Setelah Bergelar Puan.
Assalamualaikum readers. masihkah ada yang menunggu update dari tuan blog ni?. dah dekat setengah tahun tak update. lama jugak rupanya. taktau nak sambung update dari mana. tapi last hari tu cerita pasal nak kawen kan. so sekarang kita cerita pasal episod setelah berkahwin la ye.
Alhamdulillah majlis nikah dan kenduri walimatul urus kami adik beradik berjalan lancar. tak ada sebarang masalah syukur ke hadrat Ilahi. perasaan apabila segalanya selesai tak boleh digambarkan dengan kata-kata.setinggi penghargaan dan terima kasih untuk semua yang terlibat menjayakan majlis kami terutama mak dan abah dan adik beradik serta keluarga mertua yang datang jauh dari Kelantan. sangat-sangat bersyukur.
syukur kami 3 beradik selamat mendirikan rumahtangga. mak dan abah sekaligus dapat 3 menantu dari 3 negeri berbeza iaitu Kedah, Pahang dan Kelantan. oh ye menantu pertama iaitu suami kakak berasal dari Johor. abah ada 4 lagi anak perempuan agaknya dapat tak wakilkan satu negeri satu menantu?.. wakaka over!
Alhamdulillah proses akad nikah berjalan dengan baik. kami nikah Jumaat malam Sabtu. untung suami sebab tak ada sesi temuduga sebelum akad sebab tak cukup masa, ada dua pasang pengantin. jadi lepas khutbah nikah terus kadi proceed untuk menikahkan kami. suamiku dan suami adik sama-sama seri iaitu tidak berjaya 'sah' dengan sekali akad. gugup sangat agaknya tapi moment tu manis sebenarnya untuk dikenang. 'selalu gelakkan suami pasal ni hahaha jahat betul'. oh ye tiada drama airmata di malam itu, kami steady sahaja, cuma dalam hati memanjatkan syukur syukur syukur pada Allah kerana telah selamat bergelar Puan. terima kasih Encik Suami kerana sudi memperisterikan saya.
Alhamdulillah berjaya mengumpulkan semua ahli keluarga kami. eh rupanya dah 16 orang ahli keluarga campur anak sedara ku dah 2 orang. yang bertudung kuning baju pink tu semua anak dara lagi hehe. Sebenarnya bukan senang nak mengumpulkan ahli keluarga ini untuk berada bersama-sama dalam satu masa. maklumlah semua duduk jauh dari keluarga kerana tuntutan kerja. serius rindukan moment ini. rindu banyak! kesimpulan tentang wedding, semua pihak yang kami sekeluarga berurusan Alhamdulillah langsung tidak ada yang tak okay. dari kad kawen ke baju pengantin ke mak andam ke fotografer dan katering, pengantin berpuas hati. Allah telah permudahkan setiap usaha dan perancangan kami. Album kawen pun lepas 2 bulan dah dapat. kalau ada masa nanti akan update tentang fotografer kami. diorang best and sporting!
ucapan terima kasih juga buat ahli keluarga sanak saudara dan kawan-kawan yang hadir memeriahkan majlis kami. ada kawan yang datang on the way lebih 3 jam nak sampai tempat kami. kawan sekolah yang dah bertahun tak jumpa pun ramai datang. kawan ofis dari mersing, dan kawan2 sekolah rendah pun ada. sebenarnya memang terharu. tambah pulak masing-masing datang bawak hadiah untuk pengantin. terima kasih terima kasih terima kasih. sayang semuanya ketat-ketat.
Kehidupan selepas berkahwin?
Alhamdulillah. rasa lengkap bila dah berumahtangga. thank you Allah kerana meminjamkan kebahagiaan dalam rumahtangga ini. memang tak dinafikan dalam rumahtangga ada susah senang pahit manis tapi itu semua ada hikmah dan kasih sayang Allah untuk kita hambaNya. semoga perjalanan hidup berumahtangga ini sentiasa diberkati dan dirahmati Allah. dalam rumahtangga yang paling utama ialah saling menghormati dan banyak bersabar serta toleransi. selalu doa pada Allah agar rmahtangga aman dan dilimpahkan rahmat kasih sayang Allah.
sukacita juga untuk berkongsi berita bahawa kami suami isteri on the way untuk bergelar ibu bapa InsyaAllah baby September coming soon. now dah 4 bulan Alhamdulillah dah masuk 2nd trimester rupanya cepat betul masa berlalu. Ok tentang pregnancy nanti kita cerita di lain update. 1st trimester memang agak mencabar sebab alahan teruk sampai turun berat 4 kg. but now dah tak ada episod uweek uweek lagi cuma risau pulak berat badan naik mendadak. doakan semuanya baik dan lancar Aminn.
rasanya kita berhenti disini dahulu. bersambung update akan datang tapi tak janji lah bila nak update. haha.
Comments