Wednesday, October 5, 2011

siapa tahu akan rezeki hari esok?

Hi readers,

"Kita Merancang, Allah juga Merancang, dan Allah adalah sebaik-baik Perancang."


hari ini aku berkesempatan bersembang sikit dengan seorang fotografer atas dasar kerja. aku macam selalunya. suka bertanya. well, sikap suka bertanya bukan bererti suka menyibuk, bab bertanya ni, tanyalah sekadar yang tak sampai tahap menyibuk. maksudnya. bukan tahap soalan peribadi. be profesional. sebab apa yang kau tanya, akan menunjukkan kat mana kau letak otak kau.

ok. apa yang kami bualkan? let see.


Aku:- berapa umur you?

Mr.F:- tahun ni 28..

Aku:- Owh. dah lama ke jadi fotografer?

Mr.F:- Seriously, start buat photoshoot, dalam setahun. tapi pegang kamera, main-main shoot sesaja, dalam 3 tahun.

Aku:- Oh. jadi now you are fulltime photographer?

Mr.F:- InsyaAllah lepas habis study bulan 11 ni, akan buat fulltime.

Aku:- you tengah study? study apa?

Mr.F:- Architechture. I buat degree. 3 tahun. 

Aku:- before ni u kerja arkitek la ek? then macam mana boleh nak tukar profesion, jadi fotografer plak.

Mr.F:- Haah. dulu kerja arkitek, pakai diploma je. then sambung la degree ni. masa tu tak expose dengan dunia fotografi. actually. fotografi ni, ermm. I baru discover la senang kata.

 Aku:- so dah habis blaja degree ni, you tak ada plan nak jadi arkitek?

Mr.F:- nope. tanak. I memang nak serius dalam fotografi. I mean, buat freelance. I tak suka kerja under orang. kerja arkitek ni stress. and kalau kita jadi arkitek tahap kuli. takkan boleh kaya.

Aku:- Oh. yeke. bukan semua kuli tak boleh kaya ke?

Mr.F:- tak jugak, kalau engineer, even makan gaji, income masyuk jugak.

Aku:- Owhhh. habis kerja fotografer kaya ke?

Mr.F:- actually, bukan target nak kaya. tapi nak bebas. tanak kerja dengan orang. and. tanak stress. Huhu.



itu antara isi perbualan. then now aku nak you all nilaikan sesuatu. bahwa hidup ni, unpredictable kan?. 3 tahun lepas kau punya perancangan yang lain. tapi sekarang Allah aturkan sesuatu yang lain pula? 

masa mula-mula ambik course tertentu kat Universiti. memang kononnya after habis belajar nak cari kerja bidang yang ada kaitan dengan pelajaran. tapi end up. kau discover bakat lain dalam diri. walaupun bakat tu tak ada sebarang sijil kelayakan. tapi bakat tu 'ada market'. and kau boleh buat duit. 

kepada pembaca yang mungkin lingkungan umur 30 ke atas. mungkin you all 'selalu' jumpa dengan situasi macam ni. jumpa balik kawan lama, yang dulu belajar course lain, tapi now sukses dalam bidang lain. you can see. bahwa rezeki hari esok tak siapa pun tahu. sebab kalau Allah kata, 'jadi'.. maka 'jadilah'. 

so readers, tak kira yang masih belajar, yang dah kawen, yang dah jadi parents. jangan bimbang bila mana setelah berusaha, anda atau anak-anak anda mungkin tak dapat jadi seperti mana yang anda mahukan. kerana mungkin Allah telah aturkan sesuatu yang lebih baik yang kita tidak tahu.


p/s:- selalulah fikir yang baik-baik. yang positif.


13 comments:

FarhanaDr said...

Aku teringin juga nak lari dari apa yang aku buat sekarang dan tuju ke arah benda yang aku minat. Tapi aku buntu. Selalu stuck in the middle of my thinking process. Ahhh. It's tiring.

♥CIK SHA♥ said...

betul tu..setiap yg terjadi adalah perancangan dari Allah..

Mya said...

setuju 100% :)

izwannizam said...

same goes with me.semua orang nak suh study engineering since sekolah amik stream tu.tapi dah minat accounting.apa boleh buat kan?untuk mr F,cuba cari puisi Robert Frost.The Road Not Taken.baca dan hayati :)

hanafijaafar said...

aku teringin nak jadi suri rumah.

pinky_liscious said...

agree!!

beautiful_rose said...

batul tu sara.sama halnya dengan sorang kawan aku ni.dia dulu kerja jadi pengurus kat sebuah syarikat tu.thenk berhenti balik kampung jadi penternah ayam.ramai yang kata dia rugi sebab berhenti kerja dulu.now dia dah buka ladang sayur pulak makin maju lak tu.umur masih muda lagi.sangat kagum!

~AmyLiana86~ said...

amy pun dulu ambik construction tp xpernah kerja dlm bidang construction pun..huhu

abghani said...

suka jadi jurugambar

J.Syazwana said...

hmmm biasala tuh kan. tak semua org dapat ape yang mereka nak.

wawa said...

betoi tu... alway thing positif..==))

aibat said...

ada rezeki ada lah..tapi kena usaha jgk kan...:)

EZAN IDMA said...

thumbs up utk entry ni. sbb sy juge mengalami perkara yg sama. belajar engineering. tp skrg tuka profsion ke arah bisnes :)