Friday, January 29, 2010

kadang-kadang saya hangin juga.

ada dua cerita, satu cerita yang gembira, satu lagi cerita yang hodoh, kenapa hodoh, sebab cerita bab emosi marah-marah memang hodoh untuk dibaca. cerita yang gembira, next entry baru ada, untuk kali ini, bacalah cerita hodoh ini dahulu.

perasan tak?.macam aku dah lama tak kongsikan rasa marah dalam blog, selalu aku simpan je diam-diam. tapi kali ini aku ada sebab nak kongsikan rasa marah ni. oleh sebab kau orang dah pun klik ke sini, maka silalah baca entry ini baik-baik, semoga menjadi iktibar kepada yang  berkenaan.


bukan senang nak dapatkan peluang 5 saat bersama trofi piala dunia.


pameran eksklusif ini berlangsung di tingkat 3 MidValley Exhibition Centre, mulanya aku ingat boleh lah masuk ke area pameran ni sewenang-wenangnya. (ceh, kalau camtu dah lama area pameran nie memuntahkan manusia). nak masuk kena ada tiket, sama ada dapatkan tiket dengan membeli McD prosperity burger, atau beli 5 tin coca cola. oleh sebab aku dan kak izat dah kekenyangan, bagi prosperity percuma pun belum tentu aku berselera. so aku decide beli jela coca cola (di ground floor). 5 tin coca cola free 1 ticket, so kami kena beli 10 tin baru boleh dapat dua tiket.

macam tak fun kalau usung 10 tin coca cola ni pergi pameran, maka aku decide cari locker berkunci di jusco, memerlukan 2 keping syiling 50 sen. tapi aku dan kak izat sama-sama tak ada duit syiling tersebut. then aku suruh kak izat pergi beli something cheap dekat jusco, then mintak dibalikkan syiling 50 sen supaya kami boleh guna untuk locker berkunci tersebut. tapi cashier jusco tu memang hampas, dia taknak bagi kerjasama.

aku naik tingkat atas dengan menggunakan eskalator dalam jusco. di tangan aku tengah pegang satu tin coke yang dah luak separuh. ikutkan hati aku nak curahkan saja air coke tu dekat deretan pakaian. tapi macam aku ni masih berhemah agaknya, so aku tak buat la macam tu. dalam hati aku dah berbuku, mana boleh aku bersikap baik dengan hampagas bengong. so aku pun curahkan air coke tu atas lantai jusco. 3 kali curah time line clear. ambik kau!

kau pernah dengar tak pepatah buat baik dibalas baik, buat bengong dibalas bengong, inilah dia yang aku nak tunjukkan.


entry habis secara tiba-tiba.




TammaT.



18 comments:

TMUkmkd said...

erk. kejam! haha apa la diorang tu tak reti nak bagi customer service sikit :)

Ery said...

Customer always rite

Wanie-san said...

emmmm...begitu sengal ya...huhu

FarhanaDr said...

Wahhhh!!!! Sara.. Itu kau kah? Hik hik.. Syabas mere bete.. Hehe.. Kadang2 kesengalan berlaku smpikan wat kita pon jadi sengal kan.. Huhu..

Moon Death Spell said...

kalau saya jadi awak.. saya jerit kuat2.. SAYA TAK KIRA SAYA SAMAN AWAK... heheheh

luvly mya said...

naa,,x berhemah sungguh pekerja jusco tu.eheh

ASaDa RyutaRo said...

weyyy... asal cerita ni separuh??
mana penutup cerita??

*cikgu BM marah..

nursarah said...
This comment has been removed by the author.
nursarah said...

# TMUkmkd
spesis bengong memang cam gitu. tak kena siram muka tu dengan coke dah untung. muahaha!

# Ery
yang ni I sokong..=)

# Wanie-san
sengal perlu dibalas sengal.

# FarhanaDr
haa, inilah aku bila dicabar sedemikian. muahaha!

# Moon Death Spell
tak yah saman, kita balas diam2 sudeyh..haha

# luvly mya
dan sayang nya die silap org untuk pamer sikap tidak berhemah.

# ASaDa
entry seterusnya akan bersambung kemudian. wakaka

seimura said...

hah???

tetiba aku nak prosperity burger..

*komen xde kaitan ngn entri huahahah.

.millalara. said...

wah.. tahniah kerana berjaya mempamerkan sikap kejam.. huuu~ *kagum*

deusXmachina® said...

trofi world cup punya pasal
erk888

apa pun, kekejaman anda harus dikagumi

ini blog wirdah said...

haha.. syabas. consumer yg bijak.. tindakan wajar.hiks :)

fiD said...

sarah, kalu aku jadi ko, xpayah la,,, memmg kuan ajo kena beli air pulok, kalu 1 xpekan, hmmm

Si budak Aboi said...

aduh xper ni mesti x dpt tgk piala tu dekat2 kan!

beautiful_rose said...

wah mmg cubaan berani mati dgn mencurahkan air coke di atas lantai shoping complex!
sgt kagum dgn kau.

betul tu buat baik di bals baik buat bengong di balas 2x bengong.

aku png alami marah juga...hahah rsenye mcm aku dah terlebih marahkan.tiap2 mggu entry pnuh emosi.

pnh aku lari mse oder makanan kt restoran y mne pekejenye x mesre alam.aku dah duduk kt kerusi 20mint br terhegeh2 die ambk oder.sedgkan seblm tu die da mpk aku msuk kedai,tp die sebok dgn hp.
nak tggu makanan smpi punye la hazab..1/2ja aku tggu x smpi2 gak.sedgkan mse tu org x ramai pon...then aku pon blah mcm tu jerk.

cik nurulain said...

why so serious? hahhaahah~

aiyok sarah dah ngamok. da tukar jadi warna ijau. heheheh~

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

TRUK...