Friday, January 15, 2010

Kazekage Kg Pasir.







tajuk dipilih gara-gara terkesan dengan episod Naruto di tv3, dimana Kazekage 'Gaara' mati kerana jin Shukaku telah keluar daripada perumahnya. then Naruto pun mengamuk. walaupun Gaara bukan kawan baik dia tapi disebabkan mereka senasib, maka Naruto sangat memahami penderitaan Gaara.

Ironinya, kita manusia pun macam tu jugak. bila kita ada masalah/ kesusahan, then ada pula kawan datang pada kita dan cakap "aku faham perasaan kau sekarang". memang kita hargai kata-kata dia, tapi dalam hati kita akan rasa bahawa "mana mungkin kau faham, sedangkan kau tak pernah rasa".

anda takkan dapat faham situasi orang lain, selagi mana anda tak alaminya sendiri, anda takkan tahu betapa bestnyer anime Naruto, selagi anda tidak ikuti sirinya dari awal, anda takkan faham betapa bestnyer berblog selagi mana anda tidak punya blog. (atau banyak lagi contoh lain, boleh fikir sendiri).

dan juga, walaupun dah alaminya sendiri, perspektif masing-masing sebenarnya adalah berbeza. kalau memang berblogging bukan 'dunia' anda, anda susah nak rasa bahawa berblog itu best. macam juga seorang isteri, yang tension kenapalah suami dia minat sangat tonton football match. bila dia try tonton sama, dia tak rasa pun tonton football match tu best. sebab mungkin itu bukan 'dunia' dia. (tapi football match adalah dunia aku, sila take note, haha!).

begitu juga dengan perspektif kita apabila mendepani masalah. mungkin kita rasa satu-satu masalah itu adalah simple saja, tapi mungkin ianya adalah kompleks di mata orang lain. mungkin ada orang rasa bahawa pertambahan berat badan adalah satu problem yang membimbangkan, tapi ada orang lain pula yang menganggap bahawa ianya adalah perkara biasa yang tidak perlu diambil peduli.(banyak lagi contoh lain, boleh fikir sendiri).

dan kita semua, memang ada perspektif tersendiri terhadap kehidupan. yang penting bukan apa yang kita hadapi dalam hidup, tetapi adalah bagaimana cara kita menghadapinya.

....................................................................................................


jangan risau, Kazekage  Gaara akan hidup kembali sebab nenek Choiyo bagi nyawa kat dia. haaa, sapa tak faham jangan garu kepala.

ok, rite now girlfrend Kazekage nak pergi pasar malam. bukan nak pergi main pasir. hahaha!










TammaT.








20 comments:

SuRayA^i. said...

cet ni fan naruto ke ape?hehe//

pegi pegi tgk adnan sempit. pecahkan rekod x penah tgk cte mlayu kt pggung tu XD

sharamli said...

hee..cek xpernah tgk p0n...

tp kadang2 kita rasa xmampu nk hadapi masalah tu..k0ngsi dgn 0rg p0n kdg2 lagik menyakitkan...baik simpan s0rang2...

sI tEDI said...

kadang2 kita ni mudah sahaja bercakap.

bila org lain di timpa kesusahan.. kita akan cakap.

bersabarlah'..

tapi hanya org yg mengalaminya sahaja yg tahu tahap kesususahan itu sehingga kadangkala sukar untuk bersabar lagi

~PakKaramu~ said...

Pak Karamu menziarahi anda

Frodo Baggins said...

berat mata tgok
berat lagi org yg pikul


NARUTO TERHEBAT SPNJG ZAMAN!!!!



>>______<<

Solehah said...

btl tu sara..sebab tu jugak tak semua orang alami maslaah yang sama serentak..sebabnya orang yang tak mengalami boleh jadi penasihat/pendengar kepada yang mengalami..

¶A.K.I¶ said...

cara la sara!
thx update kn..
da lme x tgk kat tenet..
kat tb pon aki slalu terlepas..
yeahh.. garaa idp!!

FarhanaDr said...

Btol2.. Gaara pakwe aku takkan mati.. Hehehehe.. ;p

Bak kata orang, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.. Sape mkan cili sape terasa pedasnya.. Err.. Blh ke pakai.. Hehehe.. Feel it first.. Experience it.. Then u'll know.. ;)

Kyuubi_85 said...

heh,, minat naruto ke? aku peminat setia ni... mls ah nak tgk cerita kat tv... lambat betul.. better baca manga je... hehe... dAH Jauh cerita dia ni... :D
tgk nama aku pun dah tau aku minat naruto... hohoho

Ries Lee said...

aku kurang minat naruto.
aku lebih minat bleach.

hisham said...

salam cikmude...i x tgk citer ni la...sori...hehe

Koyuki said...

owh
saya sama dengan Ries Lee

bleach!

Si budak Aboi said...

hehehe naruto fan jugak !

i'msosupernotcool said...

dat how we cmplete each other..
hari ni hari aku.. sok luse hari kau..

btw aku lbey prefer hatake kakashi..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

lame tak tgk naruto...
huhuhuhu...
ko minat bola?
team mane?

Uruchimaru @ kf said...

yeyeye naruto!

hehehe bestlah ko buat n3 mcm ni sarah !

seimura said...

lah... baru sampai situ ke episod naruto kt tv3? apsal lembap sgt tv3 nih? adehh..

Fyzal said...

salam saudari di sana.. apabila saudari menulis tentang kita tak bisa faham ape orang lain rase..

saya tertarik kerana saya pernah menulis perkara yang sama satu ketika dulu.

sekadar ingin berkongsi dengan saudari. ini linknya

http://fyzals-territory.blogspot.com/2009/06/do-you-really-understand.html

Fyzals Territory

Ms.Independant said...

Giler Naruto dh skang yep!

Memang betol laen org, laen pdpt.
Jadik tak semestinya kalo org tu tak sokong kite, pdpt kite tu salahkan.
sebab mungkin cara pemikiran tu laen2...

:)

naim said...

betul tu,sebab tu even naruto nasihatkan sasuke n halang sasuke dari wat jahat,sasuke tak mahu dengar.even naruto pernah alami keperitan mungkin lebih pahit dari sasuke,tapi situasinya tetap tak sama.engan kata lain,naruto takkan faham faham pe sasuke rase.hehe