Update Blog 2017

Assalamualaikum.

Hai. Masih kah blog ini punya pembaca?

Ok. Just nak update je sikit, sebab entry terakhir sebelum ni masih mengandung kan. Alhamdulillah penulis dah selamat bersalin seminggu selepas entry terakhir tersebut. Bersalin pada usia kandungan 40 minggu 2 hari istimewa bay lahir di pagi Hari Raya Haji. Alhamdulillah normal delivery +episiotomy, induce drip. Baby boy seberat 3.5kg yang diberi nama Muhammad Azzam Ashraf. Syukur pada Allah, esok genap lah 7 bulan penulis memegang jawatan sebagai seorang ibu.
 
Bercuti bersalin selama 3 bulan di rumah emak di Muar. Tempoh pantang dilalui dengan kejayaan dibantu oleh emak, abah dan adik-adik di kampung. Pengalaman bersalin dan berpantang sangat manis sebenarnya sentiasa diingati sampai bila-bila. Ibu bersalin di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar Johor. Semua doctor dan staf nurse sangat baik dan ibu tiada sebarang masalah langsung diuruskan sepanjang di LR. Terima kasih sangat membantu ibu melalui proses melahirkan dengan jayanya.
 
Alhamdulillah ibu berjaya menyusukan baby Azzam sepenuhnya susu ibu sehingga 6 bulan tanpa top up sebarang susu lain atau makanan lain. Walaupun bermula dengan susah payah sebab tak ada pengalaman dan kurang pengetahuan, tapi slow-slow belajar ilmu breastfeeding masa dalam pantang. Terima kasih emak abah, kakak dan suami yang banyak beri sokongan.
 
Perkembangan baby Azzam sangat memberangsangkan. Alhamdulillah. Pasal baby slow-slow ibu update di lain entry. mana tau boleh share tentang parenthood journey cewaahh.
 
Untuk setakat ini, life ibu Alhamdulillah dipermudahkan Allah setiap urusan satu-persatu, itulah dia janji Allah setiap perkahwinan, setiap anak tu punya rezekinya. Banyak sangat nikmat Allah bagi, nikmat susah dan senang, nikmat sesak dan cukup. Semuanya ibu bersyukur. Diri ini juga terlalu kerdil kadang berbuat dosa tapi kasih saying Allah sangat mengatasi segalanya. semuanya kita minta pada Allah. mohon ampun dariNya, buat baik dengan ibu bapa, jaga hubungan dengan manusia. Alhamdulillah walaupun bukan hidup senang lenang boleh goyang kaki  24/7 tapi dapat merasai setiap nikmat Allah ianya rezeki yang wajib disyukuri. Nikmat menjadi isteri, ibu, anak, pekerja, kawan dan bermasyarakat. Alhamdulillah.
 
Jumpa lagi entry akan datang. Senyum selalu.

Comments

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..