Posts

Showing posts from January, 2010

bile lelaki kelihatan cute..

Image
jalan-jalan di MV lagi hari ni. minggu ni sampai 3 kali pergi MV. nak sebut pun macam nak muntah. asyik MV saja macam takda tempat lain lagi dah. cerita tentang hari ini simple saja. pergi MV untuk tengok wayang. tengok lelaki cute berlakon. taktau pun lelaki ini bakal kelihatan cute dalam lakonannya kali ini.   lelaki akan kelihatan cute, apabila mereka sedaya mungkin melayan kerenah anak kecil dengan sehabis baik. lelaki akan kelihatan lebih cute semasa mendukung kanak-kanak? haruslah menjadi lebih cute demi seorang wanita. filem ni sangat kelakar. bikin aku tergelak lebih banyak daripada biasa. kebanyakan scene adalah sangat lucu. tapi ada scene yang touching juga. sampai kami berdua mengalirkan airmata. sob.sob. lepas makan, time to isi perut.  McD, Pizza, KFC, semua pun tak lalu. macam dah bosan. erk! sebenarnya dah bosan memilih tempat makan di MV. semua pun bosan. serius! sebenarnya minggu ini memang tiada nafsu terhadap makanan. tiada nafsu untuk masakan

coretan.

dah lama, tidak mention mr.S dalam blog. kali terakhir, mungkin entry disember. maknanya dah sebulan. wow! ada tak sesapa yang rindukan beliau? aku masih rasa mr.S adalah kawan baik aku. walaupun kadang-kadang aku macam lupa bahawa aku ada dia sebagai kawan.  3 hari lepas aku YM dengan dia, then dia tanya, lagu apa yang fames sekarang. then aku jawab,  lagu Ressa Herlambang, tajuk Menyesal. .................................................................................................... petang tadi, satu panggilan telefon dibuat. bukan kerana apa-apa. hanya kerana tiba-tiba mahu bersembang dengan seseorang. antara keratan perbualan:- "saja ja call, nak tanya......" "nak tanya khabar aku?, sihat je Alhamdulillah" " betul ke sihat, suara macam selsema" "owh, habuk ni, baru je kemas-kemas bilik, alahan habuk" " owh, ya? rajin eh kemas-kemas?" " haha, tak sangat. kemas sambil dengar lagu Menyesal, dah download, seharian

kisah saya bersama trofi piala dunia.

Image
belum habis lagi episod 'bersama piala dunia'. dan kali ini ianya adalah cerita bergambar. aku menganggap ini sebagai kenangan dalam kehidupan, dan kerana itulah, ianya tercoret di sini. inilah dia, cerita yang gembira. blog aku menjadi sumber kedua selepas harian metro dalam google search tentang 'trofi piala dunia di mid valley'. memang betul lah blog sebenarnya adalah sumber informasi. that's why perlunya bloggers memberikan informasi yang tepat. nak dapatkan tiket, kena beli coca cola di booth ini, bukan beli di carefour atau jusco, (nyampah giler bile sebut jusco). tak. tak, dah tak marah lagi. tapi geram tu ada. haha! . . . perlu ke ada gambar penulis? . . . dalam area pameran ni, banyak betul games, tapi aku tak terliur nak main. game pada gambar diatas ni antara yang menarik. you all akan nampak diri you all sendiri dalam skrin, mainla bola-bola tersebut secara sepakan ke ape ke, walaupun hakikatnya macam main dengan angin je. haha! . . .

kadang-kadang saya hangin juga.

ada dua cerita, satu cerita yang gembira, satu lagi cerita yang hodoh, kenapa hodoh, sebab cerita bab emosi marah-marah memang hodoh untuk dibaca. cerita yang gembira, next entry baru ada, untuk kali ini, bacalah cerita hodoh ini dahulu. perasan tak?.macam aku dah lama tak kongsikan rasa marah dalam blog, selalu aku simpan je diam-diam. tapi kali ini aku ada sebab nak kongsikan rasa marah ni. oleh sebab kau orang dah pun klik ke sini, maka silalah baca entry ini baik-baik, semoga menjadi iktibar kepada yang  berkenaan. bukan senang nak dapatkan peluang 5 saat bersama trofi piala dunia. pameran eksklusif ini berlangsung di tingkat 3 MidValley Exhibition Centre, mulanya aku ingat boleh lah masuk ke area pameran ni sewenang-wenangnya. (ceh, kalau camtu dah lama area pameran nie memuntahkan manusia). nak masuk kena ada tiket, sama ada dapatkan tiket dengan membeli McD prosperity burger, atau beli 5 tin coca cola. oleh sebab aku dan kak izat dah kekenyangan, bagi prosperity percuma p

Snap Via Mirror Contest

Image
merujuk kepada tajuk entry dan banner diatas, bahawasanya saya dengan senang hatinya menjoinkan diri. semoga penyertaan saya diterima, dan dinilai sehabis baik oleh pihak penganjur iaitu Cik Blog syarat-syarat penyertaan: 1) Copy & paster banner contest kat atas tue kat sidebar blog. pastikan link yang tepat ke entry contest ni. 2) Jadi follower untuk blog DARI KACA MATA YANG BERBEZA & Q-FIRST BOUTIQE. 3) Pastikan jugak add blog DARI KACA MATA YANG BERBEZA & Q-FIRST BOUTIQE kat blog list. 4) Buat entry berkenaan "SNAP VIA MIRROR CONTEST" dalam blog dengan tajuk entry tersebut. 5) Upload hanya 1 KEPING pixel sama ada seorang atau berramai-ramai yang di 'snap' melalui cermin dengan gaya yang teramat kreatif lagi inovatif.  x kisah kalu nak edit gambar  untuk bagi cun tapi pastinya gambar asli lagi tulen adalah lebih baik. 6) Wajib memberi cadangan secara ringkas lagi padat untuk kedua-dua blog CIK BLOG untuk lebih menarik di masa hadapan. baik

Trofi 'Piala Dunia' dipamer di MidValley.

Image
esok, bermula jam 10 pagi. Trofi Piala Dunia akan berada di Mid Valley MegaMall. siapa yang rasa ini satu peluang yang baik, maka bolehlah beramai-ramai memenuhkan MV esok. siri jelajah Piala Dunia 18 karat seberat 6.1 kg ini adalah bersempena dengan World Cup 2010 Afrika Selatan. Malaysia merupakan negara kelima di Asia yang menerima siri jelajah Piala Dunia ini selepas negara sebelumnya Vietnam. ................................................................................................ sesi menyejukkan badan di MidValley petang tadi berjalan lancar. walaupun berseorangan menonton wayang, tapi aku tetap rasa ini fun. aku menonton filem Black Ransom. today merupakan hari pertama filem ini ditayangkan. merupakan filem dari HongKong yang berkisarkan geng mafia dan pasukan polis. oleh sebab aku suka cerita hongkong, maka peratusan bintang yang aku boleh bagi kat cerita ni adalah tinggi juga. jalan cerita yang tidak kompleks. tetapi unsur action yang memang boleh tahan. (c

Pilihan Raya Kampus UM.

28 Januari 2010. Dewan Tunku Canselor. Universiti Malaya. salam sejahtera kepada semua. berbeza dengan campus election kali lepas, hari ini saya lebih excited. I dun know why. mungkin kerana proses memancing undi selasa dan rabu yg lalu berjalan aman, maka saya terasa dituntut untuk beri kerjasama. yes, I realize that I'm a part of UM. tahniah kepada semua gerak kerja campus election kali ini atas keamanan sepanjang anda berkempen, tidak lagi huru-hara dan haru-biru seperti penggal lepas. tiada lagi kes bakar-bakar banner/poster. tiada lagi kes belasah bertumbuk segala. tiada juga kes kepala babi dalam surau. oleh sebab tiada 'kekotoran polemik politik', maka dengan senang hatinya saya turun mengundi. berbeza dengan campus election yang lepas-lepas, kali ini, e-undi system dipakaiguna. pendapat peribadi saya, e-undi ini ada baiknya juga. just click at the box, then 'X' will appear. so, takda lagi tangan gatal yang boleh menconteng-conteng kertas undi hingg

beer & tapai ada persamaan.

Image
percayakah anda bahawa kandungan etanol dalam beer dan tapai adalah sama iaitu sebanyak 5%. then you all jangan gedik tetiba cakap aku buat fatwa boleh minum beer. takda, aku tak cakap macam tu pun. then apa yg aku nak sampaikan ni?..haa.. silalah baca entry ini sampai habis. Arak, apa jua jenis pun, beer ke, wine ke, wisky ke, vodka ke, semuanya adalah HARAM diminum . sama ada segelas, atau satu jag, atau setitis pun, ia tetap HARAM diminum . jangan sanggah lagi hukum ini. walaupun haram diminum, tetapi arak bukan najis. ia haram diminum kerana sifatnya yang boleh mendatangkan kemabukan/ hilang kewarasan. bukannya diharamkan sebab bersifat yang najis. tapi ironinya masyarakat kita mengatakan arak adalah najis, supaya kita bertindak menjauhinya. sama juga macam kita jauhi binatang yang najis seperti anjing dan babi. 100% etanol yang tulen (cecair jernih tanpa warna) tidak mendatangkan kemabukan, kalau someone minum seteguk, dia tak akan sempat mabuk, tetapi akan mati serta-me

Aduka Taruna di bawa ke Johor.

siapakah beliau..?  seorang penulis blog, apa yang beliau dah lakukan?. semua pun tahu. kalau tak tahu juga, pi baca berita harian ke, malas dah nak ulas. muka Aduka Taruna ni, aku belum nampak lagi, tapi now dia dah serah diri pada pihak polis kota bharu. InsyaAllah esok keluar lah muka dia kat paper. Aduka Taruna ni rupanya duk kat kelantan. tapi pelik kan apa kes dia tetiba nak biadap dengan Almarhum Sultan Johor. berumur 29 tahun, dan bekerja sebagai pereka grafik. terkini, Aduka Taruna akan dibawa ke Johor untuk soal siasat lanjut. kalau boleh, aku nak dia ni pergi menghadap pusara Almarhum Sultan Iskandar. .......................................................................................... hari ni, penat sesangat, plan nak tido awal, tapi tak jadi, sebab nak tengok citer SuperNatural pukul 11 malam. esok, plan nak tengok wayang. Spy Next Door. MV. siapa nak join?..=p  oleh sebab penat, entry setakat ini sahaja. bye. TammaT.

post entry untuk bacaan siapa?..

merujuk soalan diatas, masing-masing pasti punya jawapan tersendiri. anda tulis entry, maka anda lebih tahu kepada siapakah entry anda ditujukan. 1) pada diri sendiri  entry yang berbentuk monolog dalaman, yang menggunakan bahasa dan kata-kata yang hanya dirinya saja yang faham. 2) kepada ahli keluarga/kekasih/kawan yang mengenali anda  entry seperti jenis penghargaan, sempena ulangtahun kelahiran, atau juga luahan perasaan sama ada menyebut terang-terangan siapakah sasaran anda atau merahsiakannya. boleh jadi luahan negatif atau positif 3) kepada bloggers sahaja  entry yang hanya bermanfaat kepada bloggers sahaja. maka pembaca anda yang bukan dari kalangan bloggers memang tidak akan faham apakah yang terkandung di dalam isi entry anda. contohnya, entry tentang tips berblog seperti traffic, nuffnang, dan yang sewaktu dengannya. 4) kepada semua.  entry yang general, isi kandungan yang sesuai untuk semua pembaca tak kira sama ada mereka ada blog, atau tidak. entry berben

lihatlah dengan mata.

Image
Alhamdulillah, tentu saja para pembaca di sini masing-masing mempunyai indera penglihatan yang sempurna. masih mampu melihat dengan baik. that is why u are here rite now. jika anda tidak dapat melihat, mana mungkin anda bisa membaca blog ketika ini. pernahkah anda terfikir, betapa bermaknanya kehidupan anda dengan memiliki sepasang mata sebagai deria penglihatan. tatkala bangun saja dari tidur, perkara pertama yang kita lakukan, adalah membuka kedua-dua mata kita. pada saat itu, kita harus panjatkan rasa syukur, "Alhamdulillah, aku masih bernyawa lagi." dengan adanya sepasang mata, kita dapat melihat jalur cahaya, juga spektrum warna yang indah. lebih hebat lagi, kita dapat melihat orang kesayangan yang sering bersama kita. masih dapat melihat senyuman dan tawa mereka. Alhamdulillah. mulai saat ini, biarkan mata kita bebas melihat dunia. kerana akan datang, bila tiba waktunya, kita mungkin tidak akan terjaga lagi. TammaT.

tips bagi mereka yang baru nak belajar memasak.

Image
jangan citer bab masak air, masak mee maggi atau goreng telur. benda kacang camtu tak perlu kepada tutorial. pandai-pandai la sendirik. ok. walaupun aku ni bukanlah pakar bab memasak. maka tak semestinya aku tak boleh bagi tips. siapa yg dah pakar memasak, boleh tolong add on mana2 kekurangan dalam tips nih. ok! ini hiasan je la, pi baca tips sana. dush! dan tips ini adalah yang asas je, yang level terbawah la senang kata. lelaki dan perempuan boleh praktik. tiada diskriminasi. ok, jom ushar apakah tipsnya. 1) jangan segan masuk dapur. segan kat sini bermaksud malas. jika tidak masuk dapur untuk tujuan memasak, at least masuk dapur untuk tengok orang lain masak. bukan masuk dapur untuk tujuan makan sahaja. 2) membuat pemerhatian. basic dalam belajar, adalah dengan membuat pemerhatian. contohnya, perhatikan cara emak basuh beras. perhatikan cara emak siang ikan/udang/sotong. perhatikan cara emak potong daging. dan lain-lain. 3) bertanya. sambil membuat pemerhatia

masjid jamek, bukan masjid india.

dah dua hari berturut-turut aku jalan pergi masjid india. semalam aku habiskan rm160. hari ni aku cuma belanja rm6, semalam aku keluar sorang-sorang, hari ni aku keluar dengan Hasni. semalam aku.. dah, takda lagi dah pengulangan ayat yang sama. haha! masih ingat lagi time dulu-dulu pertama kali aku pergi sini. orang tanya aku nak pergi mana, aku kata nak pergi masjid india. then bile tengok stesen LRT, yang ada stesen lrt masjid jamek. then aku bagitau balik kat kawan aku yang aku bukan pergi masjid india, tapi pergi masjid jamek. adei. cam bongek je aku dulu-dulu. ok, bercerita plak pasal pasar malam di sini, adei, tiap kali datang sini kepala aku terus jadi pening-pening lalat. ramainya orang. sampai terkonpius, mana customer dan mana peniaga. haha! bila masuk pasar malam, aku wajib beli air. then beli kopok lekor, sambil jalan sambil makan dan minum. memang buruk perangai aku nih, tapi tabiat ini hanya dilakukan dipasar malam sahaja. haha, sumpah tipu, kat MV pun aku selalu ja

jemput-jemput ikan bilis.

Image
sebagai anak jati johor, aku juga ingin mengucapkan sembah takziah kepada kerabat negeri johor atas kemangkatan Sultan Iskandar pada 7.15 malam tadi. Al-Fatihah buat Almarhum Sultan. di hari sabtu ni, rumah sewa aku cuma dihuni oleh aku dan kak izat sahaja. shida balik umah kakak dia, hasni pergi belai anak-anak ikan dia, naeimah plak kerja part time kat MidValley. adei, sunyi pulak rasanya. bila sunyi camni, mood memasak tiba-tiba datang. haha, magic gila. dah sebulan tak balik kampung, rindu sangat nak makan jemput-jemput ikan bilis. selalunya makan hasil tangan emak, skang ni kena makan hasil tangan sendiri. walaupun cuma makan berdua ngan kak izat, sekurang-kurangnya ada gak teman. hehe ini pertama kali aku sediakan sendiri jemput-jemput ikan bilis, sebab dah kempunan, then terus saja bersemangat nak buat. bagus juga sifat kempunan nih. berguna bila kita takda pilihan. mana nak cari jemput-jemput ikan bilis kat kedai makan. sumpah orang tak letak dalam menu. haha! seba

kami adik beradik blogger.

tentang entry lepas, aku malas nak ulas, pendapat you all semua aku terima je. dan you all kena terima gak style aku berblog.  nak banyak cekadak. pegi makan cekodok. muahaha! tak lawak! ok, aku happy. sebabnya aku baru je beli beg sandang belakang yang size besar punya. haha, bila galas beg tersebut rasa macam diri aku seorang perantau. ala-ala pengembara pun ada gak. mungkin persediaan melatih diri menjadi seorang traveller. macam cerita kat TV Destinasi Bajet. haha! ok, back to tajuk entry aku. rasanya ada beberapa blogger lain yang dah tau pasal nih. ceh, mulanya aku nak berahsia juga tapi terkantoi plak dengan mereka yang berfikiran lebih tangkas daripada biasa. muahaha! "kami memang adik-beradik blogger tegar, dia kakak dan aku adik. kami memang close giler." tapi penulisan kami berbeza. penulisan dia lebih all out dan sempoi dari aku. sebab tu dia ramai peminat setia. ok, tetiba aku nak cerita kat you all pasal dia. dia ni, memang minat menulis sejak kecik

wahai pengkomen blog..

terima kasih sebab kalian sudi mengkomen entry di sini. yang hanya baca dan tak komen pun, aku ucap terima kasih jugak kerana sudi baca. dan yang tak baca langsung n cuma klik iklan pun, aku hargai jugak. at least ada sen jugak yang disumbangkan ke tabung aku. terima kasih dan sila ucap sama-sama kasih. nak citer sket, semalam masa aku blogwalking melalui lama Geng Blogger, aku ada terjalan di satu blog. then, blog itu wat entry pasal membalas komen. bila abis baca entry tu, dan membaca komen2 nya juga, aku tiba-tiba macam dirundung rasa bersalah, dan tertanya-tanya. adakah benar semua orang berpendapat sama seperti entry tersebut. "kalau tak reply komen, baik tak payah letak ruangan komen". Bom! Dush! Dush! (dan segala sound effect yg sesuai). terasa macam aku di bom. adesh! kalau you all perasan, aku memang jarang giloz reply komen-komen entry. sebabnya aku tengok komen-komen kadangkala macam tidak perlu di reply juga. contohnya time aku post entry pasal maka

Pizza Hut free lagi...

Image
masih ingat lagi entry aku makan pizza hut free di One Utama 2 minggu yang lepas?.. dan Selasa lalu, sekali lagi aku dapat makan pizza hut secara free. kalau kat OU hari tu Naeimah yang belanja, kali ini Hasni pulak yang bermurah hati untuk belanja. dan kali ini acara makan pizza dihadiri oleh sahabat satu kos. kalau dah nama student UM, tempat paling ideal mestilah MidValley. tak payah susah nak cari yang jauh-jauh. lagipun restoran pizza hut MV sangat menyelesakan. kami memilih menu combo untuk 6 orang. iaitu satu large pan, n satu regular pan. besar punya! actually, ini adalah pertama kalinya, aku makan pizza hut tanpa mentapau untuk bawa pulang, b4 diz, setiap kali makan pizza, mesti ada kes tak habis makan then tapau bawak balik. tapi tidak kali ini, ada dua orang dari kalangan kami yang berjaya makan dua slice besar dan satu slice kecil. hebat tul perut mereka berdua.. haha zahidah, izzah, n zati. masa ni diorg ngah lapar..so senyum pun macam kelihatan tak b

mahu bercerita..

Image
.....tentang camp 2 hari 1 malam di Ulu Gombak. macam mana aku leh join camp ni? ini adalah camp 'kemahiran berorganisasi' yang merupakan subjek kokurikulum yang aku ambik untuk grad. ko-k adalah wajib, oleh sebab aku ni pemalas nak pegi kelas 2 jam seminggu, maka sebab itulah aku pilih 'kemahiran berorganisasi'. tak yah pi klas, just bayar rm120, pergi camp. then lulus! bercamp dimana? di Ulu Gombak. tempat ni tak jauh la ngan UIA gombak tu. tempat ni actually adalah tempat orang asli. memang kawasan hutan simpan yang terletak di pedalaman, dan macam area gunung ganang juga. kami tidak lah camping secara pasang2 khemah or nyalakan kayu api segala. kami tetap tido atas katil yang ada tilam dan bantal. sebab tempat camp ni adalah kawasan 'berbangunan mini' yang dimiliki oleh UM sendiri. tentang peserta? seramai 39 orang, kesemuanya of coz la student UM, dari pelbagai course, ada engineering, accounting, sastera, syariah dan pelbagai lagi. tentan

1 Litre of Tears.

Image
mungkin aku sebenarnya macam ketinggalan. aku tau cerita ni dah lama dah, kebanyakannya dah tengok sejak zaman tok kaduk lagi. tapi aku baru saja habis tonton cerita nih Jumaat lepas. aku sebenarnya tertarik nak tengok sebab ramai kata cerita ni sedih giler, aku dah save citer ni dalam laptop sejak awal semester lagi. tapi simpan je.. then hari jumaat lepas tetiba je aku macam feel nak sedih-sedih secara banyak. maka, itulah sebabnya aku memilih untuk bersedih dengan sebuah drama jepun. sedikit review tentang drama ini. tentang seorang gadis bernama Aya, yg baru berusia 15 tahun, menghidap penyakit 'spinocerebellar degeneration disease'. penyakit ini menyebabkan si penghidap mengalami gangguan dalam kestabilan sistem saraf, sedikit demi sedikit akan kehilangan upaya untuk berjalan, malah bertutur. hingga akhirnya menyebabkan maut. bayangkan jika kita hilang keupayaan sedikit demi sedikit. malah kita tahu, keadaan kesihatan kita semakin memburuk hari demi hari dan t