Saturday, January 30, 2010

kisah saya bersama trofi piala dunia.

belum habis lagi episod 'bersama piala dunia'. dan kali ini ianya adalah cerita bergambar. aku menganggap ini sebagai kenangan dalam kehidupan, dan kerana itulah, ianya tercoret di sini. inilah dia, cerita yang gembira.




blog aku menjadi sumber kedua selepas harian metro dalam google search tentang 'trofi piala dunia di mid valley'. memang betul lah blog sebenarnya adalah sumber informasi. that's why perlunya bloggers memberikan informasi yang tepat.




nak dapatkan tiket, kena beli coca cola di booth ini, bukan beli di carefour atau jusco, (nyampah giler bile sebut jusco). tak. tak, dah tak marah lagi. tapi geram tu ada. haha!
.
.
.




perlu ke ada gambar penulis?
.
.
.




dalam area pameran ni, banyak betul games, tapi aku tak terliur nak main. game pada gambar diatas ni antara yang menarik. you all akan nampak diri you all sendiri dalam skrin, mainla bola-bola tersebut secara sepakan ke ape ke, walaupun hakikatnya macam main dengan angin je. haha!
.
.
.




 ini adalah ruangan tayangan. best sangat tayangan ni, iklan coke yang wow! siap review final match world cup tahun-tahun sudah. maradona, zidane, ronaldo. (terimbau kenangan menonton fifa dulu-dulu). lagu iklan pun best. (ok, disebabkan aku peminat bola mestilah semua pun aku komen best, kalau kau tak minat bola mesti kau melopong je tengok macam takda perasaan. haha!)
.
.
.




ini adalah slot terakhir di pameran ini, slot 5 saat bergambar bersama real trophy  piala dunia yang pernah dikucup oleh Fabio Canavarro 4 tahun lepas. tapi kami semua dilarang sentuh kaca yg melindungi trofi tersebut. trofi emas seberat 6.1 kg ni bukan main-main ok. ini real punya emas. 18 karat!
.
.
.




tiket dan spek 3D untuk tayangan.
.
.
.




memang kabur kerana ini adalah gambar diatas gambar, iaitu gambar berukuran 4R kami bersama trofi piala dunia yang diberi secara percuma. gambar ini sangat berharga buat aku. bukan senang nak bersama dengan trofi piala dunia. 
.
.
.




jangan tanya kenapa fridge rumah aku tiba-tiba dipenuhi dengan coca cola. ini semua demi bola. dua botol coke tu diberi percuma dalam area pameran.
.
.
.
.
.
.



ok, gambar dah habis. tapi cerita tak habis lagi. haha!



aku masuk pameran ni jam 8.30 malam, dan keluar jam 9.30 malam. yang menyebabkan lama adalah kami perlu beratur panjang untuk masuk ke area tayangan. mereka limitkan dalam 40 orang sekali masuk. lepas tayangan kena beratur lagi untuk slot bergambar. itulah yang menyebabkan lama.

keluar saja dari pameran, aku nampak ramai lagi peminat bola yang nak masuk, tetapi oleh sebab kat dalam pameran tu still ramai manusia, maka mereka tak dibenarkan masuk. tak pasti adakah diorang tu still dapat masuk ke tak, sebab pameran ni ditutup jam 10 malam. nampak muka mereka masing-masing macam merah padam menahan bengang. 

aku terus pulang setelah berasa puas hati.


 walaupun adanya cabaran dari cashier jusco yang bengong hingga menyebabkan aku mencurahkan air coke atas lantai jusco. tetapi seyes, semalam adalah hari yang gembira bagi aku!



ok, now kau percaya tak bahawa aku adalah peminat bola sejati? buktinya, aku hanya ke midvalley semata-mata kerana trofi piala dunia. fuh!  




TammaT.



22 comments:

Didi Nadhirah said...

wah banyak coke best2

pudding pie said...

tak berkesempatan nak pi sana
huhuhu

ASaDa RyutaRo said...

hahaha...
yang bestnya kena beli 5 tin coke! 2 org jd 10!! mau terburai perut lau minum semua skali gus..

Prie said...

congratulation ...

syaira said...

perempuan minat bola ekk?hebat

Frodo Baggins said...

>>____<<


mmg best!!!
teruja ...

Uruchimaru @ kf said...

wah keyword yg hits..!
pasni nk try aaa wat entry ttg nie!

etomyam said...

waaa best, layan bola sambil minum air brrrrr...hehehe

ini blog wirdah said...

gile kental semangat kamoo nak tgk trofi itu...i like. :)

FaTiN said...

kenapa x pegi curi terus trofi tu? =p

ery said...

tahniah... brrrrrrrrrrrrrrrrrrr
heheheh

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

wah...
makin glamer la blog ko...
hehehehe...

sI tEDI said...

sara,
setuju blog boleh jadi bahan rujukan yg utama kalau kena gayanya. :)

semasa kes JUSco melaka meletup dulu, bila wat entry.. byk yg gugel bila aku semak dr kata kunci.

bila aku gugel sendiri, rupanya blog aku yg pertama sekali.

mungkin kesan dr penggunaan bahasa skema kita. ekekekeke

Koyuki said...

kental sungguh pergi tengok piala
huhu..

avid gunner said...

org malaysia tengok je la...entah bila nak masuk dan menang...

lieya orange M.I. said...

...cashier tu watperr...

...aya juga minat bolaaa...MU fan tau

lieya orange M.I. said...

...cashier tu watperr...

...aya juga minat bolaaa...MU fan tau

AM SYA said...

wahh di tangge kedua tuh!

superb!

miss lolly a.k.a luvfareda said...

huhuhu!


tak sempat nak pegi mid.


skng ada ag ke piala tu kat sana ?

Syima Syaz said...

bestnye sarah....nk gi tp terikat dgn jadual pengambaran...... gambar!

FarhanaDr said...

Wes.. Kalau aku yg tengok.. Aku ler yg melopong tu.. Wakakaka.. Pape pn, syiok gak tu.. Jeles.. Sikiiiiittt.. Hehe..

meo188 said...

minat bola er?