Friday, February 1, 2013

2013 dan CRUSH.

Assalamualaikum.

Salam 1 FEB. Alhamdulillah. Januari berlalu dengan baik. Hidup masih sangat baik di Putrajaya. InsyaAllah akan stay lebih lama lagi, entah kenapa. rasa macam life kat Putrajaya ni best sangat. walaupun ada cabaran kecil sikit-sikit, tapi yang manis lagi banyak. duk KL dulu banyak pahitnya. seperti cinta yang putus di suku jalan. contohnya lah. Sobs.

2013 patutnya umur dah nak masuk 26 tahun, (walaupun patutnya lambat lagi sebab tarikh lahir bulan Nov). tapi kalau orang tanya umur aku. terus terang je bagitau 26 tahun. perasan senior dah kengkonon bila melepasi usia 25tahun. tapi single lagi you so tak ada la senior sangat, awet muda lagi sebenarnya. Haha!

segan sebenarnya nak sembang pasal crush di umur begini. (feeling dah terlalu matang nak buat ayat "I have crush on you"). tapi nak buat macam mana. memang titlenya crush saja. bukan boyfriend. takkan nak kata calon suami sedangkan tengah perasan sorang-sorang kan. T________T.

2013 dan crush baru. tak sesuai nak cerita detail. jadi simpan sajalah sorang-sorang. atau mengadu pada Allah bahawasanya aku sedang sukakan seseorang ni. Jika aku tak bertepuk sebelah tangan, semoga Allah yang tunjukkan jalannya. Aminnn.



1 comment:

FarhanaDr said...

Diriku pun menyimpan feeling2 crush ini, nak masuh tahun keempat. Bila usia dah masuk 26 lagilah bak kata kamu, segan nak sembang soal crush. Semoga DIA tunjukkan jalan. :)