bercerita tentang Ramadhan.

hi readers, Salam Jumaat. 5 Ramadhan 1432 H.

Alhamdulillah. 1st time update blog selepas bersahur dan Subuh. selalunya update blog time dah nak waktu lunch. dan selalunya entry akan berada dalam draft berjam-jam. entry separuh jalan dan mulalah blur. asyik edit again and again. hari ni aku tak masuk ofis. meeting luar lepas orang solat Jumaat.

Ramadhan kali ini tidak seperti tahun-tahun sudah. sebab Ramadhan ini diraikan dengan teman-teman serumah yang baru dikenali sejak 2 bulan lalu. semua housemates punya rasa hormat yang tinggi antara satu sama lain. ada nilai kesopanan dan kesusilaan. dan ini adalah satu hal yang menggembirakan hidup. boleh bersenyum setiap hari. 

nilai kesopanan dan kesusilaan sangat penting, sebab itu dia tersenarai dalam rukun negara. siapa tak sopan dengan aku, aku sangat berkuasa untuk remove dia dari hidup dengan tanpa toleransi. kerana hidup terlalu singkat untuk dibazirkan dengan melayan manusia yang tidak sopan. apatah lagi yang biadap. bai.bai.

4 hari sudah, aku hanya berbuka puasa dirumah. bersama roomate tentunya. dan semalam, emak roomate (ibu tunggal) datang dari Perak, dan kami berbuka puasa bersama. emak roomate kehilangan suami sejak 12 tahun lalu. tapi beliau seorang yang survive. baru bersara jururawat tahun lalu. lepas berbuka kami sempat juga berbual panjang. 

1-3 Ramadhan, aku masak sendiri untuk makan buka puasa. masak untuk 2 orang tentunya, masak yang simple je, then masak lebih sikit untuk bawak ke sahur. tapi semalam roomate cakap tak payah masak, dia belanja beli makanan buka puasa. sebab dia baru dapat gaji. dan Allah jualah yang melimpah rahmat keatas kebaikan anak yatim ini. Amin.

duduk dengan anak yatim menyejukkan perasaan. sebab dalam diam-diam status dia mengajar aku berbuat bakti. langsung aku tidak mahu berkira, dan kebetulan roomate pun jenis sama. kadang-kadang dia cakap, minggu ni dia beli barang basah, so next week aku pulak. kurang lebih dia mintak halal. sebab malas nak kira-kira and divide. beli sikit je pun untuk 2 orang, kat kedai runcit je. tak ada resit bagai. tapi kalau beli kat supermarket secara pukal kami divide secara adil.

kalau ada peluang, berbuat baiklah kepada anak yatim. buat baik yang sedikit kepadanya ganjaran Allah sangat besar. alang usap kepala anak yatim pun beroleh pahala, apatah lagi kalau buat baik dalam perkara lain. dan bila tinggal dengan anak yatim, selalulah bertanyakan keizinan beliau dalam kes yang melibatkan harta benda. *jangan 'makan' harta anak yatim berdosa besar tahu.

rasanya cukuplah cerita Ramadhan setakat ini. Selamat menjalani ibadah puasa, and happy weekend to all. 


p/s: mengantuk.!


Comments

Kujie said…
sebab itu kak jie percaya, utk jadi baik , utk jadi org positif kita kena berada dlm lingkungan, komunit yang begitu...bukan bermaksud memilih tetapi suasana persekitaran tu akan membantu menyokong satu sama lain...

alhamdulillah dpt housemate yang baik..hargai apa yg dimiliki.
Anonymous said…
happy weekend n selamat berpuasa jugak....
Shahada Fauzi said…
aku anak yatim..macam roomate ko tu..sama..dah 12 tahun takde ayah..dan aku akui kebanyakan anak yatim memang jenis tak berkira..mungkin sebab dah terdidik hidup jadi seorang yang survive kot..aku pun macam roomate ko jugak..^_^
Diana @ BKKC said…
salam ramadhan ;0
Unknown said…
pengalaman ramadhan di rumah sewa mmg sedih sbb jauh dr keluarga. tp Roomate lah menceriakan rasa sedih itu :)
ILA HonEyBuNNy said…
alhamdulillah..bagus la dapat housemate yg baik2 semua...

kesian tgk anak2 yatim..kita kena la kasih kepada mereka...

selamat berbuka..;)
asnizaziz said…
selamat menjalani ibadah pose ^^
lizz said…
kite anak yatim ace terai sedekah seposen dua.hahahahaha!!!

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..