menu berbuka puasa 17 Ramadhan.



Hi readers. Salam Ramadhan. thanks untuk komen-komen korang kat entry sebelum ni. aku hargai sangat. Big TQ! dah 17 hari kita umat Islam menjalani ibadah puasa. kalau cerita bab menu berbuka, setiap hari aku makan juadah yang sederhana ja. tak baik membazir. Allah marah. biar sederhana tapi puas hati. nak puas hati, kena masak sendiri. walaupun puasa tak dapat nak rasa masakan sedap ke tak, tapi kalau masak dengan ikhlas mesti rasa pun tak akan fail punya. percayalah.! dan menu berbuka aku pada hari ini ialah:-






nasik putih, kari ayam dan hirisan tomato yang dimasak sendiri. aku memang suka memasak, aku suka kelentang-kelentung didapur. rasa macam terapi, ceh bajet chef wan pui. aku masak ni dengan begitu gigih tau. carik ayam , carik asam jawa, cari kentang kat kedai runcit padahal badan dah lemau je. masak kari ayam senang je. 30minit dah siap. nak apa, karbohidrat, protein, lemak, vitamin, serat semua ada lengkap nutrisi. Alhamdulillah. mengenyangkan. makan berdua ja dengan roomate. 

housemates lain jarang sangat berbuka puasa di rumah, boleh dikira dengan jari kalau diorang berbuka di rumah serius tak sampai pun 7 kali. rumah ni pun macam kami berdua je yang menghuni, pukul 5 petang sampai lepas isyak sunyi ja. housemate lain semua panjang langkah agaknya jarang ada dirumah. nampak diorang ada bila time dekat nak tido pukul 12-1 pagi. and bangun subuh and nak pergi kerja. memang masa-masa yang tak sesuai nak say hi-hi pun. 

oklah. setakat itu saja entry hari ini. jumpa lagi esok. kbai.


p/s: esok nak masak apa pula yep. ada cadangan?.


thanks sudi baca. =)

Comments

a said…
mg puas hati bila memasak sendiri! =)
Unknown said…
Wah. Hebat memasak!
beautiful_rose said…
sara pandai memasak kan..seumur hidup penah masak kari sendiri sekali je...tp bila dah dok sorang2 ni nak masak yang sedap2 kang tak lalu nak mkn.so,masak simple jelah...
Kujie said…
kak jie pun hari2 memasak..sesimple seperti bulan2 biasa. Intan tu ssuah nak ajak berbuka kat luar, dia tak suka.

masak semangkuk, goreng ikan dua ekor dan mesti ada papadom...yg bulat bukan yang empat segi..yang bulat lebih sedap
.Gha A. said…
next, ketam masak lemak cili padi! perghhh! :)
Anonymous said…
bestnya gulai tu...

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..