Monday, September 5, 2016

9 bulan 10 hari?

39 minggu 2 hari. 

hai readers. penulis belum bersalin lagi hehehe. so confirm lah anak kami ini adalah Baby September. syukur ke hadrat Allah kerana telah memberiku nikmat mengandung hingga ke 39 minggu atau mungkin jejak 40 minggu. lebih 9 bulan dah kandungan ni dibawa ke mana-mana. Alhamdulillah atas nikmat ini, Allah sentiasa menjaga si ibu dan bayi. pernah banyak kali nak terjatuh atau tergelincir tapi setiap kali itu juga Allah selamatkan kami. terima kasih ya Allah, Dialah sebaik-baik pelindung.

sebak pulak, pengalaman mengandung ini bakal berakhir tak lama lagi bila aku dah melahirkan. aku pasti tak dapat melupakan setiap suka duka susah senang membawa zuriat dalam perut selama lebih 9 bulan. rasa terima kasih yang tak terhingga kepada suami yang melayan isteri mengandung dengan super tip top. begitu terharu bila dikenang. 

dari awal mengandung yang diserang alahan dan emosi tak stabil. 2nd trimester yang berselera hebat. dan 3rd trimester yang sentiasa isteri ini mengadu lapar tak kira waktu. walaupun kadang ada masa malas makan sebab dah taktau nak makan apa, dah boring, tapi suami suruh jugak makan. kadang aku makan oat atau nestum. setiap pagi suami akan sediakan sarapan walaupun cuma roti gardenia coklat atau nasik lemak tepi jalan. setiap malam balik dari kerja mesti ada makanan dibungkus bawak balik. kadang nasik goreng, kadang waffle coklat. sepanjang 3rd trimester berat naik sangat mendadak sebab lapar setiap masa. now dah 74kg. 

sejak kandungan 32 minggu, aku dah tak memandu sendiri ke tempat kerja. suami akan hantar and akan jemput. nasib rumah tak jauh dalam 8 minit drive kalau tak jem. tapi bila balik kerja mesti jem sampai jadi lebih 15 minit.


suami sebenarnya tak suka fast food. dia cuma suka cheezy wedges je. aku pulak time ni saja lah nak try rice bowl tu. bolehlah sedap tapi ketulan ayam tu sikit sangat. 


aku masih bekerja lagi walaupun due date tinggal 5 hari, tapi minggu ni last lah aku kerja sebab next wek dah Raya Haji so aku terus bercuti bersalin dan bercuti raya sekali. mungkin baby ditakdirkan untuk lahir kat Muar lepas tu terus jumpa nenek dan atuknya. aku tak stress pun fikr pasal bila nak bersalin selagi belum sampai due date. just enjoy this moment. aku percaya baby akan keluar bila tiba masanya dan semua proses tu semulajadi. tak perlu minum milo+marjerin/air selusuh bagai nak cepat2 bersalin. tanya my mom dulu pun sakit bersalin tak sampai 4 jam aku dah keluar dari perut. semoga aku pun dipermudahkan kelak, sakit tak lama baby pun keluar. Aaminn. 

mohon didoakan untukku dan bayi. semoga selamat semuanya. mudah-mudahan.

Thursday, August 18, 2016

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Assalamualaikum. bertemu kembali. penulis masih belum bersalin dan sedang menunggu hari dengan penuh kesabaran dan perasaan berdebar. lagi 3 hari kandungan dah cukup 37 minggu, consider full term dan baby dah cukup matang untuk dilahirkan. Jadi sementara menunggu baby nak keluar, mari kita kongsikan sedikit pengalaman ibu mengandung ini tentang 'scan baby' sepanjang check up di Klinik Kesihatan. 

Baru-baru ni masa kandungan dah genap 36 minggu, adalah kali terakhir ibu tengok baby melalui ultrasound. dan sebelum itu, Klinik Kesihatan scan baby pada usia kandungan 10 minggu dan 29 minggu. Jadi kita start dari scan minggu ke 10.

Ibu mula buat buku pink masa kandungan 5 minggu 3 hari. buat awal sebab kandungan pertama, excited nak tau betul ke mengandung. lepas cek UPT +ve bila 10 hari lewat datang bulan. disebabkan ibu memang tak ada masalah period, kalau period datang lambat berbungalah harapan di dalam hati. InsyaAllah hamil. Klinik Kesihatan tak akan scan masa kandungan 5 minggu. sebab memang belum nampak apa-apa lagi. Kandungan baru nak mula terbentuk and belum jadi baby lagi. so next check up baru scan, iaitu sebulan kemudian. 

masa kandungan cukup 10 minggu, ibu turun berat 3.4kg. alahan teruk sejak 2 minggu sebelum tu sampai hilang lebih dari 3 kg. nurse terus refer ke doktor and boleh scan sekali. untuk makluman, monthly check up kat Klinik Kesihatan ni bukan setiap kali check up kita akan jumpa doktor. biasanya nurse sahaja yang cek. cuma if ada masalah tertentu macam berat turun banyak sangat or bacaan Hb low sangat or tekanan darah terlalu rendah atau tinggi nurse akan refer kita kat doktor. 

masa kandungan 10 minggu. kali pertama ibu 'jumpa' baby dalam skrin. I can see you. baby dah cukup sifat and boleh bergerak-gerak sendiri. cute sangat. i know masa ni ukuran baby sangat kecil, maybe separuh saiz dari tapak tangan ibu. doktor kata baby okay walaupun berat ibunya turun banyak sangat dalam 2 minggu. Alhamdulillah. scan masa 9 atau 10 minggu ni penting untuk tengok kedudukan baby memang dalam rahim ibu and bukan kandungan luar rahim. sebab ada kes baby menempel dekat tiub fallopio. and penting nak tengok baby dah grow, dah lengkap menjadi bayi yang cukup sifat.

jadi kalau kandungan ibu-ibu baru 5 weeks or 6 weeks and scan belum nampak baby, ianya normal. sebab tu Klinik tak scan awal sangat. biasanya minggu ke 9 atau 10 baru Klinik Kesihatan akan scan. then doktor akan bagitau yang diorang akan repeat scan masa kandungan dah 28 atau 29 minggu. so sepanjang dari 10 minggu ke 28 minggu tu memang Klinik Kesihatan tak scan. cuma check up biasa sahaja, melainkan kalau ada masalah tertentu. kalau nak scan jugak boleh pergi Klnik swasta. 

ok. masa dah 29 minggu. masa ni dah masuk 7 bulan. baby pun dah besar so bila scan tak boleh nampak keseluruhan tubuh badan baby dalam skrin. alat scan tu doktor akan gerak-gerakkan dari bawah perut sampai atas untuk tengok anggota badan baby satu persatu. biasanya ada beberapa ukuran akan diambil untuk tahu perkembangan baby normal ke tak dengan usia kandungan. and bila scan ni jugak dapat tahu kalau kepala baby dah kat bawah dan uri berada di atas. boleh tahu anggaran berat baby dan jugak bacaan air ketuban. Alhamdulillah masa ni semua bacaan and ukuran adalah normal. masa ni berat baby 1.38kg. and baby jugak tunjuk jantina dia kat ibu. tepat seperti yang suami jangkakan.

then last sekali masa scan 36 minggu iaitu kali terakhir sebelum melahirkan, tak banyak beza dengan scan masa 29 minggu. cuma cek tumbesaran baby jela banyak jugak berubah dengan jayanya selepas 7 minggu dari scan yang lepas. berat baby dah 2.82kg. baby dah ready untuk keluar bila-bila masa sebab kepala baby pun dah masuk laluan. ibu harap baby akan keluar bulan Ogos. risau jugak kalau baby membesar lagi dengan jayanya ibu tak mampu nak teran nanti. tapi apa-apapun berdoa je pada Allah semoga segalanya dipermudahkan. ibu dan baby sihat sehingga melahirkan kelak. Aaminn.

orait. itu saja perkongsian kali ini. jumpa lagi tak pasti lah next post nanti mungkin ibu dah bersalin agaknya. Hehe.






Tuesday, August 2, 2016

Jurugambar Perkahwinan Muar EzyWedStudio


Assalamualaikum. entry ni khas nak share gambar-gambar kawen sahaja. Ok. aku dapat harga yang sangat berpatutan dengan servis untuk hari nikah dan majlis sanding pada dua hari yang berbeza iaitu Jumaat dan Sabtu iaitu harga bawah RM1600.00, cover majlis nikah, majlis sanding dan outdoor.

Fotografer ni aku memang tak kenal and dapat contact pun melalui Google je. aku booking 4 bulan awal dari majlis, kebetulan slot tarikh majlis kami masih kosong. kami cuma deal melalui wassap dan email sahaja. tak ada jumpa pun, aku konfiden dengan hasil kerja beliau melalui Facebook Page beliau iaitu EzyWedStudio. 

Korang boleh search sendiri, dalam Intagram pun beliau guna nama yang sama jugak EzyWedStudio cuma mungkin beliau jarang post latest update sebab team diorang super busy tetiap minggu ada job. But seriously service sangat bagus, sporting sepanjang majlis dan hasil kerja boleh dapat lepas 2 bulan dari majlis. pantas bukan?

customer akan dapat album glass cover, 1 frame gambar (glass jugak), (ukuran tertentu bergantung pada pakej) dan gambar dalam dvd (unlimited) yang telah diedit cantik dan random shoot. fotografer akan snap gambar-gambar suasana majlis jugak bukan gambar pengantin sahaja. 

Ok jom tengok gambar.














ok, ni antara hantaran pihak lelaki dan perempuan. sebahagian je tak upload semua. jujurnya semua hantaran ni digubah sendiri. simple je, beli bekas tu then tampal reben and letak bunga. sempoi je. barang hantaran pun benda basic je. set kosmetik untuk aku takada pun sebab aku memang prefer barang yang memang aku pakai. kalau aku tak pakai buat apa nak letak dalam hantaran kan. 




itu dia Jurunikah kami yang sporting, my husband langsung tak kena interview bertuah sungguh. terus proceed je akad nikah. maybe sebab ada dua pasang pengantin kan takut lama pulak nak habis. untung selamat dua-dua pengantin lelaki tak kena soal apa-apa.

ok, layan jelah gambar kat bawah ni. pengantin lama yang baru nak share gambar kawen. Hehehe.








with my ofismate, masa ni beliau tengah sarat mengandung, lagi sebulan nak bersalin.




this is my friend masa form1-form3 kat SMK Munshi Ibrahim Labis. beliau datang bawa baby boy. Pengantin pun ambik berkat. Hahaha. ni salah satu random shoot.




ok next.





















lokasi outdoor kami ialah di landasan keretapi Labis. rasanya ini je tempat yang macam okay yang paling dekat dengan Felda Maokil. 15minit drive dah sampai. nasib juga cuaca ok sebab masa ni kul 4.30 petang sebenarnya baru lepas hujan. mula-mula dah bimbang jugak takut tak ada peluang nak shoot outdoor, tapi hujan stop masa kami dah sampai sini Alhamdulillah.

ok. itu saja entry kali ini. harap dapat membantu calon-calon pengantin di luar sana yang berminat perlukan servis wedding fotografer di Johor.




Monday, August 1, 2016

Jodoh dan Rezeki.


Benarlah jodoh itu rahsia Allah. datanglah sejuta calon pun, kalau dah jodoh kita dengan seseorang, Allah telah sediakan episod pertemuan dan perjalanan menuju perkahwinan melalui jalan yang tidak kita sangka.

Tak pernah terfikir akan kawen dengan orang yang berasal jauh dari bumi Kelantan. Tak pernah terfikir juga berjodoh dengan lelaki yang lebih muda 4 tahun. (Nasib baik aku ni awet muda kahkahkah).

Kita mula kenal pada tahun 2013, masa tu umur aku dah 26 tahun. Actually dari umur 23 hingga 25 memang aku kerap fikirkan soal jodoh. Siapalah gerangannya kenapalah tak jumpa-jumpa lagi. Then bila aku stop fikir, tak semena-mena ia datang. 


Berkahwin di usia 28 tahun pada tahun 2015. Aku panjat rasa syukur Alhamdulillah. Allah beri jodoh pada masa yang tepat, masa kita benar-benar dah sedia. 

Allah kurniakan jodoh yang tepat, slow-slow hidup aku jadi tersusun. 

Masa aku decide nak kawen tahun 2015, beberapa perkara juga Allah susun dalam hidup aku. Dari seorang yang taktau ke mana nak pergi, asyik tukar kerja setiap tahun, Allah kurniakan rezeki yang tidak disangka. Mungkin betul, rezeki orang nak kawen.

Aku dapat panggilan temuduga kerja kerajaan pada November 2014. Abah yang hantar aku masa tu temuduga kat Batu Pahat. Aku cuma gunakan kelulusan SPM dan Sijil Darjah Khas.

Aku dapat jawapan temuduga pada akhir bulan Januari 2015. Aku berjaya dapatkan jawatan tetap sebagai Pembantu Hal Ehwal Islam di negeri kelahiran sendiri iaitu Johor. sangat tak sangka aku antara 40 insan terpilih dari 200 lebih calon.

Aku pergi taklimat jawatan pada Februari 2015. Aku lapor diri untuk mula bekerja pada April 2015.

Now Alhamdulillah, aku pun dah pregnant 8 bulan, dan aku dah pun dapat surat GL untuk aku bersalin secara percuma di Hospital Kerajaan, dan InsyaAllah cuti bersalin 90 hari. Macam magik perancangan Allah. cantik dan teratur tak siapa boleh ramalkan.

Buat masa sekarang ni fokus kerja dan anak dulu untuk kami suami isteri. Tahun depan kalau ada rezeki mungkin akan ada plan nak bisnes kecil-kecilan. Mestilah bisnes makanan, lebih 4 tahun experience kerja kafe dan kedai makan dulu InsyaALLAH akan digunakan sebaik-baiknya. Any update memang aku akan story kat blog. Ya. aku masih seorang blogger yang minat menulis. Sila jangan jemu membaca.


 


Sunday, July 24, 2016

Perubahan Fizikal Ketika Mengandung.


Assalamualaikum. lama dah kan tak nampak penulis?. this is me pada 33 minggu kehamilan. ada beza ke dengan sebelum pregnant?


Sejujurnya aku ni memang dah mengembang sebelum kawen lagi. sejak plan nak kawen (a year b4 wedding date) hati memang riang kuat makan, hati senang lah orang cakap. dari 60kg ke 67kg. plan nak diet sebelum kawen pun kelaut sebab aku baru dapat kerja kerajaan (ofis hour) April 2015. faham-fahamlah kerja menghadap PC, duduk berjam-jam, menternak lemak lah jawabnya jadi perancangan untuk lose weight gagal sama sekali. aku memang kawen masa tengah gemuk. mujur baju wedding yang ditempah tu muat dengan badan.

lepas kawen memang aku plan nak terus dapat baby. memandangkan umur aku masa kawen pun dah 28 tahun. beberapa bulan sebelum kawen lagi dah mintak kat Allah agar diperkenankan hasrat nak dapat baby secepat mungkin. Alhamdulillah Allah makbulkan doaku. kalau ikutkan usia kandungan aku sama dengan usia perkahwinan jugak. aku nikah 11/12/2016 and EDD aku 10/9/2016. aku tak sempat period pun lepas kawen. bunting pelamin kata orang.

ok. cerita bila pregnant ni perkara paling ditakuti ialah pertambahan berat badan mendadak sebab biasa dengar if pregnant akan bertambah berat 10kg ke atas. takkanlah berat aku cecah 77kg b4 bersalin. atau 80kg. aku ni dah la rendah je orangnya. tak sanggup nak mengembang and berjalan macam penguin. kalau korang jenis slim melim takpelah tak kisah sangat. untuk kategori terlebih BMI macam aku ni sumpah takut nak mengembang lagi. Kahkah.

Berat aku now 69.5kg. Thank you baby sebab dah sedut zat sedia ada dari mommy yang terlebih zat ni. Actually terima kasih kepada alahan 2 bulan yang aku hadapi masa 1st trimester sampai hilang 4 kilogram. jadi berat aku untuk setakat dah 8 bulan kehamilan ni naik 2.5kg dari berat sebelum mengandung. Kalau dilihat dari segi fizikal pun cuma perut yang nampak beza. bahagian lain memang dari asalnya dah berlemak. muka aku pun tak bertambah tembam pun sebab memang dah sedia tembam. 

aku syak mungkin ni faktor keturunan. emak dan kakak aku masa pregnant pun tak mengembang. Seingat aku, masa emak aku dah 7bulan keatas barulah aku perasan aku nak dapat adik baru. Macam tiba-tiba je emak dah nak bersalin. eh. aku pun masih pakai baju kurung pegi ofis sampai kandungan dah 32 weeks (7 bulan lebih). now dah 33weeks baru simpan semua baju kurung n pakai jubah pulak. jubah pun aku tak beli tapi pinjam dari kakak. sebab nak pakai dalam sebulan lebih je lepas pantang pakai balik baju sebelum mengandung kan. lagipun aku lebih kepada nak control belanja, lebih baik buat beli barang baby dari beli barang mommy. 



izinkan mommy selfie. 

kalau ikutkan kurang dari 7 minggu je lagi nak jumpa baby. perasaan sekarang ni berbaur sangat-sangat. tak sabar pun ada, berdebar pun ada. maklumlah zero pengalaman. 1st mom kan. hanya mampu berdoa je agar aku mampu harungi saat-saat melahirkan nanti dengan tenang dan tabah. 33 minggu hamil, aku masih drive sendiri pergi ofis memandangkan ofis bukan jauh pun cuma 5 minit je drive kalau tak jem. kalau jem pun adalah dalam 15 minit paling lama. 

setakat ni Alhamdulillah aku belum mengalami kaki bengkak atau kebas-kebas tangan. secara fizikalnya Allah masih pinjamkan kekuatan untuk aku berjalan and buat aktiviti harian macam biasa. masih boleh memasak jika rajin, masih boleh mengemas rumah jika mahu. Hahaha. kemas rumah seminggu sekali je sebab aku kerja. tapi most of the time husband yang kemas. untung dapat suami yang pembersih dan tak suka tengok sepah-sepah ni. Hehe. 


ikutkan hati nak menaip banyak lagi tapi tak apa kita story lain kali. aku masih mahu menulis sebelum masuk hospital. Haha. 

Thursday, July 21, 2016

Pregnancy: Cara Kira Gerakan Baby


Assalamualaikum. 

Hari ni nak share sikit tentang info dan pengalaman mengandung dalam bab mengira pergerakan baby dalam kandungan. Ok. Biasanya bila dah pregnant 20 minggu dan keatas, mommy dah boleh rasa gerakan baby dalam perut. mula-mula akan rasa slow je macam kena sentuh-sentuh jentik jentik je camtu. tapi apabila kandungan makin membesar iaitu 24 weeks, mommy akan mula rasa kena kick dengan kuat sampai bergoyang-goyang perut. 

Klinik Kesihatan akan minta mommy catat pergerakan baby apabila genap kandungan 28 minggu. Ramai yang konfius cara betul nak kira, ok, ini yang aku dapat kongsikan apa yang nurse kat KK tempat aku ajarkan. Cara kira adalah tetapkan waktu dalam sehari tu 12 jam, biasanya dari pukul 9 pagi sampai 9 malam. Gerak baby mesti lebih dari 10x gerakan kuat. So mommy jangan bangun lambat sangat. Hahaha.

Let say start jam 9 pagi, fokus untuk rasa pergerakan baby yang paling kuat dan paling lama, kalau boleh yang lebih 20 saat gerakan. dan catatkan ia sebagai 1x gerakan. catat masa pada buku jadual gerakan baby yang ada kat Buku Pink. sebab everytime cek up nurse akan cek buku tu. so mesti catat. 

Biasanya kalau start kira pukul 9 pagi, pukul 3 petang dah cukup gerakan kuat. so tak perlu dah nak catat lagi. cukup 10x catatan masa then boleh stop kira. Tapi penting untuk ibu pastikan yang baby memang buat gerakan dalam jam-jam seterusnya. kalau sampai lebih 3 jam senyap je takde gerakan langsung mommy kena usaha usap-usap perut, makan dan minum atau mandi then tunggu respon dari baby. Kalau takde langsung gerakan kena refer Klinik berhampiran atau hospital supaya dapat cek keadaan baby. 

ok, my experience. baby Alhamdulillah aktif tak kira pagi petang siang malam, now dah masuk 32 minggu. baby pun dah memenuhi ruang dalam perut so kalau baby gerak sikit pun memang dapat rasa sangat-sangat. Kadang baby main tolak-tolak dari dalam perut, tak taulah baby tolak dengan siku ke lutut ke kaki ke tapi boleh nampak kesan tolakan dari luar perut tu. kadang boleh balas balik kita tolak semula slow-slow macam ajak dia main. Hehe comel kan. 

Perkembangan kandungan 32weeks ni. baju kurung dah tak muat. dah kena pakai jubah pergi kerja. sejak 28weeks sampai sekarang, aku mudah membuang air besar. macam lawas walaupun kadang tak ada makan buah pun. kadang boleh membuang lebih dari sekali dalam sehari, sangat beza dengan masa 1st trimester dulu kadang sampai 5 hari tak membuang air besar. 

Alhamdulillah kalau ikutkan aku lagi 6 minggu je lagi nak bersalin. aku masih boleh drive pergi kerja and turun naik tangga macam biasa. cuma malam memang ada masalah susah tidur walaupun mata mengantuk. tidur posisi macam mana pun serba tak selesa sebab badan akan arasa kebas kalau stay posisi sama lama-lama lagi-lagi kalau mengiring. kadang kul 2-3 pagi baru dapat tidur, tapi Alhamdulillah walaupun cuma tidur 3-4 jam Allah bagi aku kepuasan tidur macam dapat tidur lama. asal terjaga tengok jam eh lama lagi nak Subuh. 

Persiapan barang baby masih berjalan. belum complete sepenuhnya lagi. tapi aku tak risau sangat sebab badan masih kuat nak berjalan untuk shopping barang baby. Alhamdulillah aku yakin Allah akan permudahkan urusan perjuangan mommy to be ni. Aaminn. Semoga mommy2 di luar sana juga dipermudahkan urusan juga hendaknya. InsyaAllah. 


Tuesday, July 12, 2016

Selamat Hari Raya 2016.


Alhamdulillah. tahun ini 1st time beraya sebagai isteri. dah lama berangan nak beraya dengan suami. Ecewaahhh. sebenarnya beraya bertiga, dengan my baby dalam perut dah 7 bulan kandungan. Kalau ikutkan macam dah sarat, tapi gagah je sambut raya. cuma tak ambik gambar je sebab gemuk. Kahkah, tak boleh terima kenyataan.

Kami pulang beraya di Muar terlebih dahulu, sampai Muar malam Selasa. aku off day hari Selasa je. so sempatlah bersahur dan berbuka puasa kat rumah mak sehari sebelum raya. Raya pertama cuma husband aku je menantu lelaki yang ada kakak n adik yang dah kawen semua belum balik lagi. so husband dengan abah jela sama-sama pergi solat sunat Hari Raya kat masjid. ini kali pertama husband beraya di Johor. 



Baju raya 2 tahun lepas. ada baju baru tapi taknak pakai. Songkok je baru beli kat Giant Muar time malam raya. Samping songket pinjam abah. hahaha. pakai baju raya ni bertahan sampai Zuhur je. lepas Zuhur dah tukar. hahaha. panas katanya. tapi memang agak panas jugak masa raya hari tu. berpeluh je sentiasa. Thanks suami sebab berhari raya pertama bersama emak abah di Bakri Muar. lepas solat Hari Raya kami sekeluarga beraya rumah atuk di Kampung Tiong Baru. jumpa atuk n sekalian saudara mara belah emak yang ramai tu. 

Petang hari Raya pertama, lepas Asar kami bertolak pulang ke Tanah Merah Kelantan. bertolak jam 6 petang, sampai dalam pukul 2.45 pagi. Alhamdulillah jalan tak jem walaupun banyak kenderaan sepanjang perjalanan. 

One thing bila dah kawen ni, suami atau isteri tetap nak balik kampung masing-masing nak jumpa keluarga and sedara mara. tak kiralah raya ke berapa pun. Raya tanpa dapat jumpa orang tua sendiri adalah bukan Raya yang bermakna. dah pilih pasangan dari negeri jauh-jauh ni satu jela pengorbanan nak balik kampung kena drive 9-10 jam. Walaupun pada mulanya tak plan nak balik Kelantan sebab aku dah sarat, tapi last-last balik jugak. My dad suruh jugak kami balik Kelantan, dia kenangkan my mother in law yang merupakan ibu tunggal, mesti sedih kalau anak tak balik beraya. Yup, aku tak sempat kenal pun arwah ayah suami. masa kenal suami tak sampai setahun arwah ayah dia kemalangan jalan raya n meninggal dunia lepas seminggu kat hospital. 

Jadi walaupun sarat, kugagahi juga. Alhamdulillah aku okay sepanjang on the way. lenguh n sakit belakang tu biasalah. Sekarang memang sakit sana sini sebab perut dah makin besar. so next year aku memang kena arrange cuti raya panjang sikit sebab akan balik beraya di Johor dan Kelantan tiap kali Raya Puasa. 

rasanya itu saja update kali ni. jumpa lagi di lain hari. sorry gambar penulis memang tak ada sebab memang langsung tak ambik gambar raya kali ni. Hehehe. Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir dan Batin.

Wednesday, June 29, 2016

Pregnancy: Minum Air Gula dan Diabetis Ketika Mengandung

Assalamualaikum. Ok kali ni kita nak sharing sikit entry ilmiah untuk ibu-ibu hamil. Ada banyak persoalan bagi ibu-ibu bila ibu disahkan hamil, antara persoalan yang paling glamer adalah tentang prosedur minum air gula, siapa yang perlu/wajib minum air gula? untuk tujuan apa ada prosedur minum air gula? dan apa yang perlu dilakukan ketika ibu diminta minum air gula. 

Ok. ini perkongsian dari Klinik Kesihatan tempat aku cek up. Tak semua ibu hamil perlu minum air gula. Antara faktor ibu-ibu perlu minum air gula adalah:

1. Faktor keturunan, ada sejarah kencing manis dalam ahli keluarga
2. Berat badan berlebihan. Bergantung pada BMI, jika overweight atau obesiti ketika 1st time buat buku.
3. Kenaikan berat badan yang mendadak ketika hamil, iaitu lebih 2kg dalam sebulan. 
4. Faktor umur, hamil pada umur 30 tahun ke atas wajib minum air gula walaupun tiada sejarah kencing manis dan tidak obesiti.

Tapi ada jugak sesetengah Klinik Kesihatan yang wajibkan minum air gula seawal usia ibu 25 tahun. Tak pasti kenapa lain-lain. Ok tujuan minum air gula ni sebab nak kesan ibu ada kencing manis ke tak. iaitu nak tau paras gula dalam darah tinggi atau tidak. kalau tinggi iaitu lebih 5.5 (sebelum) dan melebihi 7.7 (selepas), so maknanya ada kencing manis and nurse kat Klinik akan pantau dengan prosedur seterusnya iaitu BSP.

Ok, sebelum masuk bab BSP, kita kongsi dulu cara minum air gula. 1st sekali kita akan dapat arahan dari nurse yang kita akan minum air gula pada tarikh tertentu, contohnya jika esok ibu dikehendaki minum air gula pada jam 8 pagi, ibu dikehendaki berpuasa pada malam ini iaitu dari jam 10malam. tak boleh makan atau minum. sebolehnya puasa yang betul-betul puasa tapi kalau ibu terlalu haus, boleh minum air masak tapi jangan minum banyak sangat. sekadar hilang dahaga je. 

ok, now hari minum air gula, contohnya datang klinik jam 8 pagi. minum air gula mungkin jam 8.30 pagi bergantung pada kesibukkan klinik tempat anda cek up, better datang awal so setel awal. sebelum minum air gula, nurse akan ambik darah kat lengan. dalam ukuran penuh 1 picagari atau 3/4 picagari. Then nurse akan bagi secawan air gula. kat tempat saya diberi perisa oren. habiskan dalam jangka masa tak lebih 10minit. pastikan habis dan tak muntah semula dalam masa 2 jam seterusnya (sehingga masa ambik darah kali kedua). kalau muntah test ni terbatal and kena repeat semula pada tarikh lain. dan dalam masa 2jam tu masih lagi kena puasa. tak boleh makan atau minum. 

Memang normal jika muntah masa minum air gula. mungkin sebab perut kosong dan air gula tu manis sangat. Tapi sebenarnya kita kena psiko diri sendiri dan anggap minum air gula ni senang je. Jangan fokus pada takut muntah/loya. Ada orang minum seteguk terus habiskan, tapi aku minum sikit-sikit dan telan. Alhamdulillah berjaya tak muntah sampai lah ke akhir hari tersebut. Mungkin jugak sebab aku minum air gula masa kandungan dah 5 bulan. Oh ya. aku kena minum air gula sebab dari 4 bulan ke 5 bulan tu berat naik lebih 2kg. Tapi result air gula aku adalah negatif kencing manis. maknanya paras gula dalam darah aku normal.

Bagi pemeriksaan BSP pula, prosedur ambik darah adalah 4 kali sehari. Yang pertama sama macam minum air gula jugak, iaitu pagi selepas 12 jam berpuasa. kemudian bacaan tengah hari iaitu 2 jam selepas makan tengah hari, kemudian malam iaitu bacaan sebelum makan malam dan yang akhir adalah bacaan 2 jam selepas makan malam. Bacaan ni bermaksud bacaan kandungan gula dalam darah atau senang kata kena ambik darah 4 kali dalam waktu-waktu tersebut. Jika bacaan semasa puasa lebih 5.5 dan selepas makan melebihi 7.7 maka nurse akan mark bahawa ibu ada kencing manis ketika mengandung. Mungkin akan kena cucuk suntikan insulin. 

Ok, cukup sekadar itu info ibu-ibu hamil untuk kali ini. Boleh refer pada nurse atau doktor yang berhampiran untuk pertanyaan dan maklumat lebih lanjut. Jangan malu bertanya pada yang pakar. Good Luck Ibu-Ibu.


Tuesday, June 28, 2016

Resepi Nasi Goreng Kampung Simple


Bahan-bahan:

Sepinggan nasi putih (pinggan besar dan penuh, menu untuk seorang makan)
Minyak masak (sesenduk)
Segenggam ikan bilis 
2 Ulas bawang putih
1 Ulas bawang besar
8 tangkai Cili Padi
Sebiji telur ayam
Garam dan ajinomoto secukup rasa


Cara-cara:

Goreng ikan bilis yang telah dibuang kepala. Angkat dan asingkan.
Kisar/tumbuk bawang putih, bawang besar, cili padi dan sedikit ikan bilis mentah.
Panaskan kuali, tuangkan sesenduk minyak masak.
Setelah minyak panas, masukkan bahan kisar.
Kacau rata, masukkan garam dan ajinomoto.
Masukkan sepinggan nasik putih, Kacau rata. Masukkan telur dan kacau lagi.
Masukkan ikan bilis yang telah digoreng.
Gaul rata, dan nasik goreng sedia untuk dihidang.Boleh goreng telur mata kerbau jika rajin. 



Tuesday, June 21, 2016

6 bulan Perkahwinan.


Assalamualaikum. Alhamdulillah. tak terasa masa berlalu, rupanya dah melepasi setengah tahun tempoh perkahwinan. Thank you suami kerana sudi berhijrah mengikut isteri menetap di bumi Mersing ni. walaupun pada awalnya merancang untuk PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh) tapi saat akhir aku request supaya suami berhenti kerja sebagai chef di Senawang Negeri Sembilan supaya kami boleh duduk bersama mulakan hidup baru bersama-sama di Johor. Ya, suami berhenti kerja 2 hari sebelum kami berkahwin and masa tu suami belum dapat apa-apa tawaran kerja pun kat Mersing. Tapi aku yakin je, rezeki di tangan Allah. dan rezeki ada dimana-mana.



Keputusan dibuat setelah fikir masak-masak, disebabkan aku kerja tak tentu masa, weekend pun on call sebab aku bertugas bawah unit Penguatkuasa Jabatan Agama, selalu ada Operasi, and suami pun kerja sebagai chef cuma dapat off day sehari dalam seminggu itupun weekdays, jadi untuk PJJ memang tak praktikal. Tambah pulak dengan kos perjalanan dari Mersing ke Senawang boleh menelan belanja hampir RM100 untuk kos tambang/petrol dan tol sahaja. Tak berbaloi hanya dapat jumpa cuma sehari seminggu. Itu belum kira penat lagi on the way 4-5 jam perjalanan.

Alhamdulillah sebelum berkahwin aku dah usahakan cari rumah sewa. Kat Mersing ni agak sukar nak cari rumah sewa. Kalau carik kat mudah.my confirm tak akan jumpa. Tapi mungkin Allah nak mudahkan pasangan yang nak kawen ni, sebulan sebelum nikah aku dah dapat rumah sewa untuk kami duduki. Rumah kecil cuma 2 bilik sahaja. Kadar sewa RM400 sebulan. Tak mahal tapi tak juga murah. Sesuai dengan suasana Mersing ni yang kategori luar bandar. Yang penting rumah atas tanah, tak perlu naik turun tangga. 



Pantai Air Papan Mersing Johor.




Encik Suami yang suka sangat elemen air, lagi-lagi laut.


Aku sangat-sangat hargai pengorbanan suami yang sanggup ikut isteri menetap di tempat dimana isteri bekerja tetap, walaupun tempat ni sangat asing bagi beliau, tak ada sedara-mara, tak ada kawan. cuma ada isteri je. Dan sebenarnya kat Mersing ni agak sukar nak cari kerja sebab Mersing adalah kawasan kampung. and kalau ada pun banyak nak pakai pekerja perempuan which is kerja sebagai promoter pasaraya or kedai-kedai. Masa mula-mula kawen memang suami jadi househusband, mulanya plan nak meniaga sebab suami boleh memasak tapi ada beberapa faktor yang menyukarkan. Iaitu faktor tak pratikal nak meniaga sorang-sorang and tak ada sesiapa pun yang suami kenal kat Mersing ni untuk jadi partner bisnes or pekerja. 

Tapi plan untuk meniaga sendiri tu belum pernah padam. Memang pasang impian kalau boleh nak ada restoran sendiri suatu hari nanti. Setakat awal-awal ada ambik order katering sikit-sikit dari ofis aku pun ada. Masak kat rumah, and hantar terus kat orang yang tempah. Tapi masih limited jugak sebab barang-barang tak cukup. Kalau order bawah 100 pack or order bungkus sahaja yang boleh diterima. Disebabkan masih baru lagi, tak ada order sangat pun katering ni. Mungkin kena rajin buat marketing lagi lepas ni tapi kena tunggu semua barang dah complete. so suami masih plan nak kerja dengan orang cuma tak nak lari dari bidang dia iaitu duduk dapur memasak.

Lepas cuti raya cina, iaitu 2 bulan lebih lepas kami kawen, aku dapat contact sorang abang ni yang meniaga dalam kafeteria Politeknik Mersing. Aku yang wassap abang tu pakai handphone suami and deal untuk interview. Suami pun mencuba, Alhamdulillah dapat! Cuma suami kerja dari petang ke malam kat kafeteria dalam Politeknik.walaupun bos suami meniaga dalam Politeknik, kadang dia dapat job katering jugak, and selalunya bila dapat job katering bos suami akan bayar gaji extra dari biasa. kalau biasanya rm5 sejam, dia akan dapat rm8 sejam. semoga murah rezeki beliau. memang murah hati sangat dengan suamiku. Alhamdulillah. 

Jadi kalau ada warga Mersing yang nak buat tempahan katering, up to 500 pax, dari makan pagi hingga malam, berhidang atau bungkus, menu aneka masakan Melayu, boleh contact SARAH:- 0183953026 via sms or wassap. 

Walaupun suamiku cuma pekerja tapi aku promote jugak bisnes bos beliau. Tapi kalau cuma 100 pax ke bawah nak tempah dengan aku je pun boleh InsyaAllah. Suami masak aku jadi pembantu je tolong apa yang patut. Hehe. Terima kasih Allah untuk setengah tahun perkahwinan yang ada pasang surutnya, biasalah awal perkahwinan banyak susah senangnya tapi sentiasa mohon pertolongan Allah dan Allah sangat dekat dengan kita, yang penting jaga solat, jaga aurat. Alhamdulillah Ya Allah, atas satu persatu kurniaanMu dalam perkahwinan kami. InsyaAllah doaku semoga kami terus cekal hati dalam menjayakan episod hidup berumahtangga ni hingga ke akhir hayat. Aaminn. 




Wednesday, June 15, 2016

Resepi Mee Goreng Sedap


Ok. disebabkan ini adalah blog seorang yang berstatus isteri, maka mestilah ada aktiviti memasak jikalau rajin. Sebenarnya aku tak masak hari-hari. Bukan sebab pregnant tapi sebab kadang taktau nak masak apa and kadang suami pun boleh memasak. 

Sebenarnya memang suamiku seorang tukang masak tapi kalau masak di rumah selalu 'gaduh mulut' dengan isteri sebab dia nak masak kat rumah style kat kedai sedangkan kat rumah ni barang asas je kita guna untuk memasak. Yelah aku dah biasa mak ajar masak semua pakai bahan yang senang. Tapi suami ni semua benda nak letak dalam masakan, kicap sotong lah, air limau lah, sos tiram lah. Hahaha.




Mee Goreng Sedap.

Disebalik cerita masak mee goreng ni, on that day suami ada katering kat Politeknik Mersing and aku berbuka puasa seorang je kat rumah. so bila masak sorang suka hati aku nak masak style macam mana. yeaaa. Jadi kita kongsikan kat sini resepi mee goreng ni. mudah-mudah sahaja.


Bahan-bahan.

2 pinggan mee kuning (cukup untuk 2 orang makan)
sepokok sayur sawi (bolehletak tauge jika suka)
3 batang sosej (boleh letak ayam/udang/sotong jika ada)
4 biji cili padi (saya suka pedas)
1 ulas bawang besar 
2 ulas bawang putih
sos cili
kicap manis
cili kering yang telah direbus dan di blender
garam
minyak untuk menumis
 segelas air masak (untuk mee jadi basah2 sikit)
1 biji telur


Cara Memasak.

1. sayur sawi dicuci, and dipotong. begitu juga dengan bawang besar, bawang putih, cili padi dan sosej, dihiris nipis2.
2. sediakan kuali, panaskan minyak untuk menumis, masukkan bawang dan cili padi yang telah dihiris. Tumiskan hingga naik bau.
3. Masukkan 3 sudu cili kering yang telah di blender, kalau nak pedas boleh letak lebih. Kacau jangan sampai cili hangus.
4. Masukkan hirisan sosej dan sayur sawi
5. Masukkan segelas air dan biarkan sekejap hingga kuahnya kering sedikit.
6. Masukkan 2 sudu sos cili dan 2 sudu kicap manis
7. Perasakan dengan garam secukup rasa.
8. Masukkan mee kuning dan kacau sehingga rata.
9. Setelah mee agak masak, masukkan sebiji telur and kacau rata. Gaulkan mee hingga mee bertukar menjadi cantik seperti dalam gambar di atas. Heheh.


Okay siaplah masak-masak untuk berbuka puasa. Alhamdulillah memang ada bakat memasak InsyaAllah. Haha perasannya. Boleh lah mencuba resepi ringkas ni. Senang je.

Okay untuk warga Mersing kalau ada nak buat tempahan katering untuk 50 pax ke atas boleh contact. Menu dan sebutharga perlu dibincang seminggu awal atas persetujuan bersama. InsyaAllah masakan Melayu semua boleh. Tempahan katering hingga 400 pax pun boleh, Waktu makan dari sarapan, makan tengah hari dan makan malam all day long boleh cover (Jika bukan di bulan Ramadhan). 

Hubungi  Sarah:-018-3953026, boleh wassap atau mesej. Call kadang tak berjawab sebab aku bekerja. Sekian sahaja update kali ni. Jumpa lagi.


Sunday, June 5, 2016

Pregnancy: Perkembangan 2nd Trimester

Alhamdulillah now dah masuk 26weeks maksudnya dah cukup 6 bulan usia kandungan. macam sekejap pulak masa berlalu. tinggal 3 bulan je lagi InsyaAllah baby akan jumpa mama and ayah. Pengalaman awal 2nd trimester ialah alahan stop serta merta. kandungan dah kuat, aku pun sihat je tak ada lagi morning sickness. selera makan semuanya okay. pertambahan berat badan untuk 2nd trimester ni dah masuk 5kilogram. tapi belum cecah 70kg lagi berat aku. dah minum air gula sebab hari tu berat naik mendadak 2kg lebih dalam sebulan. and result air gula pun dah dapat. aku bebas dari kencing manis. so tak perlu ambik darah yang 4 kali sehari sampai ke malam tu. Alhamdulillah. 

Pergi cek up semuanya okay takda masalah. keputihan pun tak ada. kencing tak kotor. sembelit pun tak ada Alhamdulillah lawas je buang air paling lambat 2 hari sekali or kadang sehari 2 kali. depends banyak mana aku makan and apa yang aku makan. cuma satu je yang kurang, bacaan HB aku masih kurang dari 11 iaitu 10 lebih. aku tak boleh makan pil zat besi yang Klinik bagi or dari farmasi. taktau kenapa bila makan pil tu terus lembik badan aku tak boleh bangun langsung. jadi aku anggap pil tu memang tak sesuai dengan body aku. aku gantikan dengan Qaseh Gold Adinda, kurma and kismis. 

Sebenarnya pengambilan susu pun aku baru mulakan bila dah pregnant 5 bulan. aku minum susu biasa yang aku minum dari famili aku sendiri iaitu susu Everyday. pernah try susu jenama lain tapi tak boleh telan kalau tak bancuh dengan gula. cuma Eveyday je yang boleh telan tanpa letak gula. pernah try Anlene and and Omega Plus tak boleh habiskan last nya buang je. membazir sangat. tak beli susu khas ibu mengandung sebab mahal and pada aku semua susu lebih kurang je. susu minum sekali je sebelum tidur. setiap hari suami yang bancuhkan. dah macam rutin wajib dia sebelum tidur mesti hulurkan susu panas kat aku. thank you sayang.

Pregnant dah 6 bulan ni ramai cakap perut aku kecik je tapi aku okay je sebab aku yakin baby okay kat dalam sebab aktif sangat. sejak minggu ke 22 memang baby selalu sangat gerak. tak pasti mengeliat ke menendang ke berpusing ke. actually minggu ke 19 aku dah mula rasa gerakan halus baby cuma tak kerap. tapi bila masuk 22weeks sampai sekarang boleh dikatakan baby gerak tak kira waktu, pagi petang siang malam. if aku tidur lambat pun baby ikut sama tak tidur lagi. if aku bangun awal pun baby bangun jugak.

Tentang perkembangan body, aku masih larat buat kerja rumah macam memasak and membasuh. Aku masih lagi basuh baju pakai tangan. belum beli mesin basuh.tapi suami yang akan sidaikan baju. kalau memasak pun suami tolong sekali, dia tak nak aku masak sorang kat dapur, maybe dia takut ada bahaya kat dapur. sebenarnya aku jarang sangat masak sebab sibuk kerja. cuma bila mood rajin nak masak barulah masak. kalau tak beli je. 

Last cek up kat klinik minggu lepas nurse bagitau baby dah pusing. Maksudnya kepala dah kat bawah. aku pun rasa camtu sebab selalu bahagian bawah perut macam ada gerakan halus macam baby tersedu. tapi itu aku agak jela. semoga baby kekal dalam posisi supaya mama boleh bersalin normal. Sakit pinggang or punggung aku tak rasa sangat. cuma tak boleh bertahan kalau nak berdiri terlalu lama. kaki lenguh mungkin sebab badan aku yang dah berat. Alhamdulillah sepanjang pregnant aku tak pernah demam. sakit kepala pun ada sesekali je and aku tak pernah lagi kena ambik panadol. Actually aku dapat rasa banyak dah yang Allah permudahkan sepanjang mengandung ni. Aku masih boleh hadiri beberapa siri kursus untuk jawatan aku and lengkapkan proses sah jawatan. Semuanya Allah yang bantu, semuanya dengan izinNya. 

lagi 2 minggu InsyaAllah boleh scan sekali lagi. serius eksaited. doakan yang baik-baik. jumpa lagi next update. 




Tuesday, May 31, 2016

Kursus di PNB Ilham Resort Port Dickson

Assalamualaikum. ok ini cerita awal April 2016, sebenarnya April adalah bulan ulangtahun aku berkhidmat dalam perkhidmatan awam Johor. Alhamdulillah dah setahun. sebenarnya masih baru dan masih banyak ilmu dan pengalaman yang perlu dipelajari dalam bidang kerja ini. kalau ikutkan dalam setahun ni, dah banyak kursus yang aku kena pergi, semuanya berkaitan dengan bidang kerja. tapi macam tau je aku memang suka berjalan, so kursus ni bagi peluang jugak kat aku untuk ke sana sini melihat tempat orang. Kursus kali ni bertempat di PNB Ilham Resort Port Dickson Negeri Sembilan. Jadi aku kongsikan sikit gambar-gambar lokasi kursus kami kali ini.



 orait. ini adalah view dari apartment kami. ada kolam renang and of course boleh mandi tapi waktu siang sahaja. pakaian mandi haruslah sopan. menjolok mata tidak dibenarkan. 


sebabkan peserta kursus ni lebih dari 50 orang so jabatan sewakan apartment.satu apartment ni macam kita sewa homestay la. ada 3 bilik. satu bilik ada dua katil. setiap bilik ada bilik air sendiri.


bilik air selesa. ada water heater. siapa sejuk boleh mandi air panas. 



ok ni macam ruang tamu n ruang meja makan. ada ruang solat jugak. agak luas. 



pada aku resort ni sangat sesuai untuk venue kursus, reunion atau segala macam perjumpaan yang melibatkan rombongan. ni Gazebo yang boleh disewa untuk buat barbeku and karaoke. actually kitorang takde aktiviti tu tapi ada rombongan lain yang buat aktiviti tu.



ini view di kawasan belakang resort, boleh direct nampak laut dan pantai. 



ni kawasan dewan kuliah. 80% aktiviti kursus kami adalah disini.


PNB Ilham Resort ni jugak ada pakej makan sekali. makanan sarapan, tengah hari and malam adalah sangat sedap sebab diorang sajikan masakan kampung. sangat menepati selera. tak payah susah nak carik makan kat luar resort. lagipun dalam apartment dilarang memasak kecuali masak air je.

orait. sebenarnya itu saja nak update untuk kali ni. tentang harga boleh contact sendiri dengan pihak resort and tanya direct. sebab harga yang kami dapat berkemungkinan tak sama sebab kami sewa dewan sekali. sekian saja update kali ini. jumpa lagi di lain entry. 

Tuesday, April 26, 2016

Pengalaman 1st trimester.


Alhamdulillah bertemu lagi. sedikit coretan pengalaman pertama menerima orang baru dalam hidup. this is my 1st baby InsyaAllah. kita mulakan dengan macam mana tahu aku pregnant. actually masa kawen hari tu aku memang baru habis period. and aku memang plan kalau boleh nak terus mengandung so kami berdua tak ada merancang ke apa. memang berharap kalau boleh nak terus ada baby. 

bulan Januari patutnya aku period awal Januari tapi tak datang pun and delay sampai seminggu. aku still tak cek UPT and relax dulu. tapi masa ni dah rasa ada cramp kat perut macam nak period tu lebih kurang je rasa dia. bila dah lebih seminggu tak datang haid aku pun decide nak beli UPT. beli sampai dua sebab adik kat farmasi tu kata biasa orang cek lebih dari sekali. tak apa beli je. satu tu harga dalam rm11. 

aku test urin awal pagi masa bangun tidur nak solat subuh. memang berdebar jugak hahahaha.

Alhamdulillah naik double line. macam tak percaya dah boleh berangan jadi emak-emak. masa tu straight bagitau husband yang masa tu masih mamai lagi sebab bangun tidur. suami pun tak terkejut sangat sebab dia pun dah tau aku dah seminggu lebih tak datang haid. dia macam dah agak aku mengandung. and sebenarnya dia dulu yang alami simptom pembawakan budak ni. masa aku dah delay period satu dua hari tu dia tak sihat muntah-muntah padahal sebelum ni kalau demam tak pernah sampai muntah pun.

ok then. cerita tentang buat buku pink pulak.

aku daftar buat buku pink masa dah 2 minggu delay period. memang nurse confirmkan dengan urin test n blood test yang aku pregnant. jadi masa 1st buat buku tu aku memang terus dapat tarikh EDD.InsyaAllah baby bakal lahir bulan September. mungkin masa Raya Haji, atau sebelumnya atau selepasnya. masa buat buku ni nak masuk 6 weeks and aku belum ada sebarang alahan and tak pernah muntah lagi. masa ni dapat tau yang aku punya hb low, bacaan bawah 11. so aku dapat sticker hijau.

cerita bersambung terus ke 8 weeks. masa ni dah start perut asyik berangin je and sangat tak selesa. mulalah episod muntah-muntah setiap pagi dan setiap kali makan. taktau apa je makanan yang berjaya masuk ke usus. banyaknya memang lpas makan tak lama lepas tu keluar balik. sampai badan pun lemah sangat and rasa nak baring je setiap masa.

masa ni moral support dari suami memang sangat-sangat diperlukan. suami cakap aku masa mabuk ni dah tak macam orang. muka lesu jangan cakaplah. pucat lesi n moody. cukup 10 weeks cek up berat aku turun sampai 3.5kg. senang kata aku turun 3.5kg tu dalam masa 2 minggu je sebab aku start mabuk masa 8 minggu.aku tak buat apa pun untuk elak muntah. tak ada sapu minyak angin ke apa. kalau rasa nak muntah aku memang muntah je. sampai perut kosong yang keluar cuma air pahit je. and masa cek up 10weeks ni jugak dapat peluang scan baby kat KK. aku nampak sendiri our 1st baby ni dalam perut bergerak-gerak sendiri. Alhamdulillah walaupun aku macam tak cukup zat tapi baby okay.

disebabkan berat turun banyak so aku kena datang cek up masa 12 weeks. masa ni aku still mabuk lagi and cek berat turun lagi 0.5kg so total lost dalam sebulan tu cukup 4kg. ok tetap bersabar hadapi 1st trimester ni. tak pernah masak langsung. dapur memang tak berasap. and aku try luck je if makan tak muntah Alhamdulillah, tapi kalau keluar jugak nak buat macam mana.

13 weeks dan seterusnya aku slow-slow boleh makan. cuma muntah masa gosok gigi pagi-pagi tu wajib. cuma tengah hari and malam dah jarang muntah. bukan setiap hari macam sebelumnya. and sampai 15 weeks. segala gejala muntah ni berhenti sepenuhnya Alhamdulillah. masa cek up 16 weeks pun aku bagitau nurse yang aku dah takde alahan, perut dah sihat sangat-sangat. so aku dah boleh malahap dengan jayanya. orait sampai sini dulu cerita pengalaman my 1st trimester. nanti dah selesai episod 2nd trimester aku update di lain entry. terima kasih sebab sudi baca. 



Sunday, April 10, 2016

Setelah Bergelar Puan.


Assalamualaikum readers. masihkah ada yang menunggu update dari tuan blog ni?. dah dekat setengah tahun tak update. lama jugak rupanya. taktau nak sambung update dari mana. tapi last hari tu cerita pasal nak kawen kan. so sekarang kita cerita pasal episod setelah berkahwin la ye. 

Alhamdulillah majlis nikah dan kenduri walimatul urus kami adik beradik berjalan lancar. tak ada sebarang masalah syukur ke hadrat Ilahi. perasaan apabila segalanya selesai tak boleh digambarkan dengan kata-kata.setinggi penghargaan dan terima kasih untuk semua yang terlibat menjayakan majlis kami terutama mak dan abah dan adik beradik serta keluarga mertua yang datang jauh dari Kelantan. sangat-sangat bersyukur.




syukur kami 3 beradik selamat mendirikan rumahtangga. mak dan abah sekaligus dapat 3 menantu dari 3 negeri berbeza iaitu Kedah, Pahang dan Kelantan. oh ye menantu pertama iaitu suami kakak berasal dari Johor. abah ada 4 lagi anak perempuan agaknya dapat tak wakilkan satu negeri satu menantu?.. wakaka over!



Alhamdulillah proses akad nikah berjalan dengan baik. kami nikah Jumaat malam Sabtu. untung suami sebab tak ada sesi temuduga sebelum akad sebab tak cukup masa, ada dua pasang pengantin. jadi lepas khutbah nikah terus kadi proceed untuk menikahkan kami. suamiku dan suami adik sama-sama seri iaitu tidak berjaya 'sah' dengan sekali akad. gugup sangat agaknya tapi moment tu manis sebenarnya untuk dikenang. 'selalu gelakkan suami pasal ni hahaha jahat betul'. oh ye tiada drama airmata di malam itu, kami steady sahaja, cuma dalam hati memanjatkan syukur syukur syukur pada Allah kerana telah selamat bergelar Puan. terima kasih Encik Suami kerana sudi memperisterikan saya.



Alhamdulillah berjaya mengumpulkan semua ahli keluarga kami. eh rupanya dah 16 orang ahli keluarga campur anak sedara ku dah 2 orang. yang bertudung kuning baju pink tu semua anak dara lagi hehe. Sebenarnya bukan senang nak mengumpulkan ahli keluarga ini untuk berada bersama-sama dalam satu masa. maklumlah semua duduk jauh dari keluarga kerana tuntutan kerja. serius rindukan moment ini. rindu banyak! kesimpulan tentang wedding, semua pihak yang kami sekeluarga berurusan Alhamdulillah langsung tidak ada yang tak okay. dari kad kawen ke baju pengantin ke mak andam ke fotografer dan katering, pengantin berpuas hati. Allah telah permudahkan setiap usaha dan perancangan kami. Album kawen pun lepas 2 bulan dah dapat. kalau ada masa nanti akan update tentang fotografer kami. diorang best and sporting!

ucapan terima kasih juga buat ahli keluarga sanak saudara dan kawan-kawan yang hadir memeriahkan majlis kami. ada kawan yang datang on the way lebih 3 jam nak sampai tempat kami. kawan sekolah yang dah bertahun tak jumpa pun ramai datang. kawan ofis dari mersing, dan kawan2 sekolah rendah pun ada. sebenarnya memang terharu. tambah pulak masing-masing datang bawak hadiah untuk pengantin. terima kasih terima kasih terima kasih. sayang semuanya ketat-ketat.

Kehidupan selepas berkahwin?
Alhamdulillah. rasa lengkap bila dah berumahtangga. thank you Allah kerana meminjamkan kebahagiaan dalam rumahtangga ini. memang tak dinafikan dalam rumahtangga ada susah senang pahit manis tapi itu semua ada hikmah dan kasih sayang Allah untuk kita hambaNya. semoga perjalanan hidup berumahtangga ini sentiasa diberkati dan dirahmati Allah. dalam rumahtangga yang paling utama ialah saling menghormati dan banyak bersabar serta toleransi. selalu doa pada Allah agar rmahtangga aman dan dilimpahkan rahmat kasih sayang Allah.

sukacita juga untuk berkongsi berita bahawa kami suami isteri on the way untuk bergelar ibu bapa InsyaAllah baby September coming soon. now dah 4 bulan Alhamdulillah dah masuk 2nd trimester rupanya cepat betul masa berlalu. Ok tentang pregnancy nanti kita cerita di lain update. 1st trimester memang agak mencabar sebab alahan teruk sampai turun berat 4 kg. but now dah tak ada episod uweek uweek lagi cuma risau pulak berat badan naik mendadak. doakan semuanya baik dan lancar Aminn.

rasanya kita berhenti disini dahulu. bersambung update akan datang tapi tak janji lah bila nak update. haha.