ber'Jalan TAR' menjelang 1/2 Ramadhan



Hi readers, Sabtu kali ini, 13 Ramadhan, penulis berjalan-jalan di Jalan TAR. ala, yang dekat ngan Masjid India dan Sogo tu, alaaa. yang itulah. memang Jalan TAR ada satu je kat KL. tak ada dua tiga. 

berita baik untuk yang malas membaca tapi suka tengok gambar, mulai hari ini aku akan belog seperti dulu-dulu. aku akan sedaya snap n kongsi gambar dengan readers. tapi jangan harapkan sangat gambar  muka aku.  *padahal mana ada orang berharap nak tengok aku. haih. tolong lah Sara!!.



inilah penulis belog. (macam dah dekat setahun tiada meletak gambar sendiri dalam belog). pic diambil selepas bersiap-siap untuk ke Jalan TAR. maaf gambar dikecilkan. penulis letak gambar dengan perasaan macam taknak letak pun. I know lah. Im not slim, but Im happy, coz Im not fat. no more diet, tapi berpuasa dapat menjaga kesihatan tubuh. itu pasti.!




and my sister yang InsyaAllah cerah masa depan kalau kawen dengan dia. bakal jururawat PPUM tak sampai 2 tahun lagi. starting salary 1.8k, tidak termasuk elaun/OT. kan ke banyak lelaki suka perempuan yang keja gomen? so, pilihlah jururawat jadi temanmu. HAHA. bukan iklanlah. aku mengarut saja petang-petang.





baju kurung moden di zaman moden. baju ini tidak lucah, sebab boleh dipakai dengan inner putih/hitam belah dalam. tapi kalau tak pakai inner, ianya bukan setakat lucah. malah lebih teruk dari itu. harga RM98,  ada macam-macam color yang sangat mencuit hati. boleh dapatkan di Jalan TAR sebelum raya menjelang. again, bukan iklan. aku bagitau je.





dan brooch 1 Malaysia sementara Najib masih berkuasa. murah je, 3 bijik RM5, bukan RM24 jutalah. gila apa kau. ini bukan cincin. ini cuma brooch ala-ala kaler jalur gemilang, pakailah sempena Hari Kemerdekaan. cintakan negara tak?.. *tapi aku tak beli, 1 Malaysia? tolonglah!




dan ini adalah shawl anting-anting. tak payah pakai anting-anting dekat telinga sebab shawl zaman moden dah ada anting-anting. tidak perlu proses tindik, hanya lilit-lilit sesuka hati. boleh letak hiasan reben jika mahu. pasti hari raya menjadi lebih bermakna. *aku memang ada talent untuk promote sampai orang makan hati, kan?.




dan tudung belang-belang bertingkat-tingkat pun sesuai digayakan untuk hari raya. comel digantung begini buat aku tertarik nak snap gambar. *sedang aku snap, peniaga tudung ini perli aku baik punya. dia cakap. "hah, nak tengok, nak ambik gambar, nak jadik model semua pun boleh...". alah peniaga. aku ni blogger tahu. promosi tudung kau dalam blog secara percuma pun taknak ke. kang aku promote muka kau kang....!






brooch berupa pin, cantik dan gebu, dan murah, 7 bijik RM10.. pelbagai warna mengikut citarasa. memang berbaloi-baloi.


apa yang aku beli? baju raya?.. tudung raya?.non hado. aku cuma beli memory card baru untuk my digital camera. siap bateri RM50 terbang begitu sahaja. *nanges. but I love my digital camera. dah 4 tahun pakai masih elok di dalam genggaman. walaupun dah 8 bulan kamera tersebut 'bercuti' dari tugas, tetap elok ai sayang sangatttt.!

*my sister berhabis RM127, untuk sepasang baju, sehelai shawl, dan brooch-brooch comel tersebut.



oklah, cukup sekadar itu, harap terhibur dengan paparan hari ini. selamat berbuka puasa semuaaaaaa. kbai!



Comments

ILA HonEyBuNNy said…
bestnya g jalan TAR...

lama dah xg....

brooch 1 Malaysia tu cantik la...
rambang mata kalau i yang pergi.hahahh!! dah banyak lah tu shopping...kitew belom pon =(
Anonymous said…
kalu dulu asal nk balik raya je g jln tar..beli pape yg patut kat org kg..hehehee..
Ibu Ammar said…
#ila
tak best sangat sebab sesak gila.. nak snap gambar pun susah hehehe

#ain atika
tak shopping pun dik. tengok2 je. haha

#Amyliana
hahaha. dulu masa blaja ada gak wat gitu. beli untuk my famili jela, my famili pun dah cukup besar. ekeke

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..