Jodoh dan Rezeki.
Benarlah jodoh itu rahsia Allah. datanglah sejuta calon pun, kalau dah jodoh kita dengan seseorang, Allah telah sediakan episod pertemuan dan perjalanan menuju perkahwinan melalui jalan yang tidak kita sangka.
Tak pernah terfikir akan kawen dengan orang yang berasal jauh dari bumi Kelantan. Tak pernah terfikir juga berjodoh dengan lelaki yang lebih muda 4 tahun. (Nasib baik aku ni awet muda kahkahkah).
Kita mula kenal pada tahun 2013, masa tu umur aku dah 26 tahun. Actually dari umur 23 hingga 25 memang aku kerap fikirkan soal jodoh. Siapalah gerangannya kenapalah tak jumpa-jumpa lagi. Then bila aku stop fikir, tak semena-mena ia datang.
Berkahwin di usia 28 tahun pada tahun 2015. Aku panjat rasa syukur Alhamdulillah. Allah beri jodoh pada masa yang tepat, masa kita benar-benar dah sedia.
Allah kurniakan jodoh yang tepat, slow-slow hidup aku jadi tersusun.
Masa aku decide nak kawen tahun 2015, beberapa perkara juga Allah susun dalam hidup aku. Dari seorang yang taktau ke mana nak pergi, asyik tukar kerja setiap tahun, Allah kurniakan rezeki yang tidak disangka. Mungkin betul, rezeki orang nak kawen.
Aku dapat panggilan temuduga kerja kerajaan pada November 2014. Abah yang hantar aku masa tu temuduga kat Batu Pahat. Aku cuma gunakan kelulusan SPM dan Sijil Darjah Khas.
Aku dapat jawapan temuduga pada akhir bulan Januari 2015. Aku berjaya dapatkan jawatan tetap sebagai Pembantu Hal Ehwal Islam di negeri kelahiran sendiri iaitu Johor. sangat tak sangka aku antara 40 insan terpilih dari 200 lebih calon.
Aku pergi taklimat jawatan pada Februari 2015. Aku lapor diri untuk mula bekerja pada April 2015.
Now Alhamdulillah, aku pun dah pregnant 8 bulan, dan aku dah pun dapat surat GL untuk aku bersalin secara percuma di Hospital Kerajaan, dan InsyaAllah cuti bersalin 90 hari. Macam magik perancangan Allah. cantik dan teratur tak siapa boleh ramalkan.
Buat masa sekarang ni fokus kerja dan anak dulu untuk kami suami isteri. Tahun depan kalau ada rezeki mungkin akan ada plan nak bisnes kecil-kecilan. Mestilah bisnes makanan, lebih 4 tahun experience kerja kafe dan kedai makan dulu InsyaALLAH akan digunakan sebaik-baiknya. Any update memang aku akan story kat blog. Ya. aku masih seorang blogger yang minat menulis. Sila jangan jemu membaca.
Comments
Semoga segala urusan Sara dipermudahkan terus In Shaa Allah, jaga diri jaga kesihatan. Manalah tahu nanti ada rezeki boleh kita jumpa sekali lagi kan. Heeee. :)