Banyak Bercakap Kurang Mendengar

Ya. bila cakap banyak tak henti-henti. maka kuranglah nak dengar. sebagai contoh. dengar orang sebelah bergosip pasal si polan. tak tanya habis lagi, tak siasat lebih dalam lagi, tapi cepat ja buka mulut bercerita kepada A, B, C, D, E hingga Z. lepas tu sampaikan cerita versi dia sendiri. tambah garam, gula, ajinomoto, biar cukup rasa so cerita makin sedap untuk disebarkan. dan seterusnya. itulah kata, mengumpat ni memang sedap, menokok nambah lagilah sedap.

Tambah sedap lagi, sudahlah tak tau cerita sebenar, tapi mahu jadi hero datang kepada orang dan menasihati begitu begini, nak nasihat tu bagus, tapi kalau topiknya tak tepat, kan ke memalukan diri sendiri. contohnya, dapat tahu officemate ni tak tidur rumah sendiri, terus kata budak tu liar, padahal orang tu bermalam rumah adik dia, atau pakcik dia, kan ke elok-elok konon nak nasihat tapi dah jadi fitnah.

sebelum bercakap. belajarlah untuk lebih mendengar, tak tahu, bertanya. kalau malas nak tanya, diam je, jangan suka pandai-pandai. tak kiralah anda tua ke muda, jangan rasa bila diri lebih tua maka diri kita lebih betul dari yang lebih muda. lebih makan garam kononnya. but actions speak louder than words. tindakan kita yang cerminkan siapa kita. 

banyak lagi contoh lain yang boleh dikaitkan dengan 'Banyak Bercakap Kurang Mendengar' ni. Lu Pikirlah Sendiri.


Comments

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S