Posts

Showing posts from February, 2013

Cucu Pertama Mak dan Abah.

Image
Siti Nur Jannah bt Mohd Syafie. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. kakak saya yang mendirikan rumahtangga pada April 2012 telah selamat melahirkan baby girl pada 12 Feb 2013 yang lepas. eksaited betul kami sekeluarga dapat ahli baru dalam famili. sebab ini anak buah auntie yang pertama. maka eksaited tu over n over. sementara auntie belum kawen n belum ada anak sendiri, so anak buah dapatlah kasih sayang yang melebih-lebih. Hahaha. auntie mithali ni. leulz. walaupun masa dia lahir, auntie baru je beberapa jam balik dari segamat ke putrajaya, sebab nak tengok newborn punya pasal, kerja 3 hari then balik lagi ke kampung. mana aci, adik beradik lain semua ada kat kampung dapat tengok newborn. mana boleh antie tak dapat peluang.  lepas dapat tengok newborn, ada gak ambik peluang tukar pampers si kecik ni sekali, haha, *1st time tu bersihkan berak baby. peluk cium puas-puas, ambik gambar, rakam video buat simpanan dalam handphone. barulah lega nak balik semula ke

Banyak Bercakap Kurang Mendengar

Ya. bila cakap banyak tak henti-henti. maka kuranglah nak dengar. sebagai contoh. dengar orang sebelah bergosip pasal si polan. tak tanya habis lagi, tak siasat lebih dalam lagi, tapi cepat ja buka mulut bercerita kepada A, B, C, D, E hingga Z. lepas tu sampaikan cerita versi dia sendiri. tambah garam, gula, ajinomoto, biar cukup rasa so cerita makin sedap untuk disebarkan. dan seterusnya. itulah kata, mengumpat ni memang sedap, menokok nambah lagilah sedap. Tambah sedap lagi, sudahlah tak tau cerita sebenar, tapi mahu jadi hero datang kepada orang dan menasihati begitu begini, nak nasihat tu bagus, tapi kalau topiknya tak tepat, kan ke memalukan diri sendiri. contohnya, dapat tahu officemate ni tak tidur rumah sendiri, terus kata budak tu liar, padahal orang tu bermalam rumah adik dia, atau pakcik dia, kan ke elok-elok konon nak nasihat tapi dah jadi fitnah. sebelum bercakap. belajarlah untuk lebih mendengar, tak tahu, bertanya. kalau malas nak tanya, diam je, jangan suka pan

2013 dan CRUSH.

Assalamualaikum. Salam 1 FEB. Alhamdulillah. Januari berlalu dengan baik. Hidup masih sangat baik di Putrajaya. InsyaAllah akan stay lebih lama lagi, entah kenapa. rasa macam life kat Putrajaya ni best sangat. walaupun ada cabaran kecil sikit-sikit, tapi yang manis lagi banyak. duk KL dulu banyak pahitnya. seperti cinta yang putus di suku jalan. contohnya lah. Sobs. 2013 patutnya umur dah nak masuk 26 tahun, (walaupun patutnya lambat lagi sebab tarikh lahir bulan Nov). tapi kalau orang tanya umur aku. terus terang je bagitau 26 tahun. perasan senior dah kengkonon bila melepasi usia 25tahun. tapi single lagi you so tak ada la senior sangat, awet muda lagi sebenarnya. Haha! segan sebenarnya nak sembang pasal crush di umur begini. (feeling dah terlalu matang nak buat ayat "I have crush on you"). tapi nak buat macam mana. memang titlenya crush saja. bukan boyfriend. takkan nak kata calon suami sedangkan tengah perasan sorang-sorang kan. T________T. 2013 dan crush b