. now silalah kagum. muahaha.


dah 27 tahun hidup, baru kali ini mengenal apa itu Thosai. ini dia mini thosai. 1st time tengok, 1st time makan dan 1st time menyiapkannya diatas pan, jangan tanya bancuh macam mana, sebab dah ready dibancuh awal-awal, tinggal dilempengkan saja bukanlah susah mana. thosai ni boleh kata makanan yang sekali cuba aku taknak cuba lagi. sebab tak kena dengan tekak aku, tapi mungkin sedap di tekak orang lain. for me, lempeng kampung jugak sedap. nak nak cicah dengan sambal tumis. wajiblah meleleh. hehe.



dan yang terakhir, ini adalah gambar suasana open house di kawasan kilang tersebut, open house yang dah nak tertutup, orang semua dah balik.tapi model baju Osaka tu memang akan balik bersama saya lah kan kan. haha. sebagai krew menyediakan makanan, ingat aku sempat ke nak ambik gambar. jadi ini 3 sahaja gambar yang sempat di snap. open house sangat meriah, dan dihadiri oleh orang kenamaan seperti mantan Perdana Menteri kita, Pak Lah sebab kilang ni pun adik beliau yang punya.

terima kasih atas pengalaman ini. walaupun tidak dibayar mahal, tetapi pengalaman adalah sangat berharga, siapa sangka, satu hari nanti aku boleh jadi seorang pembekal roti jala paling sedap di area Putrajaya ni. kan kan. jom doakan sama-sama. 

Sekian entry hangat kali ini, semoga terus hangat untuk berblog kembali. 




Saturday, August 30, 2014

5 tahun.



5 tahun. seriuslah aku dah berada dalam bidang kerja-ya selama 5 tahun. bukankah 5 tahun adalah satu tempoh yang lama dan matang. jadi dimana aku sekarang, aku sepatutnya sudah berada dalam target yang pernah aku rencanakan 5 tahun dahulu. nak bisnes sendiri. nak ada perniagaan sendiri. company sendiri. dan bukan lagi makan gaji.

jadinya, bersempena dengan kesedaran bahwa sudah 5 tahun makan gaji. dan 3 tahun meninggalkan blog. aku berkeputusan untuk memulakan apa yang pernah dirancang, menggunakan apa jua ilmu dan pengalaman, mencurahkan yang terbaik. dan medium blog akan diaktifkan kembali. apalah guna blog jika tak dapat dijadikan medium untuk market kan produk. kan kan.

bermula dengan yang kecil untuk menghasilkan yang besar. yang penting adalah sesuatu itu mesti dimulakan, selagi tak mula, selagi tak cuba, idea akan kekal sebagai idea dan tidak kemana-mana. semoga pengalaman yang 5 tahun itu, dapat digunakan sebaik-baiknya untuk perjuangan yang seterusnya ini. 

Mudah-mudahan. Amin.


gambar 2010 as a kitchen helper/front line/cashier.

Sunday, June 1, 2014

Aku Rindu



Salam bahagia. 1 Jun 2014. memasuki pertengahan tahun 2014. pantas. hari ni cuti, tiada aktiviti. berseorangan saja di rumah sewa di Putrajaya. tak ke mana-mana, sebab Putrajaya tak ada event best minggu ini. rutin weekend jika tidak balik kampung adalah sama sejak setahun lalu. kalau Putrajaya ada event best, kami mesti pergi. kalau tak ada, kami pergi makan sahaja. 

Bangun pagi ni, terasa nak bukak photos yg auto save ke akaun Google+ saya, gambar sejak 2011. lama betul smartphone Samsung Galasy S ni berkhidmat dengan saya. ini bukti bahwa saya ini pandai jaga barang, cermat orangnya. kahkahkah.

gambar dalam phone dah didelete, beribu-ribu gambar. tapi sebab auto save ke Google+ punya galeri foto, jadi semua gambar masih selamat disimpan didalam email Google saya. jadi ini sesi throwback, dimana saya tak sempat nak blogging sepanjang lewat 2 tahun kebelakangan ini. 



ths is my 1st time merasa aiskrim Baskin Robbins. dekat Alamanda, tahun 2012. masa ni dating dengan my sister. for me aiskrim ini tak sehebat harga dia. jadi saya memang tak akan beli lagi. tak berbaloi pun bagi pendapat saya. 2 scoop 16 ringgit. baik makan McD. Leulz.


this is me, with my sister, masa ni nak balik kampung, pun tahun 2012. and sekarang dah lupa bila last time kami balik kampung bersama-sama. my sister pun now dah kerja as nurse kat PPUM, dah ada boyfriend yang boleh teman jalan-jalan. haha, how sentimental I am, rindu masa-masa she needs me as teman kat KL. we went to MidValley, shopping, movies etc. Sobs.




ni gambar masa zaman aktif blogging 2010 kot, dengan blogger Jard. Ya Allah masa ni saya sangat kurus slim mungkin beratku 47kg sahaja. rindu blogging sebenarnya, tapi now memang masa dah tak ada. atau dengan erti kata lain, saya tidak meluangkan masa untuk berblog.

selfie dalam tandas yaw. pastikan tandas adalah lawo berkilau. zaman remaja tahun 2011 kot. no komenlah ini memang zaman kebudak-budakan. dah tua-tua tembam sekarang ni kosser nak selfie. ai malu. 


ini pun gambar 2012, dengan colleagues, kami makan-makan kat McD Alamanda. now saya sendiri dah lupa bila last time saya hang out dengan kawan-kawan. masing-masing dah ada jalan sendiri, dah ada pasangan, famili, n babies. everytime nak jumpa, ada je halangan. ya, halangan komitmen lain yang lebih penting. am I really growing old?


last sekali, gambar satu famili lengkap kami. kakak dah berkeluarga, adik-adik pun dah berkerjaya. susah nak cuti, nak spend masa sama-sama. last kami sekeluarga semua berjumpa adalah Syawal tahun lepas. itupun sekejap je. semoga Allah beri kami lebih banyak ruang dan peluang untuk habiskan masa bersama-sama. 



p/s: mungkin gathering besar-besaran ahli keluarga dan kawan-kawan adalah masa wedding sendiri kelak. :)




Saturday, February 1, 2014

Februari 2014.

Alhamdulillah. sudah berlalu 1/12 dari tahun 2014. Januari sangat awesome. Welcome Februari.

syukur atas segala yang Allah kurniakan. yang sakit, yang bahagia, dua-dua ujian dalam kehidupan. positif ja dengan apa yang mendatang. Alhamdulillah dapat bercuti panjang sempena Chinese New Year, aku cuti dari Jumaat hingga Selasa. now sedang berselesa di kampung segamat. mr.Arr-ogant pun berselesa dikampung halaman beliau di Kelantan. pulang ke kampung masing-masing sementara masih bujang. 

rindu Kelantan, harap dapat ke sana lagi bulan-bulan akan datang. 

my dad tahun ini sudah masuk umur 59, tapi kena panggil berkursus 4 bulan di Perak. jauh dan lama. semoga beliau dapat sesuaikan diri 'membujang' di sana. kat rumah ni semua mak yang uruskan. ikutkan hati aku pun nak bercuti lama untuk teman mak kat rumah. tapi apakan daya, komitmen membatasi. ini baru komitmen kerja, belum lagi komitmen berumahtangga.

sudah Februari, perlu betul-betul fokus dan berusaha. aku yang tak terdaya ni hanya pertolongan Allah dan doa dari ibubapa yang sangat aku harapkan. taknak cakap banyak. semoga Allah permudahkan urusan kami ke arah kebaikan. Aminn.