Sunday, January 24, 2010

tips bagi mereka yang baru nak belajar memasak.

jangan citer bab masak air, masak mee maggi atau goreng telur. benda kacang camtu tak perlu kepada tutorial. pandai-pandai la sendirik.

ok. walaupun aku ni bukanlah pakar bab memasak. maka tak semestinya aku tak boleh bagi tips. siapa yg dah pakar memasak, boleh tolong add on mana2 kekurangan dalam tips nih. ok!





ini hiasan je la, pi baca tips sana. dush!



dan tips ini adalah yang asas je, yang level terbawah la senang kata. lelaki dan perempuan boleh praktik. tiada diskriminasi. ok, jom ushar apakah tipsnya.



1) jangan segan masuk dapur.
segan kat sini bermaksud malas. jika tidak masuk dapur untuk tujuan memasak, at least masuk dapur untuk tengok orang lain masak. bukan masuk dapur untuk tujuan makan sahaja.

2) membuat pemerhatian.
basic dalam belajar, adalah dengan membuat pemerhatian. contohnya, perhatikan cara emak basuh beras. perhatikan cara emak siang ikan/udang/sotong. perhatikan cara emak potong daging. dan lain-lain.

3) bertanya.
sambil membuat pemerhatian, boleh juga bertanya sebarang persoalan kepada emak anda. macam aku pernah tanya mak aku, kenapa mesti potong daging secara tidak selari dengan urat daging. then emak jawab, supaya daging cepat empuk apabila dimasak. mesti bertanya untuk tujuan ilmu pengetahuan, bukan banyak tanya sampai emak anda rasa rimas then menghalau anda supaya keluar dari dapur.

4) mencuba sendiri apa yang anda perhatikan.
takkan selamanya asyik jadi pemerhati, maka haruslah mencuba lakukannya sendiri. dan lebih baik jika dilakukan di bawah pemerhatian emak anda,  supaya dia boleh tegur anda jika anda tersalah. kalau pertama kali siang ikan, cuba la dalam 3,4 ekor ikan. jangan cuba siang sekilo terus, dibimbangi hancur pula ikan-ikan tersebut. belajar slow-slow. jangan tergesa-gesa.

5) jangan takut 'memasak'.
sesetengah orang takut kupas bawang nanti pedih mata, atau takut dengan minyak panas dalam kuali. yelah, mungkin takut terpercik kena tangan ke apa. aku pernah kena marah ngan emak bila bagi alasan takut terpercik minyak time nak terbalikkan ikan goreng dalam kuali, kena sergah ngan emak, "bukannya mati pun kena minyak sket". adei. ambik kau terkena sebijik. pastu aku dah tak gelabah dah bila goreng ikan ke ayam. pandai-pandai la menjauh sket dari kuali panas tu kalau takut terpercik.


....................................................................................................


ok, setakat ini dulu tips yang aku boleh kongsikan. akan datang aku bagi pulak tips memasak untuk level seterusnya.







TammaT.

25 comments:

kawie2020 said...

pic tu masak sardin ker? my feveret tuh... hehehhehehehe

cik nurulain said...

sarah nak tukar jadi blog chef sarah ke apa ni?

heheh. CN hasler tu takde lah. tapi kalau dah terpaksa, mmg CN tekad je campak-campak apa yang ada. tak mati punya. :P

sharamli said...

eh..0rg selalu je mas0k dap0r utk wat pemerhatian..

sama ad dah siap ke bl0m..xsab0 nak mkn ...ha3

deusXmachina® said...

cett igtkan nak bg resepi td
erk888

Uruchimaru @ kf said...

ehem3 gwe bab2 siang2 ni gwe pass beb..cume bab masak2 aje kantoi !

dila said...

kalau goreng ayam...wajib berperisai dengan tudung periuk..hehe.bleh bawak melecur oo..

sI tEDI said...

org pompuan wajib g dapur. tahu memasak. ekekkeke..
ini kalau nak tumbuk bawang oun macam nak g berperang.. apa kes? ekekekke

FarhanaDr said...

Aku suke blajar masak.. Sbb mcm satu terapi jek aku rasa.. Kan?

nursarah said...

# kawie
bukan sardin la, paprik ayam tuh..haha

# cik nurulain
haha, takdela taraf chef, sket2 je boleh la..

# sharamli
then sampai bila ko nak berperangai begitu?..adei

# deus
resipi aku bagi lain kali k..=p

# Uruchimaru
ala, masak campak2 bukan susah pown. haha

# dila
haha, dulu aku camtu gak, la ni dah berani sket..ekeke

# si Tedi
itulah kesnya.. kena byk practice lagi..haha

# FarhanaDr
yes, terapi aroma. ekekeke

Sharinginfoz said...

bagus tips.. memang kelakar kan kalau nak belajar masuk kenalah pi dapur takkan nak masak dalam bilik tidur pulak.. so rajin2 le masuk dapur....

Ada apa ngan Facebook????

Tak ada kerja?? Jom sini

Shahrul Azry said...

eleh..

seimura said...

huh aku nak cari laki kaya n suh org gaji je masak.

serius aku mmg pemalas nak masak walaupun aku reti n pandai memasak hahahaha.

joegrimjow said...

eherm eherm
xley lawan tips ku

gunakan perasa kasih sayang

hehe

Farihah Ahmad said...

Mnusuk kalbu punya entry. Aku xreti masak. Hadoih.

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

tip berguna untuk semua...
untuk memulakan sesuatu...

kodok hijau the ghost writer said...

boleh buat bini ni hahahaha

pak long said...

salam...
ni baru real nak belajaq masak...baru masak apa yang dimasak....kena pikir masak-masak..

Wanie-san said...

Msk mmg senang...Kne try n error..

tp klu memasak duk sebelah org yg terer mampus t'ketar2 nak masak..mesti ade je yg xkne...

[z@ck] said...

terima kasih cikgu.
=)

Ms.Independant said...

Kene brani mencubakan...
tak cuba tak tahu!!!
huhu

:)

nursarah said...

# sharinginfoz
haa, boleh je nak masak kat bilik, masak dalam mimpi..haha

# shahrul
apa yg eleh nya?

# seimura
adei, sedap ke org gaji masak. tak lalu den

# joegrimjow
kalau siang ikan pun tak pas mana nak datangnya kasih sayang..haha

# farihah
belajar.belajar.=p

# meniti senja
yup. untuk semua, lelaki n pempuan.

# kodok hijau
pembetulan, boleh buat menantu.ekeke

# paklong
mmg real, bukan cubaan. haha

# Wanie-san
haha, kalau ada yg terer giler biar je die masak sorang2. =p

# z@ck
haha, cikgu masak memasak ke..adei

# Ms.Independant
yup.belum coba belum tau

nursarah said...
This comment has been removed by the author.
ecaBONEKA said...

mcm sedap jeaa dlm pic tuuu, nnty aku upload aku msak ayam msak mera yg tak jadi punyeee, HAHAHA :))

btw tips kau mang berguna tok aku, tpy dapo uma aku berasap sbb aku sendiri ohh, cittt ! bangga lakk, HAHA. yelaa, mak aku tak slalu ade kt uma kan ;)

ecaBONEKA said...
This comment has been removed by the author.
avid gunner said...

diforward untuk bacaan adik aku..haha..