makanan sahaja.
entry untuk update blog yang tidak ada tujuan tertentu, hanya saja-saja. jom tengok makanan.
maggi kari pujaan setiap hujung bulan. stok wajib ada di rumah. boleh disantap bila malas nak carik makanan kat luar. tapi tak boleh di makan selalu.
nasi lemak murah dan sedap, food court presint 11 Putrajaya. makan kat sini seminggu 3-4 kali. menu bajet tapi mengenyangkan.
kuey teaw sup. food court presint 11 jugak. cuma 4 ringgit. juga menu bajet dan menu diet kalau taknak makan nasik kengkonon.
nasik goreng Teh Tarik Place IOI City Mall. pilih tempat ini sebab nak cari nasik and menu orang melayu. tekak orang kampung biasalah.
nasik lemak Teh Tarik Place. nasik lemak dah okay tapi ayam macam overcook. macam hangus ke apa tah. tapi habis licin jugak.
siakap 3 rasa. masa ni open table kat Bangi. ada orang belanja makan beramai-ramai. benda free mestilah sedap.
nasi ayam penyet foodcourt presint 11 putrajaya. sambal dia sedap sampai mintak extra sambal. RM7. sekali makan boleh kenyang sampai malam. berbaloi-baloi.
menu biasa nasik goreng kampung and nasik putih daging masak merah, food court presint 8 Putrajaya.
sate ayam dan sate daging, kat Ramai Seefood Presint 15, yang dekat dengan banyak2 carwash. kedai ni bukak 6 pm to 1 am je.
teh o ais pun nak masuk dalam blog. teh o ais minuman fevret time makan. macam complete lah kalau makan-makan then minum teh o ais.
nasik putih + ikan bilis goreng + telur mata kerbau + kicap + cili potong.
ini menu home made yang tipulah siap tak reti nak sediakan.
Alhamdulillah. sebenarnya benda yang aku selalu makan ni benda yang sama je selalunya. tak ada yang pelik-pelik sangat pun.
sekian saja entry makanan untuk kali ini. Alhamdulillah.
Comments