menu berbuka puasa 12 Ramadhan.


Hi readers,

ini adalah kali pertama (untuk Ramadhan tahun ini) penulis tunjukkan gambar menu buka puasa dalam belog. masak sendiri dah tentunya. 12 hari berpuasa, tidak pernah menjejaki bazaar Ramadhan pun, setiap hari pun akan masak sendiri di rumah. power tak. power tak? 

*ada dua kali berbuka secara free, dibelanja oleh rakan so tenkiu!

hari ni macam rajin nak masak best *walaupun tak adalah best mana. sebab my sister is here, bermalam di rumah aku untuk dua malam, coz kami plan esok nak ke Jalan TAR, dia nak beli baju raya. bersedialah nak hadap Jalan TAR yang sesak dalam keadaan berpuasa, sungguh membencikan tapi tak ada pilihan. betul?

jom lihat apa yang kami dah telan masuk perut, pada petang tadi. 




makaroni goreng sotong.




nasik goreng biasa.




keropok goreng.


juadah home made yang sederhana dan tahap biasa-biasa saja. kualiti gambar agak kureng sebab guna phone 2.0 mp jek. sebenarnya juadah utama adalah makaroni goreng, nasik goreng tersebut menjadi nasik goreng sebab pagi tadi aku terlepas bangun sahur, *menangis bila bangun dah azan subuh, so nasik tu aku simpan dalam peti ais dan digorenglah petang tadi. tak baik membazir. peti ais sangat berguna. tenkiu peti ais. we love you. :p

*jangan tanya resipi makaroni goreng, sebab aku suka hentam-hentam je memasak ni, tak ada ikut resipi mana-mana. dan everytime masak, selalunya menghentam dengan cara berbeza. tak skema sangat, janji sedap. sedap ke?.. errr.

aku harap esok aku berupaya untuk masak nasik impit dan sambal kacang, juga rendang ayam mana tahu? kalau memang berjaya masak, maka entry esok akan buktikannya. dan kalau tak ada, faham-faham sajalah. mungkin rendang ayam dimasak dalam mimpi saja. HAHAHA.


p/s: malam ni kena call emak mintak resipi. kbai


Comments

Anonymous said…
makaroni??xsuka sgt..nasik letak dalam peti ais..?? amy xpernah pun buat cmtu..boleh ek letak dlm peti ais?? biasa amy panaskan je pahtu biar kat luar tu je..huhu..bestnyer g jalan tar..lama xpergi..dah duk tganu xdpt la nk shoping tudung kat sana..huhuhu
PuanPepel said…
nasi grg nmpk enak..suka yg simple
akubiomed said…
Saya pun tidak ada mood untuk ke bazaar Ramadhan kerana kecewa dengan juadah yang dibeli ada yang tidak ada rasa ada yang tidak boleh dimakan langsung. Baik makan berbuka dirumah dengan makan hasil tangan isteri :-)
Ibu Ammar said…
#amyliana
yepz, nasik boleh disimpan dalam peti ais, tapi lepastu panaskan dalam kuali bukan dalam rice cooker. heehee

#cikpepel
hee, nasik goreng cempak2 je tu

#akubiomed
baguslah ada is3 masakkan, sy bujang masak sendiri makan sendiri, tehehe.

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..