Pregnancy: Minum Air Gula dan Diabetis Ketika Mengandung

Assalamualaikum. Ok kali ni kita nak sharing sikit entry ilmiah untuk ibu-ibu hamil. Ada banyak persoalan bagi ibu-ibu bila ibu disahkan hamil, antara persoalan yang paling glamer adalah tentang prosedur minum air gula, siapa yang perlu/wajib minum air gula? untuk tujuan apa ada prosedur minum air gula? dan apa yang perlu dilakukan ketika ibu diminta minum air gula. 

Ok. ini perkongsian dari Klinik Kesihatan tempat aku cek up. Tak semua ibu hamil perlu minum air gula. Antara faktor ibu-ibu perlu minum air gula adalah:

1. Faktor keturunan, ada sejarah kencing manis dalam ahli keluarga
2. Berat badan berlebihan. Bergantung pada BMI, jika overweight atau obesiti ketika 1st time buat buku.
3. Kenaikan berat badan yang mendadak ketika hamil, iaitu lebih 2kg dalam sebulan. 
4. Faktor umur, hamil pada umur 30 tahun ke atas wajib minum air gula walaupun tiada sejarah kencing manis dan tidak obesiti.

Tapi ada jugak sesetengah Klinik Kesihatan yang wajibkan minum air gula seawal usia ibu 25 tahun. Tak pasti kenapa lain-lain. Ok tujuan minum air gula ni sebab nak kesan ibu ada kencing manis ke tak. iaitu nak tau paras gula dalam darah tinggi atau tidak. kalau tinggi iaitu lebih 5.5 (sebelum) dan melebihi 7.7 (selepas), so maknanya ada kencing manis and nurse kat Klinik akan pantau dengan prosedur seterusnya iaitu BSP.

Ok, sebelum masuk bab BSP, kita kongsi dulu cara minum air gula. 1st sekali kita akan dapat arahan dari nurse yang kita akan minum air gula pada tarikh tertentu, contohnya jika esok ibu dikehendaki minum air gula pada jam 8 pagi, ibu dikehendaki berpuasa pada malam ini iaitu dari jam 10malam. tak boleh makan atau minum. sebolehnya puasa yang betul-betul puasa tapi kalau ibu terlalu haus, boleh minum air masak tapi jangan minum banyak sangat. sekadar hilang dahaga je. 

ok, now hari minum air gula, contohnya datang klinik jam 8 pagi. minum air gula mungkin jam 8.30 pagi bergantung pada kesibukkan klinik tempat anda cek up, better datang awal so setel awal. sebelum minum air gula, nurse akan ambik darah kat lengan. dalam ukuran penuh 1 picagari atau 3/4 picagari. Then nurse akan bagi secawan air gula. kat tempat saya diberi perisa oren. habiskan dalam jangka masa tak lebih 10minit. pastikan habis dan tak muntah semula dalam masa 2 jam seterusnya (sehingga masa ambik darah kali kedua). kalau muntah test ni terbatal and kena repeat semula pada tarikh lain. dan dalam masa 2jam tu masih lagi kena puasa. tak boleh makan atau minum. 

Memang normal jika muntah masa minum air gula. mungkin sebab perut kosong dan air gula tu manis sangat. Tapi sebenarnya kita kena psiko diri sendiri dan anggap minum air gula ni senang je. Jangan fokus pada takut muntah/loya. Ada orang minum seteguk terus habiskan, tapi aku minum sikit-sikit dan telan. Alhamdulillah berjaya tak muntah sampai lah ke akhir hari tersebut. Mungkin jugak sebab aku minum air gula masa kandungan dah 5 bulan. Oh ya. aku kena minum air gula sebab dari 4 bulan ke 5 bulan tu berat naik lebih 2kg. Tapi result air gula aku adalah negatif kencing manis. maknanya paras gula dalam darah aku normal.

Bagi pemeriksaan BSP pula, prosedur ambik darah adalah 4 kali sehari. Yang pertama sama macam minum air gula jugak, iaitu pagi selepas 12 jam berpuasa. kemudian bacaan tengah hari iaitu 2 jam selepas makan tengah hari, kemudian malam iaitu bacaan sebelum makan malam dan yang akhir adalah bacaan 2 jam selepas makan malam. Bacaan ni bermaksud bacaan kandungan gula dalam darah atau senang kata kena ambik darah 4 kali dalam waktu-waktu tersebut. Jika bacaan semasa puasa lebih 5.5 dan selepas makan melebihi 7.7 maka nurse akan mark bahawa ibu ada kencing manis ketika mengandung. Mungkin akan kena cucuk suntikan insulin. 

Ok, cukup sekadar itu info ibu-ibu hamil untuk kali ini. Boleh refer pada nurse atau doktor yang berhampiran untuk pertanyaan dan maklumat lebih lanjut. Jangan malu bertanya pada yang pakar. Good Luck Ibu-Ibu.


Comments

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..